"Okay, semua dalam keadaan baik. The mama is okay and same goes to the baby." Doktor wanita itu menanggalkan stetoskop. Dia mengukirkan senyuman pada Qistiena.
"Alhamdulillah" Taufiq mengucap syukur. Digenggam tangan Qistiena, erat. Senyuman turut terukir dibibirnya.
"But, I need to remind you again. Dont get stress and just rest. This time, baby awak selamat sebab dia kuat. Tapi, saya tak boleh jamin bayi awak akan okay kalau perkara macam ni jadi lagi." Doktor wanita itu berkata tegas. Dia perlu memberitahu perkara ini.
Qistiena bernasib baik kerana kandungannya kuat tetapi dalam keadaan macam ni, dia masih lagi fragile. Kalau kerap sangat stress, macam-macam perkara buruk boleh berlaku kepada dirinya dan bayi.
Qistiena menganggukkan kepala perlahan. Dia tersenyum nipis.
"Makan dan rehat secukupnya, boleh Puan Qistiena?" Soal doktor itu.
"Boleh, doktor" ucap Qistiena.
"Okay. Pukul 3 nanti saya datang balik, dan kalau puan Qistiena baik baik sahaja, saya akan bagi puan Qistiena discharge"doktor itu menyemak kertas yang ada pada tangannya.
Mereka berdua menganggukkan kepala tanda faham.
-
"Umi, cantik tak?" Maya tersenyum dan dia memusingkan badannya di hadapan umi. Mahu menunjukkan baju rayanya pada umi. Dia sudah berdandan cantik pada hari raya pertama itu.
Umi hanya diam. Dia tidak memandang langsung pada Maya. Tangannya sibuk mengambil luggage, dan dia membuka zip beg itu. Mukanya tegang semacam.
"Umi nak pergi mana ni? Kenapa umi tak bersiap lagi?" Soal Maya. Soalannya tadi tidak dijawab oleh umi.
Dia melangkah semakin dekat ke arah umi. Matanya melihat sahaja kelakuan umi yang mula mengambil pakaiannya dan dimasukkan ke dalam luggage itu.
"Umi nak pergi beraya kat tempat lain eh? Wow! Kejap, Maya kemas barang Maya" Maya bersuara dengan teruja. Dia menepuk tangan sendiri.
Tetapi, bahagianya itu tak lama, sebelum dia dapat merasakan ada sesuatu yang singgah ke pipinya.
Terteleng Maya ke tepi. Dia tergamam. Terdiam seribu bahasa. Matanya terbeliak kerana dia sangat terkejut. Terus sahaja tangannya memegang pipi sendiri.
"Umi..? Kenapa tampar Maya?" Soal Maya, tak percaya dengan perkara yang berlaku.
"Kenapa Maya masih boleh happy lepas perbuatan Maya pada Qis? Maya sedar tak apa yang Maya dah buat ni?" Soal Umi. Nadanya penuh marah. Sungguh, dia tak menyangka anaknya sendiri akan menabur fitnah tentang Qistiena kepada semua orang. Dan, perkara tersebut 100 peratus tidak benar.
"Apa umi cakap ni? Umi ada bukti ke? Kenapa umi nak tuduh-tuduh Maya?" Maya menyoal kembali. Wajahnya terasa panas membahang.
"Maya marah kan bila umi tuduh Maya? Tapi, kenapa senang-senang je Maya tuduh Qistiena? Maya dah tak payah tipu umi lagi. Umi dah tau semuanya." Umi membalas. Linda sudah menceritakan semua. Dan, pada ketika itu dia terasa sangat tak berguna. Anaknya sendiri yang melakukan perkara sebegini.
"Mana ada Maya buat!" Maya masih berkeras tidak melakukan itu semua.
"Cukup, Maya! Cukup! Maya kira bernasib baik sebab umi masih terima Maya walaupun Maya dah conteng arang pada muka umi! Tapi, kalini umi dah tak mampu. Umi dah tak boleh terima semua ni. Cukuplah dengan semua penipuan ni, Maya!" Dada umi turun naik. Dia tak mampu lagi menerima anak yang berperangai sebegini. Peluang yang diberikan tidak pernah digunapakai sebaik mungkin.
"Umi..." Maya mahu memegang tangan umi tetapi cepat-cepat umi menepis. Dia mahu membela dirinya dan umi cepat sahaja memotong.
"Umi dah taknak dengar lagi apa yang Maya nak cakap. Dah, umi nak balik dari sini. Pandai-pandailah Maya balik sendiri ataupun lagi bagus kalau Maya tak payah balik langsung." Ujarnya. Dia sanggup mengemas barangannya tanpa memandang anaknya langsung.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...