"SEBUAH nyawa yang dalam bahaya ? Aku tak faham lah.."
Qaid urut dahi. Dia ajak Nayla labuhkan duduk di sebuah meja batu berdekatan bunga yang berwarna - warni. Nayla turutkan sahaja. Lutut dia pun dah terlalu longgar untuk berdiri. Tubuhnya juga seperti sudah kehilangan semua bendalir sinovia selepas larian yang tak tercapai dek akal itu.
Selepas labuhkan duduk, Nayla lipatkan tangan dan direhatkan ke atas meja. Wajah Qaid di pandang. "Okay, macam yang aku cakap, kau adalah sebuah nyawa yang dalam bahaya. And I mean it, aku tak main - main, okay ? Di bawah ACES Team, kerja aku adalah sebagai pegawai peribadi, bodyguard yang selalu diupah untuk menjaga keselamatan orang - orang penting"
"Kau buat kerja haram ?"
"Nak kena tumbuk ke ? Asal dengar organisasi je kerja haram"
Nayla tekup mulut sebelum sengih di sebaliknya. Kemudian, dia alihkan tangan kerana mulutnya gatal ingin bertanyakan soalan yang lain. "So, aku boleh katakan nyawa aku tengah terancam, macam tu ?" Nayla menebak sebelum Qaid sekadar angkat bahu kemudian angguk tanda setuju.
"Ada ya, ada tak. Memang, family kau ada ancaman daripada orang luar tapi aku susah sikit nak bagitau kau siapa mereka tu", Qaid berkata.
"Apa yang aku tengah lalui sekarang, somehow ada kaitan dengan Ford Mondeo semalam ?", Nayla menyoal. Qaid teragak - agak anggukkan kepalanya. "Sebenarnya, benda ni masih lagi dalam siasatan ACES Team jadi aku atau mana - mana ahli lain tak boleh nak bocorkan maklumat yang belum rasmi. Tapi, kalau kau tanya kepala aku, kenapa pula ada orang nak kejar kita tanpa sebab, setuju ?" ujarnya lantas Nayla angguk.
Nayla diam seketika. Kemudian, dia buka mulut kembali. "Kau rasa, siapa yang hantar Ford Mondeo semalam ?" katanya, lantas wajah Qaid dipandangnya. Lelaki itu juga diam, sebelum turut gelengkan kepalanya selepas beberapa ketika. "No ideas. Aku dah berikan beberapa maklumat penting pasal Ford Mondeo semalam dekat ahli kumpulan. Nombor plat, warna dan reka bentuk. What they gonna do is search for them thoroughly," ujarnya.
Perempuan itu garu kepalanya, rasa tak boleh nak duduk diam bila dengar namanya pula menjadi sasaran kepada manusia yang dia langsung tak kenali. Kakinya digerakkan tak sabar sebelum akhirnya dia membuka mulutnya lagi. "Aku tak boleh tahu langsung ke pasal ancaman tu ? At least, aku boleh berjaga - jaga dari sebarang kemungkinan. Aku nak tahu !", Nayla mendesak, hampir meja batu itu ditepuknya.
Qaid berdecit, wajah Nayla dipandangnya. "Tak boleh ! Benda ni masih lagi dalam fail siasatan ACES Team. Macam yang aku cakap tadi, aku tak nak, kalau aku sebarkan benda ni dan ianya salah atau belum disahkan, aku boleh dikenakan tindakan tatatertib. Aku boleh kena buang kerja, aku boleh kena marah sampai dua tiga pagi, dan aku juga boleh kena buang negara, semua disebabkan oleh satu kesalahan yang kau rasa minor", katanya tegas.
Giliran perempuan itu pula membungkam. Wajahnya nampak berserabut daripada biasa dengan rasa ketegangan perasaan berkemuka di ruangan udara. Dia larikan mata daripada Qaid yang duduk di kerusi di depannya tadi. Qaid hela nafas berat. Rambutnya diraup ke belakang sebelum dia membuka mulut lagi.
"Aku tahu, kau tengah rasa macam tak selamat lepas apa yang aku beritahu pada kau. That's why your father send me for you. Itu tugas aku. Aku kena jaga kau daripada semua orang yang cuba nak takutkan kau. Jangan risau. Aku dan ACES Team akan cuba untuk selesaikan perkara ni secepat mungkin", ujarnya. Dia sebenarnya sedang cuba untuk tenangkan dan kembalikan separuh jiwa Nayla yang hilang sebab ketakutan.
Nayla mengangguk perlahan, tetapi ketakutannya masih terpancar di wajahnya. "Tapi, macam mana kalau mereka tahu kita sedang mencari jalan keluar? Kau rasa apa akan jadi kalau mereka datang lagi ?" suaranya bergetar. Tangannya digenggam kemas sebelum keluhan berat terlepas dari dua ulas bibirnya. Qaid membetulkan duduknya.
"Aku faham rasa takut kau. Tapi kita ada pelan. ACES Team mempunyai sumber dan strategi untuk melindungi kau," jawabnya dengan tegas. "Kami akan memantau setiap langkah. Yang penting sekarang, kau perlu percayakan kami dan berikan sedikit masa. Dengan tu, mudah kami nak buat kerja. Kalau kau ragu - ragu apa kerja pun tak boleh nak jalan", Qaid berkata.
Nayla angguk perlahan, akur dengan keputusan yang sudah dibuat. "Kalau begitu, apa yang perlu aku buat?"
"Ikut arahan kami. Jangan panik. Kita akan buat pergerakan secara senyap. Setiap langkah yang kita ambil, kita akan buat dengan teliti. Aku janji, kau tak akan sendirian dalam hal ini. You got me and our team behind your back", Qaid berkata, cuba untuk meyakinkan Nayla. Perempuan itu lepaskan keluhan, sebelum akhirnya angguk perlahan - lahan.
───────
NAYLA berdiri di hadapan cermin kecil, memandang wajahnya yang dipenuhi keraguan. Dia menggosok pelipisnya, mengusir rasa cemas yang menghimpit. Wajahnya yang gusar dan nampak tertekan ditenungnya melalui refleksi cermin di depan matanya. Keluhan berat berkali - kali terlepas dari bibirnya.
Tangannya terus mencapai botol skincare di depan matanya lantas tangannya laju menyapukan krim - krim ke wajah lembutnya. Setiap detik yang berlalu, ingatan tentang apa yang dibualkan bersama Qaid menghantui fikirannya. Dia teringat akan kata-kata Qaid, yang selalu meyakinkannya bahawa dia lebih kuat daripada yang dia sangka. Namun, suara dalam hatinya masih berbisik, "Macam mana kalau aku gagal ?"
"Ada ya, ada tak. Memang, family kau ada ancaman daripada orang luar tapi aku susah sikit nak bagitau kau siapa mereka tu"
Dia menghembus nafas perlahan, berusaha menenangkan diri. Wajahnya diraup sebelum kedua - dua belah tangannya dibawa untuk menekup wajahnya yang gusar. Kenapa dirinya tak pernah bebas dengan masalah serta tak pernah nak rasa keamanan walau sekejap ? Kenapa ada sahaja perkara yang menghentikan dirinya ?
Setiap kali dia merancang untuk bergerak ke depan, satu demi satu halangan muncul, seolah-olah hidupnya dipenuhi dengan kekacauan. Rasa putus asa mula merayap ke dalam fikirannya, tetapi dia tahu dia tidak boleh membiarkan diri terjebak dalam kegelapan itu. Dia akhirnya mengeluh lagi, sebelum akhirnya berdiri meninggalkan meja soleknya.
Tubuhnya dibaringkan ke katil. Kepalanya diangkat. Siling putih biliknya ditenung dengan dua pasang mata hazelnya. Nayla lepaskan ikatan di rambutnya. Hatinya berderu - deru berharap, agar apa yang menganggu fikirannya cepat - cepat dibawa pergi oleh rasa kantuk
-nadya, 031124
YOU ARE READING
𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Romansa®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...