"Abang, kita nak pergi mana ni?" Soal Qistiena. Qistiena memandang suaminya yang sedang memandu dengan tenang. Mereka berdua baru sahaja pulang daripada hospital.
Taufiq mengukirkan senyuman. "Abang nak bawa sayang pergi date." Taufiq mengerling sekilas isterinya di sebelah. Tangannya masih kekal memegang stereng.
"Date?"
Soalan Qistiena itu mendapat anggukan daripada Taufiq.
"Tapi, date ni biasa-biasa jelah. Abang tak nak terlalu berat sebab kita berdua pun baru balik kerja. Abang takut sayang penat." Taufiq menjelaskan. Dia hanya mahu meluangkan lebih masa dengan isterinya. Mencipta kenangan baru dan sedikit sebanyak dia harap cara ini dapat mengembalikan hubungan mesra mereka berdua seperti dahulu.
Qistiena hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab atau memberi sebarang reaksi. Hatinya gembira kerana mereka akan keluar bersama-sama, dengan jadual mereka yang padat agak sukar untuk mereka berada di luar rumah. Tetapi, suara hatinya cepat-cepat menyuruh dirinya untuk tidak memberikan sebarang reaksi.
-
Taufiq membukakan pintu buat Qistiena. Senyuman manis dia ukirkan buat isterinya dan Qistiena hanya mempamerkan riak wajah biasa, tidak membalas senyuman Taufiq.
Taufiq mahu mencapai tangan Qistiena, mahu ajak berpimpinan tangan tetapi Qistiena yang perasan tindakan Taufiq itu, segera berpura-pura membetulkan tudung dan bajunya.
Taufiq hanya tersenyum segaris melihat reaksi Qistiena. Dia menarik kembali tangannya.
"Jom, sayang. Kita pergi makan dulu." Taufiq mengajak dan Qistiena hanya mengikut.
Berdasarkan pemerhatian Qistiena, Taufiq sudah menempah terlebih dahulu meja mereka kerana apabila Taufiq mengatakan sesuatu, terus sahaja pelayan itu menunjukkan satu bilik yang khas buat mereka berdua. Lebih privasi.
"Kita nak makan apa dekat sini, abang?" Soal Qistiena. Mereka sudah pun duduk di tempat masing-masing. Taufiq yang berada di hadapan Qistiena, dipandang menantikan jawapan.
"Oh, takpe. Kita tinggal tunggu makanan sampai je. Abang dah order untuk kita." Taufiq menjawab.
Qistiena hanya mampu menganggukkan kepala. Pelik juga. Taufiq sudah pesan dahulu? Tidak mengapalah, dia okay sahaja makan apa pun.
"Ahad ni, sayang ada appointment kan? Nanti abang teman, ye?" Soal Taufiq. Dia ingat segala jadual pemeriksaan buat kandungan Qistiena. Sudah dia setkan reminder di telefonnya.
Qistiena hanya menganggukkan kepala. Matanya memandang, melihat-lihat sekitar bilik itu.
Tak lama kemudian, pintu dibuka dari luar dan kelihatan ada beberapa pelayan yang masuk dan meletakkan makanan mereka.
Qistiena terkesima melihat makanan yang dihidangkan di atas meja tersebut.
Sushi!
Betapa dia mengidam untuk memakan sushi, beberapa hari yang lalu. Kelmarin baru sahaja dia melihat video-video mukbang sushi. Air liurnya diteguk. Tak sabarnya nak makan!!
Qistiena hanya menatap pelbagai jenis sushi dihadapannya, tidak menghiraukan Taufiq yang sedang melihatnya.
Taufiq pula mengukirkan senyuman. Dia bahagia melihat senyuman isterinya. Kelmarin, dia sempat melihat isterinya banyak kali melihat video tentang sushi.
Taufiq tahu, Qistiena mengidam tetapi isterinya itu tidak mahu memberitahu dirinya. Jadi, dia membuat rancangan untuk memesan pelbagai jenis sushi untuk makan malam mereka.
"Makanlah, sayang. Ini semua sushi yang sayang boleh makan." Ujar Taufiq. Dia hanya memesan sushi yang boleh dimakan untuk wanita mengandung seperti Qistiena. Tak elok kalau Qistiena memakan sushi mentah, risau kesihatan kandungan isterinya terganggu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
