KEPALANYA ditoleh ke sisi, memandang ke arah rakan sekerjanya yang menyentuh lembut lengannya. Qaid hanya diamkan diri. Kalau tak salah kiraan dia, sudah hampir seminggu pergerakan tangan kirinya terbatas kerana dibaluti anduh tersebut, yang sekaligus menurunkan prestasi kerjanya. Dia mengeluh.
"Dah boleh cabut ke anduh ni ?" soalnya sebelum lelaki yang berada di sebelahnya itu memandangnya. Ilhan terus raup rambut sendiri, sebelum angguk perlahan - lahan. "Kalau tengok luaran dan tempoh kau dengan anduh ni, tulang kau dah cukup pulih. Kau beruntung sebab cuma retak. Kalau patah, lagi lama nak sembuh", Ilhan memberitahu.
Selepas beberapa ketika. tangan Ilhan terus membuka anduh yang membaluti tangan Qaid dengan berhati - hati. Apabila dirasakan ikatannya semakin longgar, Qaid terus angkat tangannya perlahan - lahan. Agak janggal untuk merasakan tangannya bebas, tapi sekurang - kurangnya ada juga rasa lega.
"Sakit tak ?" Ilhan menyoal di sisi.
Qaid angguk perlahan sambil menggerakkan jarinya perlahan - lahan. Ada rasa lenguh di buku jarinya, tapi tak seteruk yang disangka. "Tak sangat, tapi at least tangan aku rasa ringan," balasnya sebelum mula menggerakkan lengannya dengan regangan kecil.
Ilhan angguk setuju. "Itu normal sepatutnya. Otot kau kena ambil masa untuk jadi kuat macam sebelum ni. Buat masa sekarang, jangan terlalu paksa diri kau", ujar Ilhan lalu menyerahkan anduh yang sudah tidak berguna ke seorang jururawat sebelum anduh tersebut dibawa pergi.
Qaid mengeluh, lantas berdiri dari kerusinya. "Kalau aku tak paksa diri aku, macam mana aku nak dapatkan balik stamina aku ? Aku punya tugas dah lama tergendala kau tahu kan ?", Qaid berkata sebelum lelaki di depannya itu mengeluh lalu menyilangkan tangan di dada.
"Aku tahu tu. Tapi, itu tak bermakna kau tak boleh buat apa yang kau pernah buat sebelum ni. Just give time for your muscle to adapt how it feels without the sling. It takes time, but it worth the wait," Ilhan memberikan pesanan, walaupun dia tahu semua pesanan tu tak sempat pun ingin mengetuk pintu minda Qaid.
Ilhan pandang rakannya itu sebelum mengurut dagunya, seperti sedang memikirkan sesuatu. "Cuba satu gaya menumbuk. Beritahu aku apa kau rasa", Ilhan meminta sebelum Qaid menghela nafas berat, namun dia tetap mengangkat tangnnya dan melakukan seperti yang dipinta Ilhan. Dahinya berkerut menahan ketidakselesaan.
"Rasa macam ada sekatan. Tak selancar dulu," katanya sambil menggerakkan pergelangan tangannya untuk membuang perasaan tak selesa itu. Ilhan mengangguk perlahan. "Itu normal. Macam yang aku cakap, otot kau masih belum biasa bergerak tanpa sokongan sling. Tapi kalau kau paksa diri sangat, kau hanya akan buat benda jadi lebih teruk."
Qaid mendengus kecil, jelas tidak berpuas hati. "Aku tak ada masa untuk tunggu".
Ilhan menyilangkan tangan di dada, memandang rakannya dengan serius. "Tapi kalau kau teruskan tanpa peduli keadaan diri kau, kau mungkin akan habiskan lebih banyak masa dalam keadaan cedera. Itu lagi rugi, kan?"
Qaid mendengus lagi. Dia setuju, namun dalam masa yang sama, egonya sedang melawan dengan isi hatinya sendiri.
Dia tunduk melihat tangannya yang kelihatan pucat dengan kesan lilitan anduh lalu diraupnya lembut. Dia mengeluh. "Nampaknya, aku kena hadap muka Umar lagi lah dua bulan ke hadapan", katanya sebelum Ilhan senyum nipis.
"Nampaknya macam tu lah. But, no worries. Sepanjang tempoh pemulihan kau, kami akan still cuba untuk crack the code untuk kes ni. Matilah kau kalau nak buat semua sendiri kan ?"
"Cakap pasal recent case, apa cerita dengan klien kau ?" Ilhan menyoal sebelum Qaid sekadar memandangnya kembali. "Nayla ? Entah. Aku pun dah lama tak jumpa dia," Qaid membalas mudah sebelum Ilhan mengerutkan dahinya.
"Aik ? Kau pun tak tahu pasal klien kau, macam mana kau ni ?", Ilhan menyoal sebelum Qaid mengeluh lalu mengangkat bahunya.
"Aku tak contact dia, and she neither. Mungkin, dia nak pulihkan hidup dia ke or adapt duduk sebagai bukan anak orang kaya ? Lagipun, dia boleh je contact, dia je taknak", Qaid berkata.
"Besides, dia macam agak busy dengan latihan dia sendiri. Aku dengar daripada May, dia sepatutnya dah start self - defense training", ujarnya lagi sekadar mengingat.
Ilhan sekadar mengangguk faham sebelum turut mengajukan soalan yang lain. "Kau ada dengar cerita daripada makmal siasatan ? Pasal kes letupan bom tu ?", tanya Ilhan sebelum Qaid laju mengangguk. "Aku tahu pasal tu. Pasal bom tu bom cyanide kan ?", dia meneka sebelum lelaki di depannya itu sekadar angkat bahu dan menggelengkan kepalanya.
"I'm not so sure. Tapi, katanya mereka tengah kesan identiti lelaki yang letakkan bom tu. Susah juga ya duduk siasatan macam mereka ? Nak kena hadap benda yang sama dalam tempoh yang lama", Ilhan mengeluh, dicampur dengan rasa lega dengan keputusan yang dia lakukan - yakni memilih untuk duduk di bahagian forensik dan perubatan.
Qaid senyum nipis. "Tak apalah. Nanti aku tanya mereka balik"
⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹
LANGKAHNYA menuju ke bilik latihan tersebut seolah - olah berirama dengan bunyi lagaan kiub ais dalam beg kertas di tangannya. Sebelah tangannya yang lain membetulkan topi besbol hitam di atas kepala yang sepertinya sekaligus menutup identitinya.
Tak, dia bukannya rajin sangat nak masuk ke ruangan training dalam tempoh masa pemulihannya ni. Tapi, bila difikirkan lama dia tak tunjukkan muka kacaknya kepada Nayla dan bertanyakan khabar, dia gagahkan juga dua pasang kakinya.
Baru dia ingin menolak pintu kayu perang yang bertulis Gym and Training Room, perbuatannya terus terhenti apabila matanya secara tidak langsung tertancap pada sebuah ruangan jernih di atas pintu. Tanpa perlukan pintu yang terbuka luas, dia dapat melihat Nayla. Akhirnya.
Bunyi hentakan kaki di lantai kayu memenuhi ruang. Dari jauh, di balik cermin besar yang memantulkan bayang, Qaid nampak kelibat Nayla. Dengan pakaian serba hitam dan peluh yang membasahi peluh ditambah dengan wajah cerahnya yang kelihatan memerah, dia namapk serius dengan apa yang sedang dia lakukan.
Bibir Qaid sekadar menyungging senyum nipis. Walaupun wajah Nayla nmpak serius dan macam sanggup hadapi apa cabaran yang mendatang, gerakan kaki dan tangannya yang semakin perlahan menangkas dan menghalang serangan membuatkan Qaid tahu yang mungkin perempuan itu tak boleh bertahan lama.
Jurulatih di hadapannya menjerit memberikan arahan. "Nayla, fokus! Angkat tinggi tangan kanan, block serangan!". Mendengar itu, Nayla sekadar angkat wajah. Tangan yang masih bersarung tangan tinju terus di angkat mengelap peluh sebelum terus mencuba untuk melakukan apa yang diminta oleh jurulatihnya.
Namun, belum sempat Nayla memberikan respon, kelihatan dia terhuyung-hayang. Tiba-tiba, kakinya goyah dan tubuhnya mulai terjatuh ke depan. Segalanya berlaku dengan begitu pantas. Qaid bergegas melangkah ke hadapan, terkejut melihat keadaan Nayla yang kini jatuh terjelopok di atas lantai, tubuhnya yang lemah terkulai tanpa daya.
"Woi, Nayla !"
- nadya, 270425
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romantizm®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)