"MAK ! Mak dekat mana ?"
Mak Nah yang baru selesai melipat pakaian milik keluarganya terus memandang ke arah pintu apabila dia mendengar suara anak bongsunya memanggil namanya. Senyum terukir di bibirnya apabila melihat Mimi masuk ke dalam rumah dengan Nayla ditariknya.
"Mimi ? Mimi dengan Nayla dari mana ?" perempuan itu bertanya, terus dia berdiri mendekati tubuh dua anak kecil itu yang masih tercegat di tepi pintu. Apabila dia mendekati mereka, dia terpandang report card di dalam tangan Nayla yang jelas milik Nayla sendiri.
Mimi memandang ke arah Nayla sebelum senyum sinis terukir di bibirnya. Dia memandang ke arah maknya semula. "Mak ! Mak tolong sign report card Nayla boleh ? Macam nak sign report card Mimi tadi tu !" Mimi meminta, tangan Mak Nah diraihnya sebelum digoncangnya lembut.
Dahi Mak Nah berkerut mendengar kata kata Nayla. Sementara itu, matanya terus memandang ke arah mata satu Nayla yang merah dan kelihatan agak sembab. Menyedari wanita itu memandang ke arahnya, Nayla melarikan pandangan dan mengusap matanya yang masih terasa gatal.
Dari situ, Mak Nah tahu ada sesuatu yang tidak kena. Jelaslah apa yang dia dengar tadi bukannnya dia salah dengar atau sebagainya. Tapi memang Nayla dimarahi oleh Datin Maria. Mak Nah memandang ke arah Nayla dan senyum nipis. "Kenapa, Nayla ? Mommy tak nak sign untuk Nayla ke ?" Mak Nah bertanya, rambut Nayla diusap lembut.
Sepantas itu, Nayla menggelengkan kepalanya sambil menunduk. Tangannya tanpa segan silu menghulurkan report card tersebut kepada Mak Nah. "Mak Nah boleh tolong sign untuk Nayla ? Nanti Cikgu Nisa marah pula.." Nayla meminta, sebelum hulurannya disambut oleh Mak Nah. Dengan itu, Mak Nah menanyakan soalan.
"Kenapa mommy tak mahu sign untuk Nayla ? Mommy sibuk ya ?" Mak Nah bertanya. Tanpa sempat Nayla menjawab, Mimi yang masih setia di sebelah Nayla, seolah olah seorang protector merangkap side kick Nayla terus menjawab soalan maknya yang sebenarnya diajukan kepada Nayla.
"Datin kata result Nayla teruk ! Mimi tengok okay je ! Lagi okay daripada Mimi punya. Datin tu tak reti bersyukur ke ?" Mimi terus memberitahu maknya tentang ketidakpuashatian yang bertamu di ruang hatinya. Tangannya terus disilangkan di depan dadanya, sambil wajahnya terlihat tak puas hati.
Mak Nah terus menjegilkan matanya sebelum dia menolak bahu Mimi perlahan, meminta Mimi untuk mendiamkan dirinya. Mimi terus menekup mulutnya menggunakan telapak tangan, sebelum tersengih memandang maknya.
Perempuan itu kembali menunduk memandang ke arah report card milik Nayla dalam tangannya. Dia menyedari report card tersebut sudah terkoyak kepada dua bahagian, menyebabkan dia susah untuk membacanya. Nayla menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memandang ke arah Mak Nah.
"Ah, Mak Nah ada gam tak ? Nayla nak sambungkan balik report card tu.." Nayla berkata, turut tersengih. Mak Nah angguk. "Ada, Nayla. Nanti Mak Nah bagi ada Nayla. Biar Mak Nah sign dulu untuk Nayla, ya ?" Mak Nah berkata, terus mencapai sebatang pen di atas meja berdekatan dengannnya sebelum report card itu dibuka.
Senyum terukir di bibirnya apabila melihat keputusan yang menurutnya cukup cemerlang untuk anak seusia Nayla. Cuma, Nayla mendapat gred B untuk subjek Sains, yang Mak Nah agak punca Maria berkeras untuk tidak menurunkan tandatangan ke atas report card tersebut. Dengan senyum yang masih bersisa, tangannya terus menurunkan tandatangan.
Selepas itu, report card tersebut dihulurkan semula kepada Nayla. Nayla, terus menerimanya dengan mata penuh harapan. Dia terus meminta Mak Nah gam untuk menyambung semula report card yang sudah terkoyak itu. Dia terus memandang ke arah Mak Nah dengan senyum manis di bibir kecilnya.
"Terima kasih, Mak Nah !" Nayla berkata, sebelum berlari keluar menuju ke arah rumahnya semula dengan senyuman yang masih bersisa. Mak Nah senyum kembali sebelum memandang ke arah anaknya. Dengan lembut bahu anaknya itu dipegang. "Dengar sini, Mimi"
"Jangan pernah bagitahu siapa siapa pun pasal apa yang terjadi dalam rumah tu antara Nayla dengan Dato' dan Datin, faham ?" Mak Nah memberi arahan, sebelum Mimi mengangguk menurut.
───────
NAYLA mengeluh berat. Dia sendiri, di dalam rumah banglo milik keluarganya.
Buku di atas meja ditutup sepenuhnya sebelum alat tulisnya disimpan semula ke dalam bekas pensel. Dia mengeluh sekali lagi sebelum melentokkan kepalanya ke atas meja belajarnya yang masih terlihat tersusun dengan rapi. Dia berasa bosan, bosan berada di dalam rumah ini seorang diri.
Mommy dan papa Nayla tidak berada di rumah pada ketika itu. Kedua - duanya masih sibuk dengan tugasan pejabat yang menjadi tuntutan. Mimi pula sudah semestinya tidak dibenarkan oleh Mak Nah untuk keluar pada waktu malam begini. Kesudahannya, Nayla tinggal sendiri.
Nayla bangkit, meninggalkan bilik tidurnya sebelum mula berjalan mengelilingi ruang tingkat dua rumah keluarganya itu. Semua lampu masih dinyalakan, jadi itu tidak menjadi alasan untuk Nayla berasa takut dalam exploration yang akan dia lakukan untuk menghilangkan rasa bosannya.
"Bosan~"
Dia terus melabuhkan duduk di atas sofa rangkai tiga berwarna kelabu. Tubuhnya dibaringkan di atas sofa tersebut. Nayla mengeluh sekali lagi. Matanya melilau sebelum dia terpandang ke arah sebuah bilik yang berada di antara dua rak buku. Disebabkan rak buku tersebut, bilik tersebut hampir tidak kelihatan. Seolah olah sebuah camouflage.
Dengan penuh rasa ingin tahu, dia bangkit. Langkahnya diatur menuju ke arah bilik tersebut. Mungkin nasibnya pada malam itu sungguh baik, pintu tersebut tidak dikunci. Perlahan lahan, Nayla menolak pintu tersebut dan menapak masuk. Lampu di tepi pintu dihidupkan sebelum dia memandang sesuatu di tengah bilik.
"Cello ?"
- nadya
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romance®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...