Extra 2

1.9K 71 9
                                        

Taufiq memakaikan stokin di kaki isterinya. "Selesa, tak?" Soal Taufiq. Dia membetul-betulkan sedikit stokin itu.

Qistiena menganggukkan kepala. "Thank you, abang."

Taufiq mengukirkan senyuman. Dicium dahi isterinya. "Takda apalah. Ini memang tanggungjawab abang."

Mereka sama-sama duduk di hujung katil. Mata mereka melihat ke arah Qaireen yang sudah tertidur di dalam baby coat tersebut.

"Nanti, habis je pantang sayang, abang nak bawa sayang pergi candle light dinner. We spend our time together." Taufiq berkata. Sudah lama dia memikir dan merancang perkara ini.

"Oh ye? Saya suka tapi, Qaireen tak elok duduk luar rumah sampai lewat malam." Qistiena perlahan-lahan menuturkan ayat tersebut. Dia turut bersetuju dengan rancangan Taufiq itu tetapi dia tidak mahu bawa keluar Qaireen sehingga waktu malam. Tak elok, lagipun Qaireen masih lemah.

"Sayang nak pergi dinner dengan abang?" Taufiq mencapai tangan isterinya. Dia tidak menjawab ayat Qistiena tadi malah dia yang menyoal isterinya itu.

Qistiena menganggukkan kepala tanpa berfikir panjang. Dia pun tak sabar nak makan makanan lain selain lauk berpantang. Sudah jemu dia makan. Dia perlukan makanan yang pedas dan ada rasa yang kuat.

"Abang dah plan semua. Ada orang yang nak jaga anak kita."

-

"Assalammualaikum. Kami datang sebab nak tolong jaga Qaireen." Firdaus menekan loceng rumah Taufiq sambil mulutnya tak henti-henti mengulang ayat yang sama itu.

Hari ini, mereka berdua akan menjadi helper buat menjaga anak Taufiq, Qaireen. Sebenarnya, Taufiq hanya bertanya kepada Firdaus dan tanpa meminta pendapat Hakeem, lelaki itu terus bersetuju.

Secara tidak langsung, Hakeem turut terlibat sama dalam menjaga Qaireen.

Hakeem di sebelah hanya buat tidak tahu sambil berdiri dengan sebelah tangan bermain dengan telefon pintarnya. Bukan buat tidak tahu, tetapi sebab dah terbiasa menghadap rakannya itu yang tak langsung mahu berhenti bercakap.

"Yee, waalaikumsalam." Taufiq membuka pintu tersebut.

"Kami datang nak jaga Qaireen." Firdaus berkata lagi dengan bernada.

"Yeee, dah masuk." Taufiq menjemput.

"Qaireen mana?" Soal Hakeem. Dia melabuhkan duduk di sofa. Firdaus pula sudah menyibukkan diri di dapur, mahu melihat makanan apa yang ada di peti ais.

"Qis tengah susukan." Jawab Taufiq. Dia sudah siap berpakaian kemas, serba serbi hitam. Isterinya itu juga memakai hitam sepertinya.

Hakeem hanya menganggukkan kepala. Matanya sempat mengerling ke arah Firdaus yang mula mengeluarkan aiskrim coklat bersama kon.

"Woi, buat apa kau?" Hakeem menyoal dari jauh. Mata Taufiq turut tertoleh memandang ke arah Firdaus.

Terhenti pergerakan Firdaus. Dia tersengih tanpa serba salah. "Taufiq, aku nak sikit aiskrim kau, boleh tak?" Dia meminta izin dengan lembut. Sambil digoyang-goyangkan badan, tidak lupa dengan membuat muka comel.

"Uhm, ambillah. Aku dengan Qis tak makan sangat. Habiskanlah kalau boleh." Taufiq berkata.

"Aku tengok Qis sekejap, korang buatlah macam rumah sendiri."

Hakeem hanya menganggukkan kepala. Matanya setia memandang Firdaus. Firdaus pula sudah menyumbat aiskrim coklat itu ke dalam mulut. "Hakeem nak aiskrim?" Soal Firdaus, polos.

-

"Sayang.." Taufiq melangkah masuk ke dalam bilik.

"Sekejap ye abang. Saya tak siap lagi." Qistiena menoleh memandang ke arah Taufiq. Tangannya sibuk menepuk belakang badan Qaireen, menunggu anaknya itu sendawa.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang