"Okay, sayang dah boleh balik hari ini" Taufiq tersenyum lebar. Suaranya ceria. Dia baru sahaja membayar bil hospital. Buka sahaja pintu, nampak Qistiena yang sedang duduk di hujung katil, melihat pemandangan luar.
Qistiena hanya tersenyum nipis.
Dia mahu turun dari katil dan dengan segera, Taufiq memegang tangannya. Dia hanya diam, menyambut huluran suaminya itu.
Dia kemudiannya melangkah mendekati beg pakaiannya dan sekali lagi, Taufiq lebih pantas bertindak. Lelaki itu bertindak laju bersama wajah yang kekal tenang. Senyuman tetap kekal dibibir.
Taufiq membuka zip beg tersebut lalu diambil pakaian. Kemudian, dihulurkan pada isterinya.
Qistiena menyambut juga huluran tersebut. Tidak membalas apa-apa.
Dia pun melangkah untuk ke bilik air dan disitu, terdengar suara Taufiq.
"Nak abang pakaikan? Nak teman?" Taufiq bertanya dengan suara nakal.
Seperti biasa, Qistiena menjeling tajam suaminya.
Lalu, ditutup pintu itu tanpa menjawab sepatah apa pun.
Seperti dejavu, Taufiq pernah menuturkan perkataan tersebut kepadanya. Qistiena tersenyum disebalik pintu. Senyum perit.
Dia sedih dan hatinya sakit lagi. Bukan niatnya untuk membisu dan melayan Taufiq acuh tak acuh tapi dia rasa ini yang perlu dilakukannya untuk membuat Taufiq semakin jauh darinya.
Saya buat semua ni untuk abang. Suara hatinya berkata.
Taufiq di sebalik pintu, tersenyum tetapi senyumannya itu semakin pudar. Semakin pudar sehingga tiada lagi senyuman yang terhias di bibirnya.
Dia mengundurkan langkah dan dengan segera, dia membuka kembali zip beg pakaian Qistiena. Tangannya mencari sesuatu.
Dia meraba-raba sehinggalah tangannya mencapai bentuk objek tersebut. Dia menarik keluar.
"Jumpa pun" ucapnya sambil menatap penuh makna telefon pintar milik Qistiena itu.
-
"Hantar saya pergi rumah mama" Qistiena bersuara setelah lama membisu. Nadanya biasa dan kepalanya tidak langsung menoleh memandang Taufiq di sebelah.
Taufiq yang sedang memandu kereta itu memandang sekilas isterinya.
"Boleh, sayang" ucap Taufiq dengan lembut. Dia mengukirkan senyuman tetapi hanya dibalas dengan wajah beku milik Qistiena.
Taufiq tidak menegur tentang kebisuan Qistiena tetapi dia hanya meneruskan pemanduannya dengan tenang. Dibelokkan stereng kereta untuk memasuki lorong rumah mama. Wajahnya tenang seperti tidak berlaku apa-apa.
Qistiena memalingkan wajah memandang ke arah tingkap. Langit dilihatnya gelap dan hujan sudah mula turun. Wajahnya tidak mempamirkan sebarang reaksi. Dia tidak sanggup melihat wajah Taufiq. Dia tak sampai hati setelah melayan sebegini rupa. Dia kasihan. Air matanya sedaya upaya ditahan dari tumpah.
Jangan nangis Qistiena, jangan.
Taufiq menekan brek. Diparkirkan keretanya di hadapan rumah mama. Nak parkir dekat dalam tak boleh sebab ada kereta Qistiena di dalam. Hujan pula semakin lebat diluar.
Kemudian, dia memusingkan badan memandang Qistiena di sebelah. "Tunggu kejap tau. Abang pergi ambil payung dekat bonet." Taufiq berkata dan tanpa menunggu balasan Qistiena, dia terus sahaja keluar daripada kereta dalam keadaan hujan sedang lebat turun.
Qistiena dengan pantas melihat kelakuan Taufiq di sebalik tingkap itu. Wajahnya mempamirkan riak risau. Kenapa Taufiq buat macam ni? Dia boleh sahaja lari untuk masuk ke dalam. Dekat sahaja pun. Nak juga tolong ambilkan payung.
YOU ARE READING
Cinta Dia
RomanceQistiena Haura mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatan mereka lebih dari 10 tahun. Lebih dari 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya itu, Zariq Zaqwan. "Mama, mama rasa dia suka tak dekat Qis?" -Qistiena Haura- Kedatang...