Part 63

2.6K 83 5
                                        

Taufiq terduduk di sofa. Dia memegang kepala sendiri. Sampai bila dia perlu begini? Kenapa orang yang paling dia sayang, kena buat dia macam ni?

Nenek baik orangnya tapi Taufiq tak pernah menyangka hanya perkara seperti ini, mampu mengubah anggapan dia terhadap nenek. Nenek dah tak sama macam dulu...

Abi mengusap belakang anaknya, cuba menenangkan Taufiq yang dalam keadaan marah.

"Kenapa jadi macam ni, abi?" Soal Taufiq tanpa memandang ke arah abi di sebelahnya.

"Sabar, Taufiq." Abi menasihat. Dia faham anaknya tersepit, masih rasa terkilan dengan sikap nenek dan menantunya juga terbeban dengan sekeliling.

Taufiq diam. Jadi, patutlah selama ini Qistiena bersikap dingin dengannya. Dia ingatkan dengan membawa Qistiena pergi dari rumah nenek, semua ini akan selesai. Mereka tidak akan diganggu lagi tetapi nenek pula menghantar mesej yang bukan-bukan sehingga Qistiena tertekan.

Isterinya itu tahu yang dia sayang akan nenek, maka Qistiena sanggup untuk meminta cerai tanpa menjelaskan alasan yang kukuh.

"Abang akan bahagia tapi bukan dengan saya"

Kata-kata itu terngiang di mindanya. Tak, sayang! Kebahagiaan abang adalah dengan sayang. Buat apa kalau abang ada semuanya tapi abang hilang separuh nyawa abang?

Allahuakbar...

Taufiq memejamkan mata. Dia menghela nafas berat.

"Ini semua salah, Taufiq. Taufiq lambat sedar. Taufiq patutnya dah lama perasan dengan sikap Qistiena dekat Taufiq. I thought she just want some time to be alone. Just for herself... but my own family is the reason..." Taufiq berkata penuh kecewa. Ahli keluarganya sendiri yang sanggup melukakan hati Qistiena.

"Pujuk Qis, Taufiq. Hati dia mesti akan lembut." Abi berkata lagi. Dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menasihati. Ini rumah tangga anaknya, maka anaknya perlu menyelesaikannya dengan sendiri.

"Umi pun harap korang berdua tak berpisah. Tiada siapa akan dapat gantikan tempat Qis sebagai menantu, umi" umi yang sedari tadi hanya mendengar, membuka mulut juga. Memberi semangat buat Taufiq untuk mendapatkan kembali hati Qistiena.

-

Taufiq memutarkan stereng, memasuki lorong rumah mama. Kepalanya yang agak pening, dibiarkan sahaja berdenyut. Dia dah cakap dekat mama, nak tinggalkan Qistiena sekejap sahaja tetap hari pun sudah bertukar malam.

Kepalanya terasa semakin berdenyut. Mungkin kerana dia meredah hujan tadi. Sakitnya diletakkan ketepi sebentar. Ah lantaklah, sakit tu nanti je, nak ambil isteri lagi penting.

Taufiq memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Hujan pun nampaknya sudah berhenti. Taufiq pun tanpa berlengah, terus sahaja membuka pintu, mahu menjemput isterinya.

"Assalammualaikum" Taufiq memberi salam. Senyuman diukir apabila dia dapat melihat yang terlentok lena di atas sofa. Comelnya isteri dia tidur.

"Waalaikumsalam" mama menjawab. Dia membukakan kunci pintu buat menantunya kemudian dijemput menantunya itu masuk.

Taufiq melangkah menghampiri isterinya. Dia duduk melutut dan tangannya menyentuh lembut perut isterinya. Tersenyum dia melihat isterinya itu yang sedang terbuai mimpi.

"Lama dah ke Qis tidur, mama?" Soal Taufiq, dia memandang mama di sebelah.

"Baru je. Itupun mama yang suruh sebab mama tengok Qis macam penat." Mama menjelaskan. Mula-mula anaknya itu tidak mahu melelapkan mata, alasannya mahu menunggu Taufiq tiba. Tetapi, dia pula bila nampak anaknya itu banyak kali menguap, terus sahaja menyuruh anaknya itu tidur dahulu.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang