DUA HARI BERLALU
Aidil berdiri tegak sambil menyelukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar,dan berada di hadapan katil Thaqeef sambil menunggu sahabatnya itu untuk sedar.
Tidak lama kemudian, Thaqeef menunjukkan tanda-tanda seperti ingin sedar.Mencelikkan mata perlahan-lahan. Sinaran lampu di dalam ward itu telah membuatkan Thaqeef sedikit merasa silau tetapi dia tetap cuba untuk membuka matanya.
Thaqeef terus melihat ke hadapan dan sedikit berkerut melihat Aidil yang sedang memandangnya dengan pandangan yang agak serius.
"Apa yang kau tercegat depan tu? Perlu ke muka buruk kau ni yang aku perlu hadap dulu." Soal Thaqeef dengan nada yang sombong.
"Amboi kau, bukannya nak tanya kenapa kau ada dekat sini...Bukannya nak tanya apa yang jadi dekat kau.. tapi kau kutuk aku pula." Kata Aidil yang sedikit kesal.
"Kamu dah sedar Thaqeef?" Soal nenek yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan itu bersama Dhia.
"Ya." Ringkas Thaqeef.
Nenek terus menghampiri Thaqeef untuk melihat keadaan Thaqeef.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Apa yang dah jadi sebenarnya Thaqeef?" Soal Nenek.
"Entahlah.. Thaqeef tak ingat." Jawab Thaqeef pendek untuk tidak meleretkan lagi soalan nenek.
Sebenarnya Thaqeef ingat saja apa yang sudah berlaku kepadanya sebelum dia pengsan tapi tidak mungkin dia menceritakan hal tersebut kepada semua yang ada di situ. Tidak mungkin juga dia menceritakan ada sebuah syiling yang menghempap kepalanya ketika dia cuba untuk memperkosa seseorang.
Itu adalah sebuah kisah yang tidak patut untuk diceritakan.
"Nasib baiklah. Kau tu tak teruk sangat. Doktor cakap kepala kau tu, luka dia tak dalam sangat dan tak kena dekat mana-mana bahagian terpenting dekat kepala tu.. kalau tak, tak tahu lah apa jadi dekat kau Qeef. Bersyukurlah sikit dekat tuhan sebab masih lagi bagi kau hidup macam sedia kala."
"Kau pun patut berterima kasih dekat orang yang dah selamatkan kau. Kalaulah orang yang selamatkan kau tu tak cepat bawa kau datang sini.. kut kut kau dah arwah bro." Kata Aidil lagi.
"Kau memang nak aku jadi arwah kan?" Sindir Thaqeef.
"Kalau aku nak kau jadi arwah, dah lama dah aku bunuh kau.. buat apa nak tunggu lama kalau benda dah ada depan mata." Balas Aidil pula.
"Sudah sudah.. apa ni? Cakap pasal bunuh-bunuh.. nenek tak suka tengok kamu berdua bercakap macam tu. Thaqeef ni baru je sedar.. kan elok kalau kita bercakap perkara yang baik-baik je." Tegur nenek kepada mereka berdua.
"Dia yang mula dulu nek. Cucu nenek ni memang tak boleh nak jaga mulut. Elok mulut kau tu, kau sertu sikit.. baru suci sikit kata-kata yang akan keluar dari mulut kau tu." Sindir Aidil .
"Kau tunggu aku sihat! Nahas aku keje kan kau!" Balas Thaqeef tidak puas hati.
"Aidil sudah! Macam budak-budak tahu tak." Marah nenek dengan lembut.
"Takpa lah nek. Aidil nak pergi makan dulu.. lapar pula perut ni bila bercakap dengan orang yang tak berfaedah ni. Dhia, jom teman abang makan." Kata Aidil sambil mengajak Dhia.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...