Qistiena dan Qaseh meletakkan barang-barang di atas meja. Mereka sudah pun membawa barang yang cukup untuk masak nanti. Ada bawang, gula, garam, dan banyak lagi.
"Wow! Banyaknya makanan. Ada jajan!" Firdaus berkata dengan nada teruja. Dia membantu mencapai kotak yang berisi jajan daripada Qistiena dan diletakkan kotak itu di atas meja. Qistiena mengucapkan terima kasih atas bantuan Firdaus itu.
Qaseh pula menyelitkan rambutnya di belakang telinga. Dia meletakkan beg kecil yang berisi alatan tajam di tepi meja itu.
"Ambillah, makan je. Kitorang beli untuk semua." Ujar Qistiena apabila melihat Firdaus membelek-belek jajan yang ada di dalam kotak.
Bersinar-sinar mata Firdaus apabila sudah mendapat lampu hijau daripada Qistiena. Dengan segera, dia mencapai jajan keropok berperisa pedas dan dibuka. Dia segera duduk di atas kerusi lipat yang ada dan mula menyuap jajan ke dalam mulut.
Qistiena hanya menggelengkan kepalanya. Beg yang disandang di lengannya, turut sama diletakkan di tepi. Dia menyusun atur segala peralatan yang dibawa.
Firdaus dengan mulut yang penuh, membukakan kerusi lipat yang ada. Dia letakkan di sebelah.
"Qis. Duduk sini." Firdaus menunjuk ke arah kerusi lipat.
"Eh, takpe. Saya nak susun barang-barang ni dulu." Ujar Qistiena.
"Awak mengandung, kan? Tak eloklah buat banyak kerja." Firdaus berkata lagi. Tangannya masih sama, tetap menyumbat jajan ke dalam mulut. Kisah memang kisah, tapi makanan lagi penting.
Qistiena mahu menolak tetapi Qaseh yang berada tidak jauh dari mereka, menghampiri. Dipegang lembut bahu Qistiena.
"Aku kan ada? Aku boleh buat semua ni. Dah, kau duduk dulu. Dari tadi tak rehat." Qaseh memujuk.
"Takpa, ke?" Soal Qistiena. Serba salah jadinya. Takkanlah dia nak biar Qaseh buat kerja sorang sorang?
Qaseh tersenyum. "Mana ada susah. Dah, duduk." Ujar Qaseh dan dia menarik lembut Qistiena untuk duduk.
Qistiena hanya mampu mengikut dan dia pun melabuhkan duduk di kerusi lipat tersebut.
Firdaus menghulurkan jajan yang ada dipegangannya.
"Nak?" Soalnya.
Qistiena hanya menggeleng tanda tidak mahu.
"Firdaus. Mana boleh orang mengandung makan jajan. Tak eloklah untuk baby." Qaseh mencelah. Sedari tadi, dia melihat sahaja interaksi antara Firdaus dan Qistiena.
Firdaus tersengih. "Oh, tak boleh ye? Maaf" ujarnya.
-
"Okay. Sekarang kita pasang khemah kau pula." Zariq berkata. Dia membuka zip yang menempatkan peralatan khemah Taufiq dan Qistiena.
Zariq dan Taufiq baru sahaja selesai memasang khemah milik Zariq dan Qaseh.
Taufiq hanya mengikut. Sesekali, matanya melihat juga ke arah Qistiena yang sedang duduk bersama Firdaus, tak jauh dari tempat perkhemahan. Hanya beberapa langkah sahaja, sudah sampai. Bibirnya turut sama tersenyum apabila melihat isterinya tertawa.
Firdaus pula sambil mengunyah, dia leka memberi teka teki kepada Qistiena dan Qaseh.
"Kalau kapal terbang jatuh, dia masuk mana?" Soal Firdaus. Dia tersengih sambil menunggu jawapan daripada Qaseh dan Qistiena.
"Masuk gaung?" Qaseh cuba untuk menjawab.
Firdaus tertawa. "Salahh. Qis pula jawab" mata Firdaus kali ini teralih pada Qistiena.

YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...