LANGKAHNYA diatur menuju ke perpustakaan. Bibirnya buang nafas berat sebelum tangannya dibawa mengcekak pinggang. Qaid mengeluh. Staminanya kalah dengan permintaan Nayla yang mengajaknya berjumpa di tingkat 3 perpustakaan Calla Lily Academy. Jenuh dia mendaki tangga. Nama sahaja tingkat 3, tapi dia sudah memanjat tangga sebanyak 6 kali.
Sudah sampai ke tingkat 3, anak mata koko cairnya melilau mencari rak Pure Science seperti yang diberitahu oleh lelaki tadi. Ini pun satu hal lagi. Rak Pure Science dalam perpustakaan ada satu buah saja, tapi semuanya tinggi - tinggi sampai dia tak nampak kelibat manusia dia sebalik rak tersebut. Qaid memang sedia maklum hal ini. Akademi ini besar. Bukunya pun mestilah lebih banyak.
"Ha, jumpa pun" Qaid berkata sebelum senyum nipis apabila melihat kelibat dua perempuan di sebuah meja berhadapan dengan tingkap. Seorang bertudung, seorang lagi cuma berambut ikal hitam separa perang. Mereka sekadar berbual kosong, mungkin menunggu kehadirannya. Qaid berdehem, sebelum perhatian dua rakan itu teralih ke arahnya.
"Aku pergi dulu lah, Nayla. Aku jumpa kau dekat Art Studio nanti" Tiara pamit. Dia berdiri. Buku nota dan buku pelajaran yang dipinjamnya dibawa bersama sebelum dia bangkit dan meninggalkan Nayla berdua dengan Qaid. Nayla angguk, memerhati langkah Tiara yang semakin menjauh daripadanya. Nayla memandang Qaid.
"Sampai bila kau nak berdiri ? Duduk" Nayla berkata, tegas dan lembut bersatu semua dalam suaranya. Qaid angguk, sebelum dia labuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Nayla. Rasa sejuk daripada penghawa dingin memberikan dia rasa puas sampai ke tulang. Matanya masih melilau sebelum tertumpu ke arah Nayla. Tiada senyuman di wajah perempuan itu. Ketat saja mukanya.
Qaid berdehem, sekadar untuk membetulkan suara dan menghilangkan rasa gugup di dada. "Irsyad kata kau nak jumpa aku ? Kenapa ?" Qaid bertanya. Belakang kepalanya yang terasa gatal digaru. Blazer biru di tubuhnya dibetulkan sedikit agar tak kedut. "Kau, pelajar biasiswa yang pandai tu kan ? People have been talking about you.." Nayla memberi komen. Buku sudah ditutupnya.
Qaid angguk, yakin. Setakat ni, cuma dia pelajar biasiswa yang baru diserap. Dan, mungkin cuma dia yang masih dibualkan walaupun sudah lama dia bersekolah di sini. Dia nak berasa bangga sekejap sebab masih ada yang peduli tentangnya. "Yes, that's me. Dan, kenapa kau nak jumpa aku ?" Qaid bertanya, tangannya disilang di dada biar nampak cool.
Nayla menolak anak rambutnya ke belakang. "This might sound goofy to you but, aku nak kau turunkan prestasi kau" Nayla berkata, nada suaranya masih mendatar. Mukanya juga masih tenang tatkala wajah Qaid pula sudah berkerut hebat. Ketawa kecil keluar dari ulasan bibir lelaki itu. Dia terus mengangkat wajah, menghadap perempuan di hadapannya.
"Woo, what do you mean ? Turunkan prestasi ? Apa kau merepek ?" Qaid bertanya. Keningnya terangkat sebelum Nayla memandangnya dan merengus. "Kau tak faham, Qaid. Aku, perlu kekalkan prestasi aku sebagai pelajar cemerlang Calla Lily. Sedangkan kau ? Selepas kau masuk dan ambil ujian bulan lepas, pointer kau lebih tinggi daripada aku. And, that's the problem" Nayla berkata, kasar.
Qaid ketawa, kecil dan sinis. Tangannya diletakkan di atas meja sebelum ditepuk kecil. "Kau rasa permintaan kau ni sopan ke ? Turunkan pointer aku ? Maybe you should study more, young lady" Qaid peluk tubuh, mengangkat kening dengan wajah yang beku. Nayla pula berubah muka dan menepuk meja lebih kasar. Pustakawan sudah balikkan muka tapi memandangkan itu Nayla, dia diam sahaja.
"Aku tak suruh kau tolak permintaan aku. And, that's not a request. It's an order." tegas. Ketegasannya membuatkan Qaid terus berdiri tak puas hati. Tangannya secara tiba tiba bergerak menjentik perlahan dahi Nayla, membuatkan mata perempuan itu terbeliak selain mengaduh sakit dengan tindakannya yang tiba tiba. "Study more, shorty. It's not appropriate for you to said so to me" Qaid berkata lalu berlalu pergi.
Nayla geram, meja di hadapannya ditepuk kasar. Permintaannya tak pernah ditolak oleh sesiapa dalam Calla Lily Academy ini. Dan nampaknya, Qaid begitu berani untuk menjadi yang pertama.
───────────────
"QAID FARRAN ?"
"Absent, miss"
Miss Raden terus angkat kepala apabila mendengar jawapan daripada anak muridnya ketika dia menanda kehadiran pelajar di dalam kelas tersebut. Matanya yang terlindung dengan cermin mata separa bulatnya melilau mencari kelibat Qaid yang tidak dapat dilihatnya di dalam kelas tersebut. Dahi perempuan itu berkerut.
"Sepatutnya dia tak boleh tak hadir. Today is the important class before the exam and he can't be absent. Dia yang akan rugi nanti" Miss Raden mengeluh, buku kedatangan yang tebal itu ditutupnya sebelum ditolaknya ke tepi. "Ada sesiapa tahu dia kemana ? He should be here. Dia adalah pelajar target selain Nayla dan Tiara" Miss Raden berkata, memandang ke arah 27 anak muridnya.
Miss Raden mengharapkan jawapan, namun semuanya membisu. Ada yang berbisik sesama sendiri bertanyakan soal ke mana lelaki bermata koko cair itu yang hilang tanpa khabar berita. Ada juga yang sekadar diam, tak nak ambil peduli dan hanya fokus memandang buku teks di depan mata dan mula menghadam fakta penting dari situ.
Di bahagian belakang hampir dengan pintu keluar, Tiara turut gelisah sendiri. Pen yang sedari tadi diketuk ke atas diari sudah terhenti, sebelum anak mata cantiknya melirik memandang ke arah Nayla, yang masih diam tak berkutik dan kelihatan tak berminta dengan apa yang berlaku. Sebaliknya, perempuan itu memandang ke batang jarinya yang dilapisi bandage.
Terlalu banyak cello competition yang dia jalani sepanjang minggu ini. Tambahan pula dengan latihan serta kelas - kelas penting yang perlu dia hadiri menyambahkan kekecamukan dalam kepalanya. Target student. Benda yang baginya cukup biasa untuk dia hadap. Semua harapan disandang ke bahunya. Terlalu berat sampai dia hampir tersungkur ke lutut sendiri.
Fikiran Nayla terus kembali ke dunia nyata apabila dia merasakan ada siku yang menolak batang tubuhnya lembut. Nayla berdehem, dia terus membuka buku dan merapatkan kerusinya ke meja untuk memastikan dirinya lebih selesa untuk belajar. Satu pensel dipegang, misalnya untuk highlight perkara penting yang perlu dia ingat.
"Nayla" panggilan Tiara mengalihkan pandangannya. Tiara nampak gusar, sebelum Nayla mengangkat keningnya. "Kenapa ? Yang kau dah nampak macam mati laki kenapa ?" Nayla menyindir, pandangannya kembali kepada buku di depan mata. Manakala Tiara pula, sudah berkali - kali mengeluh berat. Tempat duduk Qaid yang kosong di depannya berkali - kali dia pandang.
"Kau tak rasa ke dia tak datang sebab..."
"Tak, Tiara. Tak ada kaitan dengan aku pun. Trust me."
-nadya, 1:00 PM

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
Любовные романы®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...