Hari berganti hari. Hubungan mereka berdua seperti biasa. Qistiena melayan Taufiq seperti selalu dan Taufiq masih melayan Qistiena seperti ratu.
Taufiq tidak pernah membangkitkan tentang bercerai lagi tetapi Qistiena tahu, Taufiq masih cuba mengambil hatinya. Cuma, hatinya yang terlalu ego untuk menerima.
Hatinya banyak kali tersentuh tetapi hatinya akan kembali berbisik sebab utama dia mahu bercerai dengan suaminya.
Biarkan Taufiq bahagia, Qistiena...
Dan selepas itu, dia akan menangis dan menangis. Hatinya berbelah bahagi. Separuh mengatakan mahu hidup selama-lamanya dengan Taufiq tetapi separuh lagi mahu melepaskan suaminya, membiarkan Taufiq mendapat bahagia dia yang sendiri.
Bukan mudah untuk dirinya tetapi itu sahaja yang mampu dia lakukan. Terus berpegang teguh dengan pendiriannya.
Kandungannya dah menjejak usia 4 bulan. Masih berbaki 5 bulan masanya untuk bersama dengan Taufiq. Terasa sekejap sahaja masa berlalu. Dan sekiranya waktu itu tiba, dia tahu dia akan merindui semua ini.
Macam-macam Taufiq telah lakukan untuk dirinya. Taufiq melayannya penuh kasih sayang dan dia dapat merasainya. Dia dapat merasai ketulusan Taufiq dalam menjaganya. Taufiq memang tak lelah melayan dirinya ini.
Qistiena berjalan ke arah lif. Dia kemudiannya menekan butang lif. Serentak itu, lif pun terbuka dan Qistiena tergamam. Ada insan yang berdiri di hadapannya, insan yang pernah mendapat hati di dalam hatinya.
Zariq memakai kemeja bersama blazernya. Sepertinya, lelaki itu daripada pejabat dan terus datang ke hospital. Mungkin melawat seseorang?
Zariq juga turut tergamam apabila melihat Qistiena di hadapan. Sudah lama dia tidak menelefon ataupun bertanya khabar dengan Qistiena. Dia agak terkejut dengan penampilan Qistiena sekarang bersama perut yang agak membuncit. Wanita itu cantik, bertudung.
"Qis." Zariq bersuara dan tangannya segera menghalang pintu lif dari tertutup.
Qistiena tersentak apabila melihat tindakan Zariq yang sedang menghalang pintu lif tersebut. Dia segera melangkah masuk.
Mereka berdua mendiamkan diri. Lagi diam apabila hanya ada mereka berdua di dalam lif tersebut.
Kekok.
"Lama kita tak jumpa, kan?" Soal Zariq. Dia tersenyum memandang Qistiena di sebelahnya.
Qistiena menganggukkan kepalanya. Ya, lama mereka berdua tidak mesej ataupun membuat sebarang panggilan. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan persahabatan mereka pun makin renggang.
"Kau... apa khabar sekarang? Sihat?" Soal Zariq. Matanya melirik sekejap perut Qistiena.
"Alhamdulillah. Aku okay. Baby pun okay." Ujar Qistiena, dia tersenyum sambil matanya memandang perut sendiri. Diusap perut itu.
"Alhamdulillah. Dah berapa bulan?" Soal Zariq. Dia turut gembira melihat rakannya itu yang sudah berbadan dua.
Dia dengan Qaseh pula, masih lagi menantikan cahaya mata. Mereka sudah usaha tetapi nampaknya masih belum tiba rezeki mereka. Tidak mengapalah, mereka berdua percaya rezeki itu akan tiba juga tak lama lagi.
"Dah masuk 4 bulan. Kau dengan Qaseh macam mana? Sihat?" Tanya Qistiena. Dia pula yang bertanya tentang kehidupan rakan baiknya itu.
Zariq tersenyum. "Kitorang berdua macam biasalah, aku busy dengan kerja aku dan Qaseh pun busy dengan kerja dia. Kitorang masih lagi tunggu baby, tapi mungkin takda rezeki lagi." Zariq bercerita.
"Takpelah, ada tu nanti. Rezeki takkan salah alamat." Ucap Qistiena.
Zariq menganggukkan kepalanya dan serentak itu pintu lif juga sudah terbuka. Mereka berdua pun melangkah keluar daripada lif tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomansaMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
