TANGANNYA dibawa memicit dahinya. Kepalanya terasa berat lain macam bagaikan tak mampu nak dibuka matanya. Setelah digagahkan, matanya segera dibuka lalu diusap perlahan. Tekaknya terasa perit, bagaikan dicarik.
Nayla berdehem, tangannya terus mengusap leher sendiri. Keluhan dia lepaskan. Mungkin dia kurang minum air. Terlalu risaukan benda yang bukan - bukan sampai kesihatan diri sendiri terabai. Tak pasal - pasal pengsan depan jurukamera dan tetamu yang hadir. Dia mengeluh. Nayla segera palingkan kepala ke tepi, ingin mencari jika ada air di mana - mana.
"Hai !"
"AH ! TOYOL !"
Refleks, tangannya bagaikan tiba-tiba melayang, lalu dapat dia rasakan telapak tangannya menyentuh pipi seseorang. Nayla tersentak, lalu dia gerakkan tubuhnya mendekati birai katil. Tangannya dibawa menekup mulutnya.
"Laillahaillallah ! Awak ! Saya tak sengaja !", ujarnya sambil memandang ke arah lantai. Qaid, masih memegang pipinya dengan wajah yang terkejut dan sekujur tubuh yang refleks duduk bersimpuh. Dadanya turun naik, kononnya terkejut sangat.
"How dare you Adriana Annayla Azhar Zahri ? You did not just slap your husband, didn't you ?", ujarnya lalu tubuhnya dibawa berdiri. Tangannya dicekak ke pinggang sambil memandang Nayla yang masih menggaru belakang lehernya. "Uhm, saya..saya tak sengaja kan ! Lagipun, orang gila mana yang nak kejutkan orang panggil 'Hai !' Panggil salam tak boleh ?"
Qaid senyum sinis, sebelum memeluk tubuhnya sendiri. Rambut hitam lebatnya diraup ke belakang. "Tak sengaja konon. Yang tangan kau tu laju je nak menampar aku kenapa ? Dah lama geram ?", Qaid berkata. Matanya masih memandang ke arah Nayla yang dalam fikirannya, sudah berapi - api. Tapi, lagi suka dia cucuh kesabarannya.
Nayla peluk tubuh, lalu sandarkan diri ke kepala katil. Kepala masih terasa berdenyut, tapi cuba untuk dia hiraukan. Kalau tak kerana Qaid kejut dia tiba - tiba macam nak minta penampar percuma, tak adanya kepala dia berpusing macam roda ferris sekarang ni.
Qaid labuhkan duduk di depan Nayla sebelum dibawanya kaki untuk bersila. Wajah Nayla yang masih bersandar di kepala katil dipandangnya. Qaid panjangkan tangan, lalu lantas diletakknya tangan kanannya di leher Nayla. Nayla diam, diam kaku bagaikan beku tak berkutik. Badannya yang panas tiba - tiba rasa sejuk apabila disentuh tangan Qaid.
"Badan kau dah kurang panas dah. Tadi badan kau panas sangat, sebab tu kau pengsan. Kau tak beritahu aku pun kau demam. Nak suprise ke ? ", Qaid tarik tangannya. Nayla sekadar menggelengkan kepalanya sebelum Nayla kerutkan dahi apabila melihat senyum mengusik di wajah Qaid. Nayla angkat kening bagai menyoal "Apa ?" Tanpa perlu membuka mulutnya.
"Ke, kau buat - buat pengsan sebab nak aku dukung kau ? Unik eh cara kau batalkan air sembahyang kita ? Gatal eh kau ni. "
"EIH !", Nayla berdecit, lalu tarik muka sebelum bantal strawberi miliknya dengan segera diambil lalu dipukul ke lengan Qaid. Antara dia memang geram atau malu sebab kena usik macam tu, tapi yang pasti ada sikit rasa puas bila dapat bantai Qaid yang memiang lain macam !
"Aduh, sakitnya~" Qaid letak tangan ke dada, kononnya pukulan Nayla itu memberi efek besar kepadanya. Qaid senyum sinis, lantas mengusap baju melayu satin putih yang dipakainya. Keningnya diangkat sebelum dia peluk tubuh sendiri. "Answer my question, daylight. Kau memang nak aku dukung kau ke ? ", soalnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)