Penjara.
Inspektor Ghazi bertemu dengan Brot.
"Kau cakap nak jumpa aku bulan-bulan lepas, tapi baru sekarang kau muncul?" Soal Brot yang sedang duduk secara santai di atas sebuah kerusi di dalam bilik pelawat itu.
Mereka bertemu secara bersemuka dan berdua tanpa penghalang antara keduanya.
"Aku cuba untuk settle kan beberapa perkara, tu yang aku terpaksa tunda untuk berjumpa dengan kau." Jelas Inspektor Ghazi.
"Adik aku macam mana?"
Inspektor Ghazi menolak perlahan-lahan beberapa dokumen yang berada di atas meja di hadapan mereka.
"Ni, semuanya dah tertulis dalam report tu, keputusan autopsi dan juga punca daripada kematian. Ada beberapa maklumat penting juga, berkenaan macam mana adik kau boleh terlibat dalam pelacuran ni." Jelas Inspektor Ghazi.
"Huh.. kau tahu siapa yang buat semua ni?"
Inspektor Ghazi mengangguk.
"Siapa?"
"Petang ni dia akan dipindahkan dekat sini, dekat penjara ni.. nombor banduan 9968.. kau boleh cari dia nanti, kau settle kan selebihnya."
"Dia ke yang dah rogol adik aku dan buatkan dia ketagih dengan dadah?"
"Ya, memang dia."
Wajah Brot bertukar bengang dan merah.
"Aku minta diri dulu." Kata Inspektor Ghazi sambil mengatur langkah untuk keluar.
"Terima kasih." Ucap Brot.
"Kasih diterima." Jawab Inspektor Ghazi lalu keluar meninggalkan Brot.
Brot menarik nafas dengan dalam. Dia merasa tersangat marah dan geram terhadap lelaki yang akan dia temui nanti.
Lelaki yang telah menghancurkan hidup adik kandungnya dan juga seorang lelaki yang hanya menpergunakan wanita sebagai tempat pelepasan nafsu dan juga barang jualan.
Brot sudah tidak sabar untuk mengajarkan perkara yang sepatutnya kepada lelaki yang bertuhankan nafsu itu.
Pada petang tersebut, Brot dan anak-anak buahnya sedang menunggu kedatangan banduan 9968. Mereak sudah siapa sedia untuk menyambut lelaki itu di dalam penjara meraka.
Van banduan sudah pun tiba, mereka semua berkerumun melihat siapakah gerangan penghuni baru di rumah mereka ini.
Raykal berjalan dengan sombongnya ketika masuk ke dalam tempat itu. Terlihat pada wajahnya melihat mereka yang ada di dalam itu dengan pandangan yang jijik.
Brot datang menghampiri Raykal.
"9968?"
Raykal sedikit berkerut kerana melihat kesemua pegawai yang berada di situ seperti tidak memperdulikan lelaki itu. Mereka semua sepertinya patuh dengan lelaki yang sedang berada di hadapannya ini.
"Kau apahal? Kau siapa nak panggil macam tu?" Soalnya sombong.
"Heh, sombong kau ni eh? Dah masuk dalam ni pun masih tak sedar diri ke?"
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...