Part 60

256 24 3
                                    

Taufiq melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan di hadapan tempat solat wanita. Sementara menunggu isterinya, dia mengeluarkan telefon pintarnya.

10 panggilan tak berjawab...

"Siapa call ni?" Soal Taufiq. Mesti panggilan dibuat ketika dia solat tadi. Dia dah set telefonnya menjadi silent, sebabtu tak boleh dengar.

"Nenek" nada Taufiq kendur. Lambat-lambat dijawab juga panggilan tersebut.

"Aslm. Ye, nek?" Soal Taufiq, tak bernada.

"Taufiq. Maafkan nenek, Taufiq. Nenek bersalah sangat dekat kamu"

Taufiq berdiri, mencekak pinggang sendiri.

"Nek, Taufiq malas nak cakap pasal benda ni sekarang." Jawabnya.

"Taufiq, tolong jangan marah kat nenek."

"Nenek suruh Taufiq maafkan nenek kan? Nenek takde buat salah pun dekat Taufiq, yang nenek buat salah adalah dekat isteri Taufiq, Qistiena." Ujar Taufiq.

"Jadi, lebih baik nenek minta maaf dekat Qistiena. Dosa dengan manusia ni nek, tak sama dosa dengan Tuhan. Kalau kita minta ampun dekat Allah, Allah akan ampunkan macam tu je. Tapi kalau dengan manusia?" Soal Taufiq.

Nenek terdiam.

"Nenek fikir-fikirkan lah sendiri. Lagi satu, nenek jangan minta maaf dekat Qistiena sebab Taufiq, nenek minta maaf sebab kesalahan nenek sendiri. Dahlah nek, Taufiq dah nak gerak ni. Aslm." Ujarnya dan segera panggilan dimatikan.

Taufiq mengeluh. Tangannya naik mengurut kepala sendiri dan matanya dipejamkan.

Badannya dipusingkan dan matanya terus terlihat Qistiena yang sedang berdiri di belakangnya. Memandang tepat ke arahnya. Wajahnya tidak bereaksi apa-apa, agak sukar buat Taufiq menilai perasaan isterinya itu.

Terus senyuman diukir di bibir. Menyorokkan apa yang berlaku tadi.

"Sayang." Panggil Taufiq, lembut. Tangannya mencuba menyentuh tangan Qistiena tetapi cepat sahaja isterinya menarik kembali tangan.

"Jomlah, masuk kereta." Mendatar sahaja nada Qistiena.

Dia memulakan langkah terlebih dahulu ke hadapan, meninggalkan Taufiq keseorangan.

-

Qistiena melangkah keluar daripada bilik air. Tangannya mengesat rambut yang basah menggunakan tuala.

Sambil itu, kakinya perlahan-lahan melangkah ke arah meja solek. Cermin yang sederhana besar dihadapan, ditenung.

Baju tidur nipis berwarna merah yang dipakainya, menampak sedikit perutnya yang mula membuncit.

Tangannya perlahan-lahan jatuh dan memegang perut sendiri. Diusap lembut.

Dia mengetap bibir sendiri. "Maafkan mama..."

Kepalanya menggeleng. "Mama cuma taknak papa jauh dari keluarga dia sendiri. Mama taknak papa hilang orang yang dia sayang."

"Ramai lagi yang sayang papa. Dan mama..."kata-katanya terhenti di situ.

"...mama hanya jadi penghalang"

Air matanya jatuh, membasahi pipi. Dia mengetap bibir sendiri. Dia terduduk jatuh.

Tak mampu nak berdiri. Dia cukup letih dengan semua ini. Adakah dia perlu menyerah? Atau adakah dia perlu terus berjuang dengan cintanya?

Tapi, semua itu akan membuatkan hubungan Taufiq dan keluarganya, porak peranda. Tak mungkin dia akan membiarkan semua itu berlaku.

Cinta Dia Where stories live. Discover now