"ARGH, MIMI TOLONG NAYLA !"
Nayla masih melindungi wajahnya dengan tangan daripada libasan tali pinggang yang dari tadi singgah di segenap tubuh kecilnya. Tubuhnya meringkuk, menahan rasa sakit yang menguasai. Beberapa luka akibat didera tempoh hari masih belum sembuh, hari ini, dia dah dapat luka yang baharu. Jelas, luka itu menambah rasa sakit pada luka yang lama.
"Aku dah cakap, jangan pernah jejakkan kaki dekat bilik tu ! Kenapa kau degil ? Siap heret Mimi sekali ! Kau memang nak kena ! Anak sial !" Wildan masih memetir. Dengan wajah bengisnya, genggaman tali pinggang masih dia kemaskan. Tak henti - henti dia melibaskan benda itu ke tubuh Nayla yang sudah berjuraian dengan air mata.
"N..Nayla minta maaf ! Nayla tak tahu !" Nayla merintih. Dia gagahkan tubuhnya untuk duduk tapi gagal apabila merasakan sakit di kawasan kakinya. Air matanya dilap, sebelum dia rasakan ada tangan kasar yang mencengkam dagunya. Nayla memandang ke arah Wildan, itupun selepas dipaksa dengan perbuatan kasar papanya.
"Bagitahu aku, Nayla. Apa yang kau nampak dalam bilik tu ? Jawab ! Jujur dengan aku !" Wildan berkata, kasar. Cengkaman pada dagu Nayla dikuatkan, membuatkan jeritan kecil keluar dari bibirnya. Nayla terus mendiamkan diri. Dia terasa dirinya sungguh kecil sekarang di bawah konkongan bapanya.
Mulutnya terasa sungguh berat untuk dibuka.Wildan makin naik hantu. Tangannya masih kemas mencengkam dagu Nayla dengan matanya masih mencerlung memandang ke arahnya. "Jawab, Nayla Iemelda ! Kau nak jawab baik baik, atau nak aku libas kau dengan kayu golf baru nak jawab soalan simple aku tu ? Pilih !" Wildan menengking, sebelum Nayla menggelengkan kepalanya. Air matanya dilap.
"N..Nayla tak nampak apa - apa pun ! Nayla nampak cello tu je dengan buku buku banyak ! Nayla tak tipu, papa !" Nayla berkata, wajahnya masih ditekup dengan tangannya sendiri supaya tak menjadi mangsa pukulan papanya. Dia maklum sendiri kalau parut di wajah memang susah untuk hilang. Jadi, lebih baiklah dia melindungi wajahnya daripada menjadi mangsa.
Mendengar pengakuan anaknya yang dirasakan cukup, tubuh Nayla ditolaknya kasar ke lantai. Jarinya dituding ke arah Nayla. "Mark my words, Nayla Iemelda. Never ever step in that room again. Understood ?" Wildan memberi arahan, sebelum Nayla mengangguk laju. Wildan terus menjelingnya, sebelum melangkah keluar dari kamar tidur Nayla.
Belum habis sengsaranya Nayla, Maria masuk ke dalam bilik tersebut. Nayla terus mencuba untuk berdiri, sebelum tangannya direntap perempuan itu dan menyeretnya keluar dari kamar tidurnya. Nayla menangis lagi. Kakinya terasa pedih diseret ke atas lantai kasar oleh mommynya tanpa secebis rasa belas kasihan. Mata Nayla menangkap ke mana dia diseret. Bilik rahsia itu lagi.
Nayla dipaksa untuk duduk di kerusi pendek, tempat dimana dia duduk dan memainkan alat muzik tersebut seketika tadi sebelum ditangkap oleh Datin Maria. Nayla memandang ke arah mommynya yang memandangnya sambil menyilangkan tangan di dada. Kening Maria terangkat, sebelum memberi isyarat kepada Nayla. "Take that cello bow. Show me what you did earlier"
Gadis kecil itu tergamam. Namun, dia masih menurut. Cello bow itu sekali lagi dicapainya sebelum dia memandang ke arah Maria. Melihat jelingan dan cerlungan tajam perempuan tua itu, Nayla melarikan pandangan. Nafas berat dihela sebelum dia mengulang kembali apa yang sudah dia lakukan sebentar tadi. Helaian tali cello tersebut berbunyi merdu apabila cello bow dilalukan ke atasnya.
Maria tergamam sebelum tersenyum sinis memandang ke arah Nayla. Dia melangkah keluar, dan melangkah masuk semula bersama Wildan yang diheretnya sama. Wildan angkat kening, melihat Nayla dibawa kembali ke bilik rahsia yang masih kelam tanpa sebarang cahaya lampu. Maria menunding jarinya ke arah Nayla, yang masih kaku memainkan alat muzik tersebut dengan linangan air mata.
"You tahu apa yang I fikirkan, Wildan ?"
─────────
NAFAS berat keluar lagi daripada dua ulas bibirnya. Jari jemarinya yang terasa lenguh diregangkan sedikit sebelum duduknya dibetulkan. Skirt berwarna beige yang masih tersarung juga dibetulkan supaya tidak kedut. Nayla merenung ke arah cermin di hadapannya, memerhati solekan nipis yang dia kenakan di wajahnya.
Sejak daripada peristiwa dia 'ditangkap' memecah masuk ke dalam bilik rahsia tersebut, dia mula dipaksa untuk memainkan alat muzik bernama cello tersebut. Pelbagai latihan diberikan kepada Nayla, bersama dengan berpuluh- puluh pertandingan yang dia sertai. Pelbagai piala sudah dia terima, dek kerana kehebatannya dalam alunan alat muzik tersebut.
Salah dia juga agaknya. Kalaulah dirinya yang 10 tahun itu tidak sibuk ingin menyentuh alat muzik yang tersimpan kemas itu, Nayla mungkin tidak akan ada di sini. Nayla tak nafikan, apa yang dia lakukan membuatkan dia akhirnya dapat rasakan secebis rasa sayang daripada Wildan dan Maria. Namun, dia dipaksa jua. Dipaksa untuk mengharumkan nama mereka berdua.
Sekarang, usianya sudah menginjak ke 17 tahun. Sebarang perubahan ? Itu yang dia harapkan. Semuanya masih sama. Masih lagi hidupnya dengan alat muzik cello yang menurut mommynya akan terus mengegarkan dunia. Hidupnya masih lagi sebagai seorang Nayla Iemelda yang terkurung dalam dunia penuh penipuan oleh ibu dan bapanya.
Nayla bangkit. Beg sekolahnya diangkat dengan sebelah tangan. Tanpa menyapa kedua dua mommy dan papanya yang nampak sibuk dengan sarapan serta urusan kerja, Nayla lolos masuk ke dalam kereta milik papanya. Pemandu peribadi keluarganya sudah menunggu. Dia masih setia menunggu Mimi, atau kini lebih suka digelar dengan nama Tiara. Mimi cuma nama gelarannya di waktu kecil.
"Memang tak reti jadi manusia punctual ya, Tiara Amimi ?" Nayla menyembur apabila Tiara masuk ke dalam kereta dengan kelam kabut. Sibuk dia membetulkan tudungnya yang masih tersarung. Gincu warna lembut sempat dicalit di bibir sebelum dia senyum sendiri kerana rasa puas hati dengan gaya yang dia kenakan.
"Bukannya lambat sangat pun, Nayla. Chill, okay ? Janganlah nak bawak jiwa mommy kau tu dekat aku pula" Tiara membalas, sebelum hanya disambut dengan Nayla yang melarikan pandangan, rasa fed up dengan Tiara yang memang ada saja idea nak melawan. Kedua dua mereka diam di dalam perjalanan mereka berdua ke Calla Lily Academy.
Calla Lily Academy. Sebuah akademi swasta yang menerima pelajar yang tertentu untuk menjadi pelajar di sana. Dengan kedudukan mommy dan papa Nayla serta keputusan cemerlang Tiara di darjah enam, tak hairan kalau mereka berdua diserap masuk ke akademi tersebut dengan semudah petikan jari. Lagipun, Wildan merupakan penyumbang terbesar dalam akademi tersebut.
Di depan semua orang, pasangan suami isteri tersebut sentiasa mencuba untuk nampak hebat dan prihatin. Tapi, belakang semua orang ? Hanya Nayla yang tahu.
-nadya.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Roman d'amour®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...