Chapter 63

2.2K 112 6
                                    

Shopping Mall.

Sudah beberapa bulan Aisyah dan Thaqeef menjalani hidup sebagai sepasang suami isteri.
Kehidupan yang sedang mereka bina kini semakin terlihat lebih bahagia daripada sebelum ini, walaupun Aisyah masih memerlukan masa untuk menerima Thaqeef sepenuhnya namun Thaqeef tidak pernah berputus asa tentang hal itu.

Semakin lama Aisyah mulai menyedari bahawa Thaqeef agak bersikap manja terhadap dirinya. Sikap lelaki itu benar-benar berbeza daripada sebelum ini. Kemana sahaja Aisyah ingin pergi dan bergerak si suami akan sentiasa mengikutinya dan tidak pernah lepas genggaman tangan lelaki itu terhadapnya.

Sewaktu sedang berjalan-jalan di dalam Mall Aisyah sedikit merasa terharu berbaur dengan sebak.

Lelaki itu masih bergandengan tangan bersamanya.

"Ya Allah, selama ni hamba hanya mampu berdoa dan bermimpi untuk dapat bergandengan tangan macam ni Ya Allah... tapi sekarang Engkau berikan lebih daripada apa yang hamba inginkan. Lelaki yang sedang berada di hadapan hamba ini terlihat sangat-sangat mencintai hamba Ya Allah. Hamba mohon padaMu kekal dan jagalah perasaan ini sampai bila-bila." Bisik Aisyah sendiri di dalam hati sambil memandang ke arah Thaqeef yang berada di hadapannya.

Thaqeef dengan tiba-tiba menghentikan langkah kakinya.
Aisyah sedikit hairan.

Aisyah memandang Thaqeef dengan pandangan yang sedikit hairan.

"Habibti." Panggil Thaqeef lembut.

"Ya, Abang?"

"Tadi habibti cakap nak beli barang dapurkan?"

"Ha ah, ya."

"Kalau macam tu kita pergi dekat dalam pasaraya tu." Ajak Thaqeef.

Aisyah hanya mengikuti sahaja, tiba-tiba..

"Aisyah! Thaqeef!" Kedengaran suara seorang wanita yang  amat dikenali sedang memanggil mereka berdua.

"Aira?" Kata Aisyah sebaik sahaja melihat Aira dan suaminya Ameer datang menghampiri mereka berdua.

"Aisyah you apa khabar?" Soal Aira.

"Alhamdulillah Aira, saya sihat dan masih boleh bernafas lagi." Jawab Aisyah sambil tersenyum ke arah Aira.

"Bang, lama tak jumpa." Kata Ameer pula kepada Thaqeef.

"Tulah, abang pun dah lama tak singgah rumah mak dengan ayah kau." Balas Thaqeef sambil bersalaman bersama Ameer.

Aira memandang Thaqeef sejenak dan wajahnya terlihat resah.

Thaqeef menyedari hal itu.

"Aira, awak ada apa-apa yang awak nak bagitahu saya ke? Atau ada sesuatu yang awak masih tak puas hati dengan saya?" Soal Thaqeef dengan baik.

Aira sedikit merasa serba salah dan menambahkan lagi rasa serba salahnya apabila melihat gandengan tangan Thaqeef dan Aisyah yang tidak sedikit pun terlepas daripada tadi.

"Aku nak minta maaf dekat kau Thaqeef." Kata Aira dengan nada yang sedikit merendah diri.

"Minta maaf? Untuk apa?" Soal Thaqeef hairan.

AKU NERAKA BAGIMUWhere stories live. Discover now