Maya melangkah ke rumah teres dua tingkat. Rumah yang selama ini dia diami selepas dibuang oleh keluarga sendiri. Rumah kekasihnya, Zack. Lelaki itu sahaja yang mampu menerima dirinya sekarang.
Malam yang sudah semakin larut, Maya hanya buat tidak tahu. Mungkin, bukan malam tapi sudah pagi. Dia keletihan. Dia hanya mahu baring dan rehat kerana dia sudah lama duduk di club malam.
Apalagi yang dia boleh buat selain menghiburkan diri?
Maya menahan kesejukan yang dia alami sekarang akibat dia memakai baju yang tidak berlengan bersama seluar pendek. Menyerlahkan kakinya yang putih dan panjang.
Dia memulas pintu kayu itu tetapi terkunci. Maya tersentak. "Eh? Kenapa berkunci pula ni?" Soal Maya. Dia sudah menggigil kesejukan.
Dipulas dan terus dipulas tetapi pintu itu tetap tidak boleh dibuka seperti dikunci dari dalam. Maya berdecit. Dia tahu Zack ada di dalam kerana motosikal lelaki itu elok diparkir di tepi. Pasti Zack yang kunci pintu.
"Zack! You buka sekarang! I nak masuklah. Sejuk ni dekat luar." Maya menjerit sambil dia mengetuk pintu bertalu-talu.
Lama juga diketuk, barulah pintu tersebut dibuka dari dalam. Tersembul wajah serabai Zack yang hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Rambutnya juga sangatlah tidak terurus. Dia memandang Maya di pintu bersama tangan yang dinaikkan memegang tepi seperti menghalang Maya untuk masuk.
"You nak apa?" Soal Zack, malas.
Maya mengerutkan keningnya. "I nak apa? I nak masuklah. Tepi!" Maya berkata dan dia menolak dada lelaki itu tetapi pergerakannya terhenti apabila dia melihat ada sosok perempuan bersama selimut yang membaluti tubuh perempuan tersebut.
Rambut perempuan itu juga agak serabai dan Maya tahu wanita itu tidak memakai seutas benang pun kerana dia membalutkan diri dengan selimut. Ternampak bahu licin perempuan itu yang tidak memakai apa-apa pakaian dalam.
Maya kembali memandang Zack. "You ada perempuan lain?" Soal Maya tanda dia tidak percaya.
Zack mengeluh, malas dia mahu layan. "Ye. I ada perempuan lain dan sekarang ni I nak you berambus dari rumah I." Balas lelaki itu tenang. Tiada secebis pun rasa serba salah dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya.
Maya tersentak. "How could you!!! You dah lupa ke? I ni yang ada dengan you dari dulu lagi! I sampai mengandungkan anak you!!" Maya menunjal-nunjal dada Zack.
"So? Anak tu pun bukannya you nak pun kan? Dulu tu dululah. Sekarang ni I dah ada girlfriend baru and I dah tak perlukan you lagi." Zack berkata. Dia tidak kisah langsung dengan perasaan Maya ketika ini.
"Zack! No! Kalau you halau I keluar dari sini, I nak pergi mana lagi? I dah takda siapa-siapa dah. I cuma ada you je." Maya merayu. Dia memegang tangan Zack tetapi dengan segera Zack menarik kembali.
"Nampak macam I ni kisah ke? Dah takda guna I simpan you lagi. You dah tak macam dulu. You dah tak... malaslah I nak cakap. You faham-faham sendiri je." Zack berkata. Dia menolak sedikit bahu Maya sehingga wanita itu terundur ke belakang.
Maya agak tidak percaya dengan kata-kata daripada Zack itu. Matanya pula sempat melihat pada girlfriend baru Zack, perempuan itu sedang tersenyum sinis. Berpuas hati apabila Maya dihalau.
Zack mahu menutup pintu tetapi Maya segera menghalang. Dia menolak sekuat hati pintu dan Zack pula yang terundur ke belakang. Dada Maya turun naik.
Matanya teralih pula pada perempuan yang berada di atas sofa. Sedari tadi, dia hanya melihat sahaja pertengkaran mereka.
Tangan Maya naik dan dia menunjuk pada perempuan itu.
"Ni kan girlfriend you sekarang? Yang you rasa lawa sangat tu?" Maya melangkah menghampiri ke arah perempuan tersebut. Belum sempat dihalang oleh Zack, Maya sudah pun menarik rambut perempuan itu sehingga terdengar jeritan kesakitan daripada perempuan tersebut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
