......
"Sampai bila kamu nak jadi macam ni? Sampai bila nak malukan papa?!" Marah Dato Sahar.
Raykal hanya mengendahkan saja persoalan Dato Sahar dan menyibukkan dirinya dengan memberi makan pada ikan-ikan yang berada di dalam kolam.
Kolam yang terletak di tengah-tengah ruangan di dalam rumahnya.
"Raykal?! Kamu dengar tak apa yang papa cakapkan ni?" Soal Dato Sahar lagi.
"Apa ni pa? Kenapa asyik nak desak-desak Raykal untuk minta maaf dengan dia? Raykal dah cakap kan.. yang Raykal tak akan minta maaf." Balas Raykal.
"Kamu tahu tak, Thaqeef adalah satu-satunya orang yang boleh bantu naikkan peniagaan kita.. satu-satunya orang yang mempunyai banyak pengaruh.. tapi apa yang kamu dah buat?! Kamu buat dia hilang kepercayaan dengan kita, tahu tak?" Marah Dato Sahar lagi.
"Kalau dah dia tak nak.. buat apa nak paksa? Cari je lah orang lain.. macamlah tak ada orang dekat Malaysia ni yang mampu jadi macam dia.. huh." Jawab Raykal kesal.
"Kamu ingat senang nak cari orang macam dia zaman sekarang ni? Papa tak kira, kamu kena juga minta maaf atas apa yang kamu dah buat."
"Apa yang Raykal dah buat?! Kenapa yang papa kemaruk sangat dengan mamat tu?" Marah Raykal.
"Kamu boleh tanya apa yang kamu dah buat? Kamu dah tak ingat apa yang kamu buat dekat isteri si Thaqeef tu? Kamu lupa?! Kamu yang ganggu isteri dia! Dan disebabkan tu.. papa hilang business partner papa, dan papa hilang kepercayaan daripada Thaqeef terhadap papa.. disebabkan kamu!"
"Oh! Sekarang ni, papa nak banding-bandingkan Raykal dengan dia lah.. papa nak cakap yang Raykal ni anak yang tak bergunalah!! Macam tu? Kalau nak sangat jadi business partner dia pergilah ambik dia jadi anak papa!!" Marah Raykal.
"Papa bukan nak bandingkan kamu Raykal, papa nak kamu ni jadi matang dan berfikir lebih serius tentang business keluarga kita ni.. kamu satu-satunya pewaris papa.. papa cuma nak kamu jadikan Thaqeef tu salah satu contoh untuk diri kamu dan jadikan dia inspirasi hidup kamu.. tu je.." jelas Dato Sahar.
"Ish! Serabutlah!! Asyik-asyik Thaqeef! Asyik-asyik Thaqeef!! Apa yang bagus sangat dekat mamat tu.. sikit-sikit Thaqeef!! Sikit-sikit dia!!! Pergi mampuslah!!" Jerit Raykal lalu keluar dari rumah itu dan meninggalkan Dato Sahar sendiri.
"Huh.. apa nak jadi dengan budak ni?? Apa yang dibencikan sangat dekat si Thaqeef tu?? Tak faham aku." Bebel Dato Sahar sendiri.
Raykal menuju masuk ke dalam perut keretanya dan menghentakan kedua belah tangannya ke atas stereng kereta dek kerana marah dan kesal.
Dia merasa begitu marah apabila segala yang ada di dalam hidupnya selalu dikait-kaitkam dengan Thaqeef.
Dia betul-betul merasa terganggu dan tertekan."Kenapa semua orang nak dia? Kenapa semua orang asyik perlukan dia?! Thaqeef tak guna tu sikit pun tak layak untuk dapatkan apa-apa perhatian pun daripada sesiapa!! Asal dia selalu dapat apa yang dia nak?! Tapi aku takk!!" Bebelnya.
Kini perasaan benci dan dengki yang ada dalam diri Raykal telah menyelubunginya.
Matanya merah menahan geram dan lagi membuatkan dia merasa semakin geram dan marah apabila dia teringat akan apa yang diberitahu oleh Sadira terhadapnya bahawa wanita itu hanya mencintai Thaqeef dan bukan dirinya.
YOU ARE READING
AKU NERAKA BAGIMU
RomanceBenci dan dendam bersemadi di dalam diri sang jejaka ini , terhadap wanita terutamanya wanita yang berpurdah. Oleh disebabkan , masa lalunya itu telah menimbulkan kebencian dan dendam tersebut. Hadirlah seorang wanita yang benar benar ikhlas menja...