Extra 3

3K 71 2
                                        

7 bulan sudah berlalu...

Taufiq meletakkan pakaian Qaireen di dalam beg. Hari ini, mereka mahu bermalam di rumah umi dan abi.

Kedua orang tuanya itu sangat rindukan Qaireen. Minggu lepas, mereka sudah bermalam di rumah mama. Gembira sungguh mama apabila mengetahui perkara tersebut.

Qistiena melangkah ke luar daripada bilik air. Dia menghampiri Taufiq lalu dipeluk erat tubuh suaminya itu dari belakang.

Terhenti pergerakan Taufiq. Dia berpusing dan membalas pelukan isterinya. Dalam hatinya, berasa pelik juga tetapi dia hanya diam. Jarang Qistiena mahu memeluk dirinya dahulu, jadi bila masa yang berharga seperti ini tiba, dia tidak boleh sia sia kan!

"Abangg" Qistiena memanggil lembut. Dia meletakkan dagunya pada dada Taufiq sambil matanya memandang suaminya.

"Uhm??"

"Kalau saya cakap ni, abang janganlah marah, tau?" Qistiena berkata perlahan-lahan.

"Ye, sayang? Apa dia."

"Janji dulu. Jangan marah." Qistiena mengangkat jari kelinkingnya dan dihala pada Taufiq.

"Yela, janji." Taufiq hanya mengikut.

"Haritukan, saya pergi shopping dengan Lily, lepastu banyak sale..." Qistiena bercerita.

Taufiq setia mendengar walaupun dia tahu, ke mana arah cerita ini. Dia seperti sudah boleh mengagak.

"Semua baju lawa-lawa, abang. Saya siap beli tudung baru." Qistiena tersengih.

Taufiq tersenyum melihat Qistiena. Tangannya naik, mengusap kepala isterinya yang sudah siap berbalut dengan tudung bawal.

"Lepastu? Apa jadi?" Soal Taufiq, mahu menyuruh Qistiena kembali bercerita.

"Saya shopping sikit je, abang. Tak banyak pun, cuma beberapa helai baju dengan tudung je. Tapi, saya..."

"Sayang guna kad abang sampai berapa ringgit?" Soal Taufiq. Dia tahu isterinya itu mahu mencerita kisah itu.

"Uhm... 5 ribu." Qistiena tertunduk serba salah.

Taufiq menyembunyikan senyumannya. Comel sahaja melihat isterinya ini. Dia memegang dagu Qistiena, diangkat supaya dapat melihat mata cantik itu.

"Mana pernah abang marah sayang. Guna jelah kad tu, sayang. Abang tak kisah pun asalkan sayang happy. Duit abang, duit sayang juga." Taufiq memujuk.

"Betul ke abang tak marah? Takpe, nanti saya transfer, okay?"

"No need, sayang. Anggap sahaja senua tu hadiah daripada abang kepada sayang." Dia tidak pernah kisah tentang duit. Dia hanya mahu isterinya itu bahagia, itu sahaja. Kikislah sehingga dia tiada apa, dia tidak kisah.

Qistiena mengukirkan senyuman lebar. Dia melompat kegirangan dan dipeluk leher suaminya.

-

"Cucu umi! Alahai, comelnya dia." Umi mengambil Qaireen daripada tangan Taufiq.

Abi pula menghampiri isterinya. Mereka sudah tidak hiraukan anak dan menantu mereka. Masing-masing sibuk mahu bermain bersama Qaireen.

"Haih, sayang. Nampaknya, umi dengan abi dah tak kisah pasal kita." Taufiq membuat muka sedih. Dia memegang pinggang isterinya.

Qistiena tertawa sahaja. Jauh di dalam lubuk hatinya, dia bersyukur yang anaknya itu diterima. Jauh sekali sewaktu dia mengandungkan Qaireen. Alhamdulillah...

"Sayang, kalau umi dengan abi sibuk main dengan Qaireen, apa kata kita main berdua?" Bisik Taufiq, hanya mahu isterinya sahaja yang mendengar suaranya.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang