seventy-nine

10 1 0
                                        



Beberapa minggu kemudian..



"SAYANG. Sayang !,"



Nayla berdecit sebelum tangannya laju melayang ke udara, cuba untuk menghalau apa sahaja yang menganggu tidurnya. Kemudian, dia menarik semula bantal lebih erat ke dalam pelukan, lalu jatuh semula ke alam mimpi. 


Sekali lagi, dia rasakan bagai ada angin di tepi telinganya yang membuatkan dia merengek kerana rasa tak selesa. Akhirnya, dia bangkit dari pembaringan. Dengan mata yang masih berbalam - balam kerana mengantuk, dia cuba mencari gerangan yang jahat sangat menganggu tidurnya. 


"Sayang ! Good morning !," Qaid lambaikan tangannya ke arah Nayla. Berbeza dengan Nayla yang nampak macam tak cukup nyawa, Qaid pula nampak terlebih bertenaga, lagi - lagi dengan senyuman lebar sambil menayangkan barisan giginya yang rapi. 


Nayla terus cari telefon bimbitnya dan memandang jam di skrin. 3 pagi. 


"Good morning kepala awak ! Ini bad morning namanya ! Dah kenapa terjerit - jerit pukul 3 pagi ? Saya baru je tidur 2 jam lepas, awak tahu tak ?," Tak pasal - pasal Nayla melenting, sebelum bantal strawberi dalam tangan akhirnya mendarat di dada Qaid. 


Qaid ketawa, puas hati tengok Nayla dengan muka busuknya sedang geram dengan Qaid yang menganggu tidur enaknya. Qaid terus letakkan bantal strawberi Nayla ke tepi sebelum mendekati Nayla dan duduk di depannya. Dengan wajah yang teruja, dia hulurkan sesuatu dalam tangannya ke arah Nayla. 


Nayla menunduk. Dalam keadaan mamai, dia sambut huluran Qaid lalu angkat separas mata, cuba untuk membaca apa yang ada di dalam huluran tersebut. Kalau dari deria sentuhannya, rasanya macam sekeping, kertas ? '


"Apa benda..ni ? Saya tak nampak. Rabun..", Nayla menguap sebelum Qaid merengus. "Tak adanya rabun. Awak tu tengah mengantuk," Qaid membalas lalu perempuan itu berdecit. Serta merta matanya menjadi segar bugar. 


"Dah tahu saya mengantuk, yang bijak sangat suruh saya baca dah kenapa ? Nak kena pijak ke apa ?," Nayla bersuara kasar lalu sekali lagi Qaid ketawa. "Okey, okey, sorry ! Buang dulu mengantuk tu, lepas tu baca apa yang saya bagi," katanya lalu sandarkan kepalanya ke bahu Nayla. 


Nayla mengeluh sebelum mengusap matanya. Apabila dirasakan matanya sudah tidak lagi kabur seperti tadi, Nayla akhirnya tunduk untuk membaca kertas asing yang masih berada di atas ribanya. 


BOARDING PASS

Passenger: Adriana Annayla
Airline: Malaysia Airlines
Flight: MH 482
From: KUL – Kuala Lumpur
To: CJU – Jeju Island
Date: 14 OCT

Boarding Time: 06:00 AM
Departure: 06:30 PM
Gate: C12
Seat: 02B
Class: Business

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang