Chapter 36

2.8K 132 6
                                    

Vandora Company.

Aidil kelihatan begitu serius berbincang dengan beberapa angota polis yang datang ke pejabatnya untuk membincangkan kes langgar lari Thaqeef dan cubaan membunuh Thaqeef ketika ia koma.

Memandangkan Aidil mempunyai ramai kenalan daripada kalangan pegawai-pegawai atasan dan juga mempunyai pengaruh yang cukup besar hal ini, memudahkan Aidil berbincang dengan lebih mendalam.

"Korang datang ni ada info terbaru pasal kes Thaqeef ke?" Soal Aidil dengan santai.

Maklumlah, dua orang pegawai polis itu sering lepak bersama Aidil ketika di kelab dulu.

"Ha ah, memang ada info baru pun." Kata salah seorang daripada mereka.

"Ni." Menghulurkan sekeping gambar kepada Aidil.

"Apa ni?" Soal Aidil kepada keduanya.

"Tu bangkai lori yang langgar Thaqeef waktu kejadian." Jawab inspektor Ghazi.

"Ada dapat apa-apa bukti?"

"Disebabkan dah jadi bangkai ni susah sikitlah. Tapi jangan bimbang pihak forensik tengah buat kerja diorang sekarang. Kita tunggu jelah apa-apa saja keputusan daripada diorang tentang bangkai lori tu." Jawab pembantu inpektor itu pula.

Sedang asyik berbincang.

Ting!!
Satu email telah pun masuk ke dalam telefon pintar Inspektor Ghazi.

"Nampaknya, kita dah tak perlu tunggu kut.." kata Inspektor Ghazi.

"Asal?" Soal Aidil.

"Diorang dah keluarkan keputusan. Mungkin kita akan dapat tahu siapa pemilik lori ni. Cepat juga forensik buat kerja.. zaman dah maju, kan." Jelas Inspektor Ghazi sambil memuji sedikit hasil kerja para unit Forensik yang sering dia berbalah dalam beberapa kes sebelum ini.

"Kita nak gerak sekarang ke tuan?" Soal Pembantu Inspektor itu.

"Kau nak ikut tak Aidil?"

"Boleh ke? Ni kan maklumat sulit juga.."

"Macam tak biasa pula.. jomlah!" Ajak Inpektor Ghazi.

"Dah kalau kau dah hulur tak akan aku nak tolak kan? Okay, jom!" Aidil pun bersiap-siap untuk ke jambatan Forensik yang akan mereka kunjungi nanti.

Semasa mereka sedang dalam perjalanan untuk ke Unit Forensik itu. Aidil bertanya perihal Raykal kepada Inspektor Ghazi kerana masih belum ada apa-apa tindakan yang dilakukan ke atas lelaki itu walaupun telah dilaporkan oleh Aisyah berkenaan cubaan membunuh Thaqeef ketika koma.

"Aku bukan tak nak tolong tau Aidil. Tapi aku dah cuba untuk tolong kau pasal kes dekat hospital tu. Kita tak ada bukti untuk tuduh dia." Jawab Inspektor Ghazi yang sedang duduk di atas seat bahagian depan.

"Tak ada bukti? Tapi Aisyah kan dah jadi saksi. Tak akanlah keterangan yang dia bagi tak boleh nak pakai? Jururawat yang pengsan tu pula macam mana?" Soal Aidil sedikit tidak berpuas hati.

"Memang bini kawan kau tu dah bagi keterangan dan dia juga saksi. Tapi kita tak ada bukti yang nampak. Kau faham tak. Contohnya rakaman cctv hospital. Jururawat tu pula dia tak ingat apa yang jadi disebabkan dalam pengaruh dadah yang dah disuntik ke dalam badan dia lepas pengsan tu. Jadi tak ada bukti kukuh.. Raykal pula bukan orang biasa-biasa. Bapak dia tu berpengaruh juga bukan senang nak pergi tangkap orang macam tu." Jelas Inspektor Ghazi kepada Aidil yang sedang duduk di seat belakang.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now