"Sayang, buat apa tu?" Taufiq yang baru sahaja selesai membersihkan diri, keluar dari bilik tidur mereka dengan rambut yang sedikit basah. Keningnya berkerut.
"Eh! Abang jangan datang. Saya ada suprise." Ujarnya bersama senyuman di bibir. Tangannya tak berhenti bergerak, mahu menggoreng ayam.
"Tapi, sayang pregnant. Biarlah abang tolong."Taufiq membalas. Dia tahu, isterinya itu akan cepat mengah apabila berdiri lama. Dengan perut yang semakin membesar, isterinya itu pasti letih.
"Takpe, saya okay. Dah, abang pergi duduk dalam bilik. Nanti abang boleh teka apa yang saya nak masak." Qistiena berkata. Matanya sekilas memandang suaminya kemudian kembali memandang kuali.
"Uhm, yela." Taufiq bersetuju sahaja walaupun hatinya agak berat mahu menurut.
Masuk sahaja suaminya kedalam bilik, Qistiena mengukirkan senyuman. Dia kembali menekan button play di telefon pintarnya.
"Baiklah, cara yang seterusnya untuk memasak Ayam penyek bersama sambal buatan sendiri ialah..." suara perempuan di dalam video itu, berkata. Dia sedang memberi tunjuk ajar cara-cara untuk memasak ayam penyek bersama sambal.
Qistiena tekun melihat dan mengikut. Dia bersungguh-sungguh mahu memasak makanan ini kepada suaminya.
Sebab yang pertama, kerana selama dia hidup bersama Taufiq, dia tidak pernah memasak untuk suaminya.
Sebab yang kedua, kerana ini makanan kegemaran Taufiq.
Sebab yang ketiga, kerana dia mahu membalas budi Taufiq kerana menjaganya penuh baik dan ikhlas selama ini.
"Bismillah, semoga menjadi."
-
Qistiena terduduk mengah. Penat juga memasak ni. Baru masak satu hari, dia sudah letih. Fuhh, mencabar betullah memasak ni.
Qistiena melangkah ke arah bilik mereka setelah dia siap menghidangkan semua.
"Abang. Saya dah siap." Ujarnya bersama senyuman. Taufiq yang sedang melakukan kerja bersama laptop, terhenti.
Kepalanya terangkat dan dia membalas senyuman isterinya bersama senyuman juga.
"Okayy, finally. Abang tak sabar." Dia membalas dan tangannya menutup laptop tersebut. Dia memegang pinggang Qistiena.
"Harini, abang tak kiss lagi dahi sayang." Taufiq berkata lalu dia mencium dahi isterinya. Sudah menjadi rutin untuk dia melakukan perkara tersebut.
"Abang, saya dah siap suprise abang." Ujar Qistiena. Dia menarik tangan suaminya untuk mengikuti langkahnya. Taufiq hanya menurut.
"Abang pejam mata sekejap." Qistiena menghalang pemandangan Taufiq dan dia meletakkan tangannya di mata suaminya. Terjengket-jengket dia dibuatnya gara-gara mahu menutup mata.
Taufiq tertawa, suka dengan perbuatan isterinya. Nampak comel dengan terjengket-jengket bersama perut besar tu. Haha.
"Tadaaaa" Qistiena berkata. Dia menunjukkan meja makan mereka yang dihiasi dengan lauk kegemaran Taufiq.
Taufiq terpegun. Dia tidak percaya yang isterinya ini memasakkan ini semua untuknya.
"Sayang! Sayang buat ni semua?" Soal Taufiq. Matanya teralih memandang ke arah Qistiena yang sedang tersengih.
Laju Qistiena menganggukkan kepala tanda mengiyakan.
"Wow! Ini makanan favourite abang, macam mana sayang tahu?" Soal Taufiq dalam keterujaan sambil dia melabuhkan duduk.
Qistiena laju menghidangkan buat suaminya. "Saya kenalah tahu. Saya kan isteri abang. Nah, abang cuba rasa."Ucapnya. Dalam teruja, dia juga berasa gemuruh kerana ini kali pertama dia masak. Dahla tengok youtube sahaja, takde orang guide. Huhu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomansaMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
