Part 59

259 21 1
                                    

"Maya, lepaskan akak!" Qistiena menolak tangan Maya. Rambutnya sudah terlihat dan dia rasa seperti tercekik kerana tudungnya sudah kebelakang.

Mereka bergelut. Dan semakin lama, mereka semakin menghampiri ke arah tangga.

Maya dapat melihat belakang Qistiena adalah tangga, menuju ke ruang tamu.

Dia tersengih penuh muslihat.

"Kau nak aku lepas sangat kan? Ambik ni!" Maya melepaskan pegangannya pada Qistiena dan dia turut menolak wanita itu ke belakang.

"Arghhh" jerit Qistiena. Dia tidak dapat mengimbangkan diri. Terasa tubuhnya tidak jejak lantai. Matanya sempat mengerling ke arah belakang dan dia dapat melihat anak tangga yang tinggi di belakangnya.

"Sayang!!" Taufiq terus melepaskan pegangan tangannya pada beg dan terus dia berlari mendapatkan isterinya.

Dipegang hujung tangan Qistiena dan terus di tarik ke dalam pelukan. Luruh jantungnya apabila melihat dihadapan matanya sendiri yang adik kandungnya cuba menolak isterinya jatuh tangga.

Maya yang melihat Taufiq sempat menarik Qistiena itu, tergamam. Matanya terbeliak kerana terkejut, tak menyangka Taufiq akan muncul pada waktu-waktu sebegini.

Taufiq segera memeluk erat tubuh isterinya. "Sayang, are you okay?" Soal Taufiq.

Qistiena membalas pelukan suaminya. Dia dapat mendengar degupan jantung di dada Taufiq. Sangat laju!

Qistiena tidak menjawab, hanya semakin mengeratkan pelukannya. Dia lega sangat-sangat yang semua perkara buruk yang di fikir tadi, tidak berlaku. Tubuh Qistiena menggigil-gigil.

Taufiq mengusap perlahan bahu Qistiena dan matanya terus laju menikam ke dalam mata Maya.

Maya terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjangka apa reaksi Taufiq terhadapnya.

"Tak cukup lagi ke? Ha! Tak cukup lagi ke kau dah fitnah isteri aku dan sekarang ni kau nak bunuh pula isteri aku!?" Lantang suara Taufiq memarahi Maya.

Terhinjut bahu Maya apabila diterjah sebegitu. Belum pernah selama hidupnya, Taufiq memanggilnya 'aku kau'.

Belum sempat Maya membuka mulut, Taufiq memotong lagi.

"Aku dah lama bersabar dengan kau. Tapi, kau dah makin melampau. Dah tak hormat umi, abi, dan Qistiena." Tambah Taufiq lagi.

Nenek yang berada di belakang mereka semua, turut tergamam. Dia menutup mulutnya sendiri. Masih tidak percaya dengan apa yang baru dia lihat tadi.

"Abang Taufiq, biar Maya explain" Maya cuba untuk menegakkan benang yang sudah basah. Dia cuba untuk mendekat tetapi Taufiq menaikkan tangannya.

"Jangan dekat!" Taufiq memberi amaran.

Maya mengetap bibir. Matanya melihat pada Qistiena yang memejamkan mata dengan muka yang ketakutan. Bibirnya menggigil-gigil.

"Apa yang abang suka sangat dengan perempuan sial ni, ha? Kenapa abang lebihkan dia berbanding, Maya? Adik abang sendiri?" Marah Maya. Dia cuba untuk menunding kepala Qistiena tetapi Taufiq segera menepis.

"Perempuan yang Maya panggil tu, kakak ipar Maya! Jangan berani berani nak panggil dia dengan perkataan macam tu!" Dada Taufiq turun naik. Tangannya dikepal kuat, menahan diri daripada melakukan perkara yang lebih teruk kepada Maya.

Cinta Dia Where stories live. Discover now