Another ending...

3.6K 61 14
                                        

From naqqqie: ini ialah ending yang asalnya saya nak buat. Tapi, sebab saya tengok ramai yang nak happy ending, maka saya akan tunaikan. Saya saja share ending ni sebab saya nak tahu pendapat readers.

Basically, this is a sad ending.

Oh, saya juga nak beritahu, ending ni nenek dan Maya tak meninggal dunia pun.

-

Mama menghulurkan air kepada Qistiena. Anaknya itu sedang duduk di balkoni rumah, melihat pemandangan yang hampir senja.

"Qis, jom masuk. Dah nak maghrib." Mama berkata.

Qistiena menolehkan kepalanya, memandang mama yang berdiri di sebelah. Bibirnya mengukirkan senyuman. Tangannya naik dan memeluk pinggang mama.

Mama yang agak tersentak dengan tindakan drastik Qistiena itu, mengerutkan dahinya. "Kenapa ni, Qis?" Soal mama, hairan.

Qistiena semakin mengeratkan pelukan. "Qis takut nanti Qis rindu mama." Qistiena berkata.

Mama menaikkan wajah anaknya, mahu bertatapan mata. "Qis, kenapa cakap macam ni? Mama ada jelah dengan Qis." Ujar mama.

Qistiena tersenyum sahaja bersama air mata yang mulai bertakung.

"Qis... sayang mama." Ucap Qistiena. Air matanya mulai mengalir turun ke pipi.

Mama mengesat air mata anaknya walaupun dia agak keliru dengan tindak tanduk anaknya.

"Mama pun sayang Qis." Balas mama. Dia mengeratkan pelukan di antara mereka berdua.

Serentak itu, azan maghrib berkumandang daripada masjid terdekat. Mama melepaskan pelukan. "Dah masuk waktu. Jom, solat dulu." Ujar mama.

Qistiena menganggukkan kepalanya, bersetuju.  Mereka melangkah keluar daripada balkoni dan pintu balkoni tersebut ditutup lalu dikunci.

Mama berlalu ke bilik, mengambil wuduk.

Qistiena juga melakukan perkara yang sama. Dia melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik dia bersama Taufiq sambil memegang perutnya sendiri.

"Aduh, sakit." Qistiena menarik nafas terlebih dahulu. Perutnya mengeras dan dia merasa senak. Tangannya mengusap-usap untuk melegakan sakit yang dirasainya.

Apabila merasa seperti sakitnya mulai reda, Qistiena memulakan langkahnya kembali. Dia membuka terlebih dahulu suis bilik air dan mula melangkah masuk.

Dia menyelitkan rambutnya dibalik telinga dan mula mengambil wuduk perlahan-lahan. Tangannya pula tanpa sedar, tertolak sabun buku sehingga jatuh ke atas lantai. Lantai yang basah dengan air, semakin licin apabila bercampur dengan sabun buku tersebut.

Qistiena yang masih tidak sedar apa yang berlaku, terus sahaja mengambil wuduk.

Selesai sahaja, Qistiena memusingkan badannya dan dia membuka langkah mahu keluar dari bilik air tetapi tanpa sengaja dia terpijak sabun buku tersebut dan dia terus tergelincir.

Qistiena jatuh terlentang. Dia mengaduh kesakitan. Tangannya automatik memegang perut sendiri. Sakit. Perutnya sakit. Sakit yang teramat.

Qistiena memegang singki. Mukanya berkerut kesakitan. Pada masa yang sama, seperti ada cecair merah keluar daripada bawahnya. Bertambah panik Qistiena jadinya.

"Mama!!!" Jerit Qistiena. Dia memegang perutnya yang sedang mengeras itu.

Mama yang mendengar jeritan Qistiena, segera berlari ke arah datangnya suara tersebut. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Qistiena yang sudah terduduk bersama cecair merah memenuhi lantai.

Cinta Dia Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang