Part 69

2.5K 58 1
                                        

"Auch! Panas! Panas!" Firdaus menjelirkan lidahnya. Dia menyeringai kepanasan. Rasa macam mulutnya ini sudah hangus.

Ayam yang dipegang juga segera dilepaskan, nasib tak jatuh dari pinggan.

Makan malam mereka ialah BBQ. Memandangkan Taufiq lebih pandai bab-bab memasak, maka dia yang memerap dan membuat sendiri sos dan dilumurkan pada ayam, udang, sotong, sosej dan jagung.

Hakeem pula menjalankan tugas untuk mengipas makanan yang ada di atas pemanggang dan sesekali dibantu oleh Zariq. Sambil berbual-bual, tangannya turut sama memusingkan ayam.

Firdaus? Memang tidaklah mahu menolong. Kerja dia hanya makan dan bersenang-lenang. Akibat sikap yang tiada kesabaran, lidahnya sakit kerana makan ayam yang betul-betul baru siap dipanggang. Kan dah sakit lidah.

"Apa yang tak reti menyabar sangat kau ni? Tiuplah dulu." Hakeem berkata. Dia menggelengkan kepala. Tangannya pula laju sahaja memusingkan ayam.

Firdaus tidak menjawab. Dia tahu itu memang salah dirinya. Apabila merasakan seperti lidahnya sudah tidak sakit lagi, dia mengambil kembali ayam yang ada di atas pinggannya. Ditiup dan dimasukkan ke dalam mulut.

Bibirnya menguntumkan senyuman. Uhmm, sedapnya...

Qistiena menghampiri Taufiq. Suaminya itu sedang menggunakan pemegang besi untuk memegang ayam. Kemudian ayam tersebut diletakkan di atas pemanggang. Nampak sangat suaminya itu kelelahan.

Dia melabuhkan duduk di kerusi lipat. Tangannya naik, disuakan sedikit ayam ke arah Taufiq.

"Makan, abang. Saya suapkan." Ucap Qistiena.

Taufiq tersenyum dan dia membuka mulut, menerima suapan dari isterinya.

"Thank you, sayang." Taufiq memberi senyuman manis.

-

Qistiena membetulkan tudungnya. Matanya terhenti apabila melihat Taufiq dan Zariq sedang duduk dan seperti berbual-bual.

Qaseh pula katanya tadi mahu menukar pakaian.

Hakeem dan Firdaus, dua orang rakan itu sedang mencuci pinggan dan peralatan di sungai.

Qistiena menghalakan langkahnya ke arah mereka berdua. Taufiq yang seperti mendengar ada seseorang menghampiri, terus menoleh. Bibirnya menguntumkan senyuman. Dia segera bangun dan tangannya menunjuk pada kerusi yang didudukinya tadi.

"Sayang, meh sini. Duduk." Ucap Taufiq.

Qistiena hanya menurut. Bibirnya turut sama tersenyum tanda berterima kasih.

"Hakeem dengan Firdaus tadi katanya nak cuci pinggan, kan? Abang pergi tolong diorang sekejaplah. Korang berdua berbuallah dulu." Taufiq berkata dan dia pun beredar pergi.

Qistiena dan Zariq melihat sahaja kelibat lelaki itu pergi sehingga hilang dari pandangan.

Qistiena kembali menghalakan matanya ke hadapan. Melihat langit yang penuh dengan bintang.

"Aku suka tengok kau sekarang." Zariq berkata setelah lama mereka mendiamkan diri.

"Ye? Aku sama je dari dulu dengan sekarang."Qistiena membalas.

Zariq menggelengkan kepalanya tanda tidak. "Aku ni kawan kau. Aku nampak kau dah lebih ceria sekarang ni. Tak sia-sia aku terima Taufiq, untuk jadi suami kau. Dia memang mampu bahagiakan kau."

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang