QAID hanya perhatikan tingkah majikan barunya yang berjalan kehulu - hilir di depannya bersama telefon bimbit yang melekap di telinganya. Dia lebih selesa diam, bersama tangan yang tersilang di dada bidangnya. Dia dapat mendengar bagaimana perempuan itu menyatakan ketidakpuashatiannya dengan tindakan melulu dari keluarganya.
"Tapi, mummy, mummy ?" Nayla berdecit saat panggilannya dimatikan dari hujung sana. Nayla terus jatuhkan tangan ke sisi, menggenggam erat telefon bimbit di dalam tangannya. Tangannya yang satu lagi meraup rambut perangnya, sebelum rengusan dia lepaskan. Sebelum telefon itu mencium lantai, baik dia simpan semula ke dalam poketnya.
Lelaki itu mengatur langkah mendekati Nayla yang masih memandang ke arah lain dengan dada yang berombak. Qaid berdehem, mencuba memberitahu keberadaannya sebelum dia membuka mulut untuk berbicara. "Kuota untuk cik membebel dah habis ke ? Sebab kuota telinga saya nak menadah pun dah habis juga", Qaid berkata, membuatkan Nayla menjelingnya.
Nayla bercekak pinggang, menjeling lelaki di sisinya sebelum dia turut menyilangkan tangan di dada. "Don't call me 'cik', stupid. We're on the same ages !" Nayla berkata. Belum sempat Qaid nak membalas, Nayla terus menyambung bicaranya tanpa memberi sebarang peluang untuk mengutarakan jawapan.
"Also, tak payah nak guna kata ganti nama 'saya' dengan aku", Nayla berkata sebelum Qaid angkat bahunya. Nafas dia hela. "Cik adalah bos saya. Salah ke kalau saya nak bahasakan diri dan panggil cik dengan panggilan 'cik' ?" Qaid membalas sebelum Nayla merengus lagi. Anak matanya berputar sebelum Qaid dipandangnya tajam.
"Tak faham Bahasa Melayu ke ? Kau nak aku cakap bahasa Itali pula ?" Nayla berkata sinis sebelum akhirnya Qaid angkat kedua - dua belah telapak tangannya, sebagai tanda menyerah kalah dan angkat bendera putih di tengah perbalahan. Perempuan itu senyum puas dan angguk setuju.
"Let's make this clear. Tak ada lagi panggilan 'cik' antara kau dan aku. Hai capito ? (Do you understand ?)" Qaid angguk laju - laju bila mendengar perempuan itu berbicara lagi, bila - bila bila dia dah menggabungkan 3 bahasa dalam satu ucapannya. Baik dia angguk sahaja macam burung belatuk.
Nayla angguk puas, lantas wajah Qaid dipandangnya lagi. Rambutnya yang terjuntai diraup ke belakang. "So, apa yang kau 'ditugaskan' untuk aku hari ni ? Jadi babysitter ?" Nayla menyoal sebelum Qaid ketawa sinis. "Babysitter ? More like life-saver. Sebagai bodyguard kau, aku kena follow kau kemana - mana kau pergi, except toilet", Qaid berkata.
Perempuan itu membuat muka jengkel. "Creep. Anyway, ada beberapa perkara penting yang aku nak kau ingat. So, sebagai majikan kau, aku harap kau boleh ikut rancangan aku", Nayla memberi arahan. Qaid kerut dahi, sebelum angkat kening dan akhirnya angguk setuju. "Bring it on. Aku dengar"
"First, semua perkara yang berlaku sepanjang kau ikut aku ke mana aku pergi mesti dirahsiakan. Second, kau kena lindung privasi aku. Jangan terlalu terbuka pasal aku kepada orang lain. Third, jangan terlibat dalam urusan peribadi aku. Apa yang berlaku dalam hidup aku adalah milikku sendiri. Do I make myself clear ? " Qaid angguk mendengarnya.
Perempuan itu membetulkan anak rambutnya yang melorot dari pin rambut yang dipakai. Terlalu banyak pergerakan kesana - kesini serta berhujah itu ini menjadikan rambutnya yang ditata kemas tadi menjadi agak serabut. Ikatannya juga telah longgar. Nayla tanggalkan getah rambutnya sebelum diikat kemas sekali lagi.
Nayla pandang ke sisi, perasan yang Qaid memandang ke arahnya dengan mata koko cairnya. Nayla kerut dahi, tak faham dengan apa yang sedang Qaid lakukan dengan cara pandangannya. Kepalanya disentuh. Manalah tahu andai ada yang mencacatkan penampilannya.
"Kenapa kau pandang aku macam nak telan ?" Nayla menyoal.Lelaki itu mengangkat bahunya, tangannya disilangkan ke dada sekali lagi. Qaid buka mulut sekali lagi. Jari telunjuknya mula bergerak ke atas dan bawah, seolah - olah sedang menelilti penampilan Nayla. "Semalam masa majlis amal Yayasan Jiwa Sejahtera tu, elok je kau pakai tudung. Berabaya bagai. Harini, mana tudung kau ?"
Tangannya dilalukan di rambut lebatnya. Matanya dilarikan daripada wajah Qaid, memandang ke arah lain di luar pagar rumah. Nayla teguk liur. "Nama pun majlis amal, kenalah pakai sopan - sopan. Takkan majlis amal aku nak pakai crop top ? " Nayla berkata, sinis sebelum Qaid angguk setuju. Senyum sinis terbit di bibir lelaki itu.
"Majlis amal semalam jelah nak masuk syurga. Hari ni ? Tak nak masuk syurga ?"
Toink ! Zap !
Setepek kau dia kena. Memang tepat ke hati, ulu hati sampai ke jantung dan pakej peparu sekali. Sampai rasa macam kena tunjal dengan kebenaran tepat di dahi bersihnya. Nayla gulingkan anak matanya. Tanpa menjawab soalan, tali beg selo terus dia gantung di bahunya. Tanpa menjawab soalan, Nayla buka mulut. "Aku ada cello class. Kau kena ikut aku kan ? Jom, we're late" dia terus berlalu.
Qaid senyum sinis.
-nadya, 181024

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Любовные романы®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...