Part 72

1.4K 29 0
                                    

"Sayang... sayang nak pergi ke?" Soal Taufiq. Dia memeluk pinggang Qistiena daripada belakang. Isterinya itu sedang menggosok tudung.

"Mestilah. Nenek sakit, kita kena balik." Ucap Qistiena. Esok, mereka semua akan pulang ke kampung untuk melihat nenek. Katanya, nenek semakin tenat dan semua ahli keluarga sudah ada di sana. Hanya tinggal keluarga umi yang masih belum tiba.

Taufiq meletakkan dagunya di bahu isterinya. "Abang tahu, tapi sayang tetap nak jumpa nenek lepas apa yang nenek dah buat?" Soal Taufiq.

Qistiena mengukirkan senyuman. Tudungnya yang sudah siap digosok, dia ambil dan gantungkan di bahagian tepi.

Kemudian, dia memeluk pula tubuh Taufiq bersama senyuman. "Saya tak pernah simpan dendam dekat nenek, abang. Saya sentiasa maafkan nenek."

Taufiq tersentuh mendengar luahan Qistiena. Dia mencium dahi isterinya. Diraup lembut rambut isterinya yang panjang.

"Kenapa isteri abang baik sangat ni?" Soal Taufiq. Kadang kala, dia juga turut pelik. Wujud juga orang seperti Qistiena ini, ye? Sentiasa memaafkan walaupun diri sudah disakiti berkali-kali.

"Sebab, saya percaya yang memaafkan itu bukan kerana mereka layak untuk dimaafkan, tapi kerana kita layak untuk berasa tenang." Ucap Qistiena. Dia percaya, dengan memaafkan, dia pasti dapat merasa ketenangan. Bukan kerana dia baik, tapi kerana dia juga mahu menjaga mentalnya sendiri.

"Sebab ni lah, sayang buat abang lagi sayang. You are too good. Bidadari abang." Taufiq berkata. Sungguh, dia mengagumi Qistiena. Dia kagum melihat Qistiena yang masih lagi tenang dan sentiasa memaafkan. Sedangkan dia? Belum tentu lagi.

Qistiena hanya tersenyum mendengar kata-kata dari Taufiq. Suaminya itu pula semakin merapatkan pelukan di antara mereka.

"Im glad that we are both happy now. I love you." Ucap Taufiq.

"I love you too."

-

"Assalammualaikum." Abi memberi salam. Mereka ketika ini sudah pun berada di hadapan perkarangan rumah nenek.

Paksu segera bangun. Dia membukakan pintu buat mereka. "Waalaikumsalam. Masuklah." Paksu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan umi dan abi.

Semua sedang memandang ke arah mereka memandangkan hanya mereka sahaja yang baru tiba di situ.

Taufiq memegang erat tangan isterinya yang berada di belakang.

Qistiena menatap ke semua makcik-makciknya. Ada yang memandang mereka seperti biasa tetapi ada juga yang masih memandang dengan tatapan yang tajam.

Dia menelan air liur sendiri. Kepalanya ditundukkan ke bawah.

"Sayang, abang ada dengan sayang. Jangan takut." Taufiq berbisik. Dia tahu, masih ada makcik-makciknya yang tidak menyukai Qistiena. Dan dia akan lindungi isterinya itu. Takkan sesekali dia benarkan mulut-mulut mereka, melukai hati isterinya lagi.

Qistiena mengukirkan senyuman. Raut wajah tenangnya ditunjukkan walaupun hatinya tetap ada sedikit gentar.

"Mak ada dekat ruang tamu. Marilah tengok mak." Ucap paksu. Dia menunjukkan ke arah satu katil yang berada di ruang tamu. Disitu, terbaring lemah sekujur tubuh yang memandang ke arah mereka.

Wajah nenek cengkung seperti tidak makan. Dia juga sudah tidak dapat tersenyum dan bangun seperti dulu lagi. Kini, hanya mampu terlantar.

Umi menghalakan kakinya ke arah nenek. Dia menggenggam tangan nenek. "Mak, Mai balik ni." Ucap umi.

Nenek memandang ke dalam mata umi. "Mai..." suaranya berkata lemah. Hampir dengar tidak dengar sahaja.

"Maafkan... mak..." ucap nenek. Suaranya serak dan hampir kedengaran. Seperti berbisik.

Cinta Dia Where stories live. Discover now