"Baiklah, baby Puan Qistiena dan Encik Taufiq sihat. Jantung dia pun normal." Doktor wanita itu tersenyum memandang pasangan dihadapannya.
Taufiq tersenyum, sama juga Qistiena.
"Okay, so sekarang dah ready ke nak tahu jantina bayi?" Soal doktor itu. Dia melihat ct scan di hadapannya. Kemudian matanya memandang ke arah Qistiena yang sedang terbaring bersama Taufiq di sebelah.
Qistiena menganggukkan kepala. Taufiq juga sudah memegang tangan Qistiena. Hatinya berdebar-debar nak melihat apakah jantina anak mereka.
Qistiena hanya membiarkan Taufiq menggenggam tangannya. Hairan juga, siapa mak sekarang ni? Nampaknya, Taufiq pula yang terlebih berdebar.
"Bismillah, semoga bayi ni tak malu macam appointment lepas. Jangan tutup ye sayang, kesian dekat mama dengan papa awak" Doktor itu berkata. Janji temu yang lepas, bayi itu tidak mahu menunjukkan jenis kelamin, menjadikan dirinya sukar untuk melihat jantina bayi tersebut.
Qistiena dan Taufiq tunggu dengan hati yang berdebar.
"Kalau tengok dari sini, saya nampak anak Puan Qistiena dan Encik Taufiq macam perempuan. Kejap ye, kita tengok lama sikit" Doktor itu berkata. Dia mengeluskan peralatan yang ada di atas perut Qistiena ke arah lain pula.
"Memang saya pasti. Bayi ni perempuan." Doktor itu tersenyum. Matanya beralih memandang pasangan tersebut.
Qistiena tersenyum, lega. Alhamdulillah, urusan mereka hari ini dipermudahkan.
Taufiq tersenyum lebar. Dia mencium tangan isterinya.
-
Taufiq membukakan pintu kereta buat isterinya.
Qistiena hanya mengikut dan masuk ke dalam perut kereta.
"Yay! Kita dapat baby girl!!! My first princess!!" Taufiq memeluk Qistiena apabila dia masuk sahaja ke dalam kereta. Ditarik lembut badan Qistiena dan dibawa ke dalam pelukan. Kemudian, dicium bertalu-talu pipi isterinya.
Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia melonjak gembira dan bersorak semasa di dalam tadi, tetapi dia perlu mengawal emosinya.
Bila dah dalam kereta, hanya mereka berdua. Barulah dia boleh meluahkan dan menunjukkan emosi dia yang sebenar. Kat sinilah dia boleh peluk dan cium isterinya.
Qistiena tertawa kecil. "Abang, dahlah. Naik lenguh pipi saya ni bila kena cium banyak kali." Qistiena berkata.
Taufiq berhentikan tindakannya. Dia tersenyum. Tangannya masih erat memegang sebelah tangan Qistiena.
Isterinya itu mengeluarkan gambar 3D ct scan. Ditenung gambar itu dengan senyuman bahagia. Taufiq turut sama melihat.
"Tengok gambar yang ni, sayang. Anak kita tengah senyum." Taufiq menunjukkan gambar yang ada di situ. Dia tertawa melihat gambar tersebut.
"Haahlah." Qistiena turut sama tertawa.
"Comelnya, anak kita. Pipi dia tembam macam sayang." Taufiq berkata dan tangannya naik, mencubit pipi Qistiena.
"Ohh, abang nak cakap saya gemuk? Dah tak cantik? Macam tu?" Soalan cepumas diberikan kepada Taufiq. Dia membuat muka marah.
"Eh... eh... tak.. bu... bukan. Bukan tu maksud abang. Sayang tak gemuk, sayang comel." Tergagap-gagap Taufiq menjawab. Panik dia nak memikir. Silap cakap, mungkin merajuk Qistiena nanti.
"Sama jelah kan. Saya dah start gemuk sebab tu pipi saya ni tembam." Qistiena membalas.
"Ya Allah. Tak, sayang. Sayang tak gemuk langsung. Cuma, pipi sayang je tembam. Abang suka lah pipi sayang macam ni. Best tau abang nak pegang." Taufiq berkata dan tangannya mencubit lagi pipi Qistiena.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
