Taufiq mengambil stokin di laci. Dia membetul-betulkan sedikit rambutnya di cermin. Wajah kacaknya ditilik, uhm okay. Dah hensem dah.
Matanya kemudian melirik pada Qistiena yang sedang tertidur lena di atas katil.
Dia mengukirkan senyuman. Kakinya dihalakan ke arah isterinya dan dia duduk di birai katil. Rambut Qistiena, dielus lembut. Kemudian, dia mengusap perlahan wajah cantik itu.
"Sayang, bangun." Taufiq bersuara lembut.
"Uhm.." Qistiena menyahut dengan mata masih terpejam.
"Abang nak pergi joging sekejap. Kalau lapar, makanan abang dah sediakan atas meja. Makan tau." Taufiq berpesan.
Qistiena menganggukkan kepalanya dengan mata masih terpejam. Tangan Taufiq yang berada di wajahnya diambil lalu dipeluk erat. Bestnya, ada bantal peluk.
Taufiq tersenyum melihat telatah isterinya. "Sayang, macam mana abang nak joging kalau sayang peluk tangan abang macam ni?" Soal Taufiq.
"Janganlah pergi." Qistiena menjawab. Dia semakin mengetatkan pelukannya pada lengan Taufiq.
Tergeleng kepala Taufiq. Terletus juga tawanya. Comel melihat kelakuan Qistiena. Kalau ikutkan, dia juga tak mahu pergi tetapi kalau nak kekal fit dan hensem, dia kenalah mempunyai pendirian yang teguh. Lagipun, dia rasa dh 2 minggu dia tak bersenam. Habislah kalau perut dia boroi nanti, hilang sudah sixpack miliknya.
Kemudian, dia mengambil bantal peluk yang ada di belakang Qistiena. Di ambil dan perlahan-lahan dia meletakkan bantal peluk itu diantara tangannya dengan Qistiena.
Perlahan-lahan, tangannya terlepas dari pelukan Qistiena. Qistiena yang masih mamai itu hanya memeluk sahaja bantal peluk tersebut.
Taufiq kemudiannya mengusap perlahan perut Qistiena. "Papa pergi dulu, okay? Jaga mama elok-elok." Pesan Taufiq dan dia mencium sekejap perut tersebut.
Taufiq pun kemudiannya bingkas berdiri dan berlalu pergi.
-
Qistiena duduk. Dia melihat sekeliling. Matanya dibuka sebelah. Dah pukul berapa ni?
10:30 pagi.
Kenapa macam senyap sangat rumah ni? Qistiena melihat-lihat sekeliling. "Abang pergi mana?" Soalan itu terpacul di mulutnya.
Dia pun perlahan-lahan bangkit dan berjalan ke arah ruang tamu. Kepalanya mencari-cari susuk Taufiq. Mana suaminya?
Matanya terhenti apabila dia melihat ada makanan yang bertutup bersama satu sticky note.
Tangannya mencapai sticky note tersebut dan dibaca.
Makan banyak-banyak tau. Habiskan. Abang keluar, joging.
-Suami Qistiena-
Qistiena tertawa membaca pesanan tersebut. Hatinya suka apabila Taufiq menggunakan panggilan 'suami Qistiena. Nampak comel.
Tangannya naik, membuka tudung saji yang menutup makanan. Ada mee goreng bersama jus oren.
Qistiena mengukirkan senyuman. Dia kemudiannya melabuhkan duduk dan makanan tersebut ditatapnya.
"Jom kita makan!" Qistiena berkata selepas dia membacakan doa makan.
Dia menyuap mee goreng tersebut ke dalam mulut. "Uhm! Sedap!" Qistiena bersuara, teruja. Dia menyuap lagi sehingga mulutnya penuh.
Air tangan suaminya memang tidak pernah mengecewakan. Qistiena bersyukur dia masih diberikan masa untuk merasai masakan Taufiq. Tapi, sampai bila? Masa dia bersama Taufiq tidak lama lagi. Lahir sahaja anak mereka, maka dia dan Taufiq akan berpisah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
