sixty-six

12 2 3
                                        

Dua minggu kemudian..




'KENAPA aku rasa macam ni ?'




Tubuhnya segera duduk daripada pembaringan sebelum batuk yang kuat kedengaran. Air mineral di meja sisi katil segera diambil, lalu diteguk isinya. Namun, rasa sakit masih memenuhi ruang tekaknya. Liur yang ditelan juga terasa perit.






Ah, sudah.






Nayla segera bangkit meninggalkan katil. Kotak ubat Panadol yang diletakkan di atas meja belajar lalu dua biji ubat tersebut diambil lalu diteguk air. Nafas berat dia lepaskan sebelum dia duduk di kerusi meja belajarnya sambil memegang kepala.




Kepalanya terasa berat, pandangannya berbalam - balam, malahan badannya juga terasa lemah longlai biarpun baru bangun daripada lena yang panjang. Wajahnya disembamkan ke dalam lipatan lengan sebelum dia menjerit kecil. Janganlah sakit sekarang !







Dia dah tahu kenapa dia menjadi cukup malas untuk berada lama dengan kerumunan manusia malam berinai semalam. Habis sahaja tangannya dilukis dengan inai, Nayla tak tunggu lama melainkan terus meminta izin untuk masuk tidur. Sejak semalam, badannya juga bagaikan sudah berserah. Agaknya gambar yang dirakam semalam semuanya menunjukkan senyuman penatnya yang dibuat - buat.










Nayla akhirnya cuba untuk menguatkan dirinya. Tubuhnya kembali berdiri sebelum menuju ke bilik air. Saat wudhu diambil, sejuknya air tersebut sampai ke tulang. Tubuhnya sempat mengigil seketika. Cepat - cepat dia tinggalkan bilik air dan segera membungkus dirinya dengan telekung untuk menunaikan solat Subuh.








Selesai menunaikan solat Subuh, Nayla duduk lama di atas sejadah. Wajahnya muram, pipinya terasa panas, namun badannya sedikit mengigil. Nayla angkat tangannya sebelum mula membaca doa. "Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk hari ini, Ya Allah. Kau angkatlah kesakitanku untuk hari ini. Sesungguhnya kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."








Wajahnya diraup sebaik sahaj doanya selesai dibaca. Ketika itu, wajah riang Tiara dan May bermain di ruang mata. Buat seketika, bibir Nayla menyungging tanda tak puas hati. Dua orang tu yang excited lebih, hari ini dia pula yang menanggung semua sakitnya sendiri. Semoga Allah mudahkan urusannya, Amin !










⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹







"NAYLA, kau okey tak ? Kenapa kau mengigil ?"



Nayla pandang Tiara di sisinya yang sedang memegang tangannya. Bibirnya tersengih sebelum dia gelengkan kepalanya. "Sejuk, kot. Kat luar kan hujan, aircond kuat pula tu. Aku okey," Nayla senyum lagi. Dahi Tiara berkerut, sebelum perempuan itu angkat tangannya dan dahi Nayla disentuhnya.








"Ya allah, Nayla. Kau demam ni ! Macam ni kau cakap kau okey ?", Tiara mengomel sebelum perempuan itu gelengkan kepalanya lagi. "Tiara, aku okey. Aku dah makan ubat tadi sebelum subuh. Kejap lagi kebah lah tu. Dah jangan bisinglah. Aku tak nak orang lain risau," Nayla membalas.




Belum sempat Tiara ingin buka mulut untuk sambung membebel, tangan kanan Nayla naik menekup mulut rakannya. Matanya dijegilkan sebelum Tiara mengeluh. Tangan Nayla dialihkannya. "Kau ni kan. Degil betullah !," Tiara gelengkan kepalanya. "Kau sure kau larat ?", Tiara menyambung.

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang