"Tapi... kenapa sayang?" Soal Taufiq. Dalam keadaan seperti ini pun, dia masih lagi memanggil isterinya dengan panggilan sayang walaupun hatinya sakit mendengar jawapan yang diberikan Qistiena itu. Matanya memandang Qistiena dengan pandangan sedih dan merayu untuk Qistiena mengubah jawapan.
"Macam yang saya cakap. Kebahagian abang bukan dengan saya." Balas Qistiena. Dikawal raut wajahnya untuk menunjukkan yang dia tidak apa-apa. Yang memang betul dia tekad dengan jawapannya dan tidak menyesal sama sekali. Tapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu.
"Abang bahagia dengan sayang" balas suaminya. Tangannya cuba untuk menggenggam tangan Qistiena tetapi dengan segera ditarik kasar tangan itu.
"Abang akan lebih bahagia lepas saya takda dalam hidup abang" ujar wanita itu. Dia mengalihkan pandangan dari terus menatap mata Taufiq. Dia... tak mampu. Dia tak sanggup melihat wajah kasihan suaminya.
Qistiena segera turun dari kerusi yang didudukinya. Dia mahu segera meninggalkan tempat itu. Diambil pinggan bekas makanannya tadi dan mahu dibawa ke arah singki.
Dia membuka paip. Baru sahaja dia mahu mencuci, ada tangan lain yang memegang pinggannya. "Biar abang buat" ujar Taufiq, matanya tidak memandang pada Qistiena. Qistiena tahu, Taufiq menyembunyikan sedihnya.
Dia pun mengundur diri dan membiarkan Taufiq membasuh pinggannya. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, suara suaminya itu menyapa gegendang telinganya lagi.
"Sayang dah fikir masak-masak?" Soal Taufiq. Masih lagi dengan kelakuannya mencuci pinggan tanpa memandang Qistiena.
Qistiena yanga membelakangi Taufiq itu, mengetap bibirnya. Tak abang!!! Saya tak pernah nak berpisah dengan abang! Hatinya menjerit-jerit tetapi mulutnya berkata lain.
"Ye, saya dah lama fikir pasal ni." Balasnya.
Taufiq menghentikan pergerakannya. Air matanya yang sedikit lagi mahu tumpah, diseka.
"Baik."
Nafas ditarik, mengumpul kekuatan.
"Lepas bersalin... abang... abang akan lepaskan sayang lepas sayang dah selamat lahirkan anak kita." Tersekat-sekat perkataan yang ingin dituturkan Taufiq.
"Baik, saya setuju" balas Qistiena. Kepalanya menunduk. Betul ke keputusannya ini? Otaknya masih menyoal hatinya. Kau dah fikir betul-betul ke Qistiena. Kau memang rasa cara ni cara yang terbaik?
Qistiena menggelengkan kepalanya. Tak! Aku tekad! Ini je jalan yang terbaik. Dia mahu membuka langkah tetapi suara Taufiq membuatkan langkahnya terhenti.
"But..."
"Let me take care of you as best as I can throughout you pregnancy. Biar abang jaga sayang macam biasa sampailah anak kita lahir. Lets face our day as usual"
Ya. Itu sahaja yang dia minta. Biarlah dia melayan Qistiena sehabis baiknya sepanjang tempoh itu. Dia mahu menghabiskan waktunya yang tersisa bersama Qistiena.
Dia... dia mahu mengubah keputusan Qistiena. Dia mahu ubah fikiran Qistiena dari terus meminta mereka berpisah. Hanya ini sahaja jalan untuk dia mendapatkan kembali cinta isterinya.
Qistiena terdiam seribu bahasa. Dia hilang kata-kata. Dia risau, hatinya goyah sepanjang waktu itu tetapi dia juga mahukan perkara yang sama. Dia mahu masih duduk sebumbung dengan Taufiq sepanjang tempoh mengandungnya.
"Okay. Tapi, abang takkan menyesal ke kalau saya layan abang tak sama macam dulu?" Soal Qistiena, memprovok dan cuba menggoyahkan keputusan Taufiq.
Taufiq mengelap tangannya pada kain. Dia memusingkan badan dan serentak itu, mereka bertentangan mata.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomansaQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...