seventy-eight

7 1 0
                                        



SEDARI tadi, tangannya kemas mengenggam baju kurung hitam yang dia kenakan. Dia duduk kaku di bangku saksi, kedua-dua tangannya diletakkan di atas paha.  Sejak dari awal proses mahkamah bermula dia hampir tidak bergerak. Matanya hanya memandang ke hadapan, lebih tepatnya ke arah seorang perempuan yang duduk di kandang tertuduh.


Maria. Seorang perempuan yang membesarkannya dengan kasih sayang, tapi juga perempuan sama yang mempunyai niat besar untuk memusnahkannya. 


Labuhnya duduk dia di bangku saksi, mendengar hakim membacakan pertuduhan dan peguam yang dari tadi melontar kata bagi membuktikan pertuduhan yang dibacakan, hati kecilnya sedikit terusik. 


Adakah keputusan yang dia ambil ini ialah keputusan yang paling terbaik, atau keputusan yang hanya akan menghancurkan dirinya juga ?


"Selepas mendengar penerangan daripada peguam dan pendakwa raya, dengan ini, mahkamah mendapati tertuduh, Maria binti Musa, bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan,"


Nayla merenung ke arah hakim dengan mata yang tidak berkelip. Kepalanya masih ligat memproses apa yang baru sahaja masuk ke dalam gegendang telinganya. 


"Tertuduh didapati bersalah atas beberapa pertuduhan seperti penculikan, penggubahan wang haram, sindiket barang terlarang, percubaan membunuh serta penglibatan diri dalam jenayah terancang. Dengan ini, tertuduh dijatuhkan hukuman selama 18 tahun," 


Sebaik sahaja hakim mengetuk tukul dan bergemanya suara tersebut di seluruh ruangan mahkamah, maka hukuman yang telah dijatuhkan telah tetap. Tak lama kemduian, hakim memutuskan mahkamah bersurai. Lalu, beberapa orang yang turut hadir terus bangkit meninggalkan mahkamah, namun Nayla masih kekal di situ. 


Matanya tak lepas memerhati bagaimana tubuh Maria yang sedang digari dipimpin keluar oleh seorang pegawai polis wanita. Wajahnya kosong, bagaikan tak ada reaksi selepas mendengar hukuman berbelas - belas tahun itu baru sahaja dijatuhkan ke atasnya. Namun isi hatinya ? Nayla sendiri tidak tahu. 


Melihat perempuan itu melintasi ruangan duduk saksi dan hampir dibawa keluar daripada mahkamah, Nayla berdiri. Walapun Qaid cuba hentikannya, tapi Qaid tak mampu untuk hentikan rasa bersalah yang tetap terbit di hati Nayla sebagai seorang anak. Nayla berlari anak untuk mengikut langkah itu. 


"Mummy.."


Pegawai polis serta Maria berhenti berjalan, lalu salah seorang daripada pegawai polis itu menoleh. Nayla menghela nafas berat lalu berjalan ke depan Maria. Saat dia berdiri di depan ibunya, mata mereka sempat bertentang, namun cepat - cepat Maria larikan pandangan sebelum tetap dengan wajah bekunya. 


"Nayla minta maaf. Nayla..Nayla tahu Nayla tak jadi anak yang sempurna. Nayla tahu, keputusan Nayla hanya..akan buat mummy terseksa. Tapi, Nayla minta maaf mummy. Nayla takut. Nayla takut dengan ibu Nayla sendiri. Nayla minta maaf mummy. Nayla akan sentiasa doakan mummy. Nayla akan selalu lawat mummy, Nayla janji,"


Nayla menuturkan kata - kata itu perlahan - lahan, dengan air mata yang sudah jatuh membasahi pipinya. Dia masih menatap wajah Maria, yang dia sedar sudah agak berubah, mungkin terkesan dengan kata - kata Nayla. Namun kemudian, pegawai polis itu terus membawa Maria pergi, meninggalkan Nayla di tengah - tengah mahkamah. 

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang