Beberapa minnggu berlalu. Qistiena semakin sarat. Dia tinggal menunggu hari sahaja untuk melahirkan.
Memandangkan hari ini ialah hari sabtu, Taufiq bercadang untuk menemani isterinya di rumah. Qistiena pula semakin hari semakin kerap sakit pinggang. Duduk ke, baring ke mesti akan sakit pinggang. Jadi, sebagai suami, dia pun tak mahu buat Qistiena penat dengan berjalan-jalan. Pasti isterinya itu akan letih.
Tapi, itu tidak menghalangnya untuk melakukan kejutan. Tidaklah kejutan yang begitu mewah tetapi cukuplah untuk buat Qistiena bahagia.
Qistiena menyuap cereal ke dalam mulutnya. Makin hari, semakin kuat nafsu makannya. Dia seperti tidak merasa kenyang. Pasti akan lapar sahaja setiap masa.
Ada juga kadangkala dia bertanya kepada Taufiq, adakah dia sudah gemuk? Semstinya Taufiq berkata tidak tetapi dia sendiri rasa pipi dia dah tembam. Dah gemuk lah kan kalau pipi tembam? Tak lupa juga, beratnya sudah naik 6 kg!! Oh no!
Suaminya itu selalu memujuknya dan berkata tidak tembam langsung. Tapi, dia tahu Taufiq mahu menjaga hatinya. Uhmm, takpe! Lepas pantang nanti dia akan bersenam kaw-kaw sampai kurus balik macam dulu. Itu azam Qistiena.
Demi anak yang dikandung, dia sanggup gemuk tapi lepas pantang nanti... jangan harap dia akan bagi muka pada lemak-lemak ini semua. Semangat!!
Tapi, bukan salahnya juga kalau dia makan bnayak. Taufiq masak sedap, wey!! Bertambah-tambah pinggan nasi dia makan. Kadang kala, Qistiena juga pelik macam mana Taufiq boleh kekal kurus dan sado padahal suaminya itu makan sama banyak macam dia?
Ish! Tak adillah!
"Sayang? Termenung apa tu?" Soal Taufiq. Dia melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Dipeluk dan ditarik Qistiena supaya semakin rapat padanya.
"Takda apa-apa. Tengah tengok tv." Ucap Qistiena. Dia menyuap lagi cereal itu ke dalam mulut. Dihulurkan juga pada Taufiq dan suaminya yang tidak pernah menolak, terus sahaja menadah mulut. Menerima suapan Qistiena.
Taufiq menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia melentokkan kepalanya di bahu isterinya sambil tangan sebelah diangkat dan mengusap lembut perut Qistiena yang bulat.
"Sayang dah start rasa contraction ke?" Soal Taufiq.
Qistiena menganggukkan kepalanya. "Dah beberapa hari rasa contraction, cuma tak kerap. Tapi, hari ni kerap pula" ujarnya. Selalunya dia akan merasai contraction sekali sehari tetapi hari ini dia bangun tidur sahaja sudah rasa. Walaupun baru masuk tengahari, Qistiena sudah merasai contraction beberapa kali untuk hari ini sahaja.
"Kalau kerap sangat, nanti kita pergi hospital ye? Due date lagi tiga hari, kan?" Soal Taufiq. Dia risau, takutlah kalau isterinya itu sudah mahu melahirkan.
Walaupun dia seorang doktor, berpengalaman dan pernah belajar tentang perkara ini, dia tetap cemas. Mungkin kerana isterinya sendiri yang akan melahirkan. Fuhh... takut.
Qistiena hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju.
Mereka sama-sama menonton televisyen sehinggalah loceng pada pintu rumah diketuk. Qistiena mengerutkan keningnya.
"Siapa datang tu?" Soal Qistiena. Taufiq juga turut membuat muka pelik.
"Abang, tak sure. Cuba sayang pergi tengok." Ucap Taufiq.
"Uhm, yela." Qistiena menurut. Dia meletakkan makanannya di tepi. Perlahan-lahan dia bangkit dari duduknya dan melangkah ke arah pintu rumah.
"Siapa?" Soal Qistiena tetapi tidak mendapat sahutan. Hanya senyap sahaja.
Qistiena pun terus sahaja membuka pintu itu dan alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat individu yang berada di balik pintu tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
