"Wuekkkk wuekkk"
Qaireen menangis sekuat hati. Kakinya yang pendek menendang-nendang kain yang membedung dirinya.
Taufiq yang sedang elok tertidur sambil memeluk isterinya, perlahan-lahan membuka mata. Dia sempat juga melihat jam di telefon pintar, 3:40 pagi.
Tanpa mahu mengejutkan isterinya, Taufiq perlahan-lahan mengangkat kepala Qistiena yang berada di atas lengannya, dan diletakkan di atas bantal.
Kemudian, dia menyelimutkan tubuh isterinya.
Taufiq segera menghampiri baby coat itu. "Ye, sayang? Nak susu ke?" Bisik Taufiq. Tangannya lincah membuka kain bedung Qaireen, dia mahu melihat sama ada pampers anaknya itu sudah penuh atau tidak.
Setelah memastikan semuanya baik-baik sahaja, Taufiq mengangkat tubuh kecil Qaireen dan diletakkan di dakapannya.
"Jom, papa buatkan susu untuk Qaireen. Tapi, kita menyusu dekat luar, okay? Kita tak boleh ganggu mama tidur, she tired and need to rest." Taufiq berkata kepada anaknya dan seperti memahami, Qaireen hanya diam sambil merenung Taufiq.
Taufiq mengambil susu milik Qistiena yang sudah dibekukan. Dia tangkas membuat kerja sambil sebelah tangannya memegang Qaireen.
Beberapa minit kemudian,
"Okay, anak papa. Jom kita minum susu." Taufiq mencium sekejap pipi anaknya. Dia kemudiannya menyuakan muncung botol susu itu ke mulut Qaireen dan dengan laju, Qaireen menghisapnya. Taufiq membetul-betulkan sedikit posisi tangan dan kedudukannya supaya anaknya itu dapat menyusu dengan mudah dan selesa.
Lama Taufiq duduk tegak sebegitu, sehingga susu yang ada di botol anaknya, mulai habis. Qaireen juga hampir tertidur ketika menyusu. Matanya semakin lama semakin terpejam.
"Qaireen, sayang. Papa nak kena sendawakan dulu." Penuh lembut Taufiq berbicara dengan anaknya. Perlahan-lahan, dia mencabut botol susu daripada mulut Qaireen.
Dan dengan berhati-hati, dia menepuk belakang Qaireen untuk bersendawa dahulu. Risau nanti perut anaknya kembung.
"Erk." Terdengar perlahan sahaja suara Qaireen sendawa setelah lama Taufiq menepuk. Dia pun sudah terlentok di bahu papanya.
"Bagus, anak papa. Jom, kita masuk tidur." Taufiq membawa anaknya kembali ke dalam bilik. Dia meletakkan anaknya itu ke dalam baby coat dengan berhati-hati.
Dia kembali membedung anaknya menggunakan kain bedung tadi.
"Abang? Qaireen nangis ke tadi? Kenapa tak kejut saya?" Qistiena membuka matanya, kecil. Dia perlahan-lahan mahu bangun, tetapi dengan segera Taufiq menyentuh bahunya.
"Eh, sayang. Sayang baring je. Abang dah siap tukar pampers dengan susukan Qaireen. Jangan risau." Taufiq berbisik, lembut.
"Sorry, saya tak dengar tadi dia nangis." Qistiena membalas.
"Takpelah, sayang jagalah Qaireen waktu siang. Abang pula jaga Qaireen waktu malam. Dah, sayang mesti penat kan? Meh, sini. Sambung tidur." Taufiq menarik lembut kepala isterinya supaya berbaring di atas lengannya.
Qistiena hanya mengikut tanpa membantah. Dia pun sudah mengantuk sangat. Dia pun berbaring di atas lengan Taufiq dan mukanya di sembamkan pada dada suaminya itu.
Taufiq pula bertindak menepuk perlahan belakang Qistiena, seperti mendodoi.
-
"Assalammualaikum, anak papa. Alololo, pagi-pagi dah bangun." Taufiq menjengah ke baby coat anaknya. Jam masih pagi. Baru pukul 7:30.
Dia jengah sahaja, nampak mata Qaireen yang sedang merenungnya. Bagus anaknya itu, tidak menangis langsung. Seperti tahu sahaja yang Qistiena masih tertidur di atas katil.
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Dia
RomanceMuhammad Taufiq dan Qistiena Haura. Qistiena Haura merupakan seorang doktor psikiatri. Berusia 25 tahun. Dia mempunyai seorang kawan baik yang usia persahabatannya lebih dari 10 tahun. Lebih 5 tahun dia menyimpan perasaan terhadap rakan baiknya, Za...
