Chapter 21

2.9K 120 4
                                    

.....

Kring! Kring!
Telefon Aisyah berdering.

"Hello Assalamualaikum Aisyah."

"Waalaikumussalam Ustazah."

"Aisyah apa khabar? Lama tak dengar khabar dari Aisyah semenjak Aisyah ambik cuti nikah tu. Budak-budak dekat sini semua asyik tanya pasal Aisyah." Kata Ustazah itu.

"Alhamdulillah, Aisyah sihat. Aisyah pun rindu dekat budak-budak tu. Sebenarnya ada apa ustazah telefon saya ya?" Soal Aisyah.

"Ustazah cuma nak bagitahu Aisyah yang pusat tahfiz kita ada dapat sumbangan yang banyak daripada seseorang."

"Sumbangan?"

"Ya, Aisyah. Orang tu bagi sumbangan sebanyak RM 500.000 ringgit. Banyak sangat, terkejut juga ustazah ada orang yang sudi menyumbang dekat pusat tahfiz kita ni. Dan orang tu cakap, yang dia daripada kenalan Aisyah. Sebab tu akak telefon Aisyah ni nak bagitahu." Jelas Ustazah itu.

"Kenalan.. ustazah tahu siapa nama dia?"

"Hrm.. tak silap ustazah nama dia.. Aidan. Ya, Aidan nama dia."

Aisyah terkedu setelah mendengar nama itu, dia tidak menyangka bahawa Thaqeef sanggup menderma sebanyak itu semata-mata untuk membuktikan yang dia benar-benar menderma.

"Oh.."

"Aisyah.. Aisyah bila nak mula kerja?" Soal Ustazah itu.

"Innsya Allah, lagi 2 hari Aisyah dah boleh mula kerja. Lagipun dah 2 minggu Aisyah cuti.. rasa macam lama sangat. Kesian dekat budak-budak."

"Betul tu, kesian dekat diorang. Budak-budak ni tak nak tasmik dengan ustazah. Diorang nak Aisyah yng tasmikkan diorang sebab kalau dengan Aisyah ni diorang mudah ingat. Katanya sebab ustazah diorang cantik." Kata Ustazah dengan nada yang bergurau.

"Astagfirullahalazim.. pelik-peliklah budak-budak ni. Tak apa lah ustazah, ustazah tolong kirimkan salam saya dekat diorang." Balas Aisyah.

"Yalah Aisyah."

"Saya ada kerja ni ustazah, nanti dekat sana kita sambung borak balik."

"Yalah, Assalamulaikum Aisyah."

"Waalaikumussalam." Balas Aisyah.

Setelah meletakkan panggilan itu, Aisyah pun pergi ke dapur untuk menyiapkan makanan tengahari buat Thaqeef.

Memandangkan rumah yang diduduki oleh Thaqeef tidak mempunyai pembantu terpaksalah Aisyah yang menguruskan segalanya.

Sudahlah rumah pun besar gedabak. Aisyah sudah seperti pembantu dirumah sendiri, kerana kebiasaannya Thaqeef akan mengupah seseorang untuk membersihkan rumahnya. Tetapi disebabkan Aisyah sudah berada dirumah itu, Thaqeef menyuruh Aisyah yang menguruskan segalanya sendiri.

Aisyah memasak beberapa hidangan untuk Thaqeef semampunya, sebenarnya Aisyah tidaklah begitu mahir dalam memasak tetapi dia tetap mencuba untuk mengambil hati si suami.

Selang beberapa minit setelah semua masakannya terhidang lazat di atas meja makan itu, Thaqeef pun pulang.

Aisyah datang menyambut kepulangan suaminya dengan senyum manis dan berpakaian yang serba indah.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now