Sicily, many years later.
"HOLD the cello properly, my dear. We don't want your hand to bleed, are we ?"
Penuturan bahasa asing dengan loghat yang tersendiri itu terus membuatkan gadis muda itu menggelengkan kepalanya. Pandangannya kembali fokus pada selo biru laut dalam lengannya. Kedudukan jarinya pada alat muzik itu dibetulkan sebelum pandangannya teralih kepada perempuan yang menegurnya.
"I'm sorry, madame. I lost my focus"
Permohonan maafnya kepada Madame Ruby Kendall hanya disambut ketawa kecil daripada perempuan tersebut. Perempuan itu terus membawa diri, meninggalkan gadis itu. Langkah dan rentak kasut tumit tingginya memecahkan kesunyian ruang tersebut. Dia berdiri di hadapan, menenangkan serba sedikit tentang selo dalam bahasa inggeris yang berlenggok Itali.
"Alright ladies, let's try again. Let's try the note we've practice"
Itali, tepatnya di Sicily adalah dimana tubuhnya tercampak jauh dari tempat asalnya untuk mencari ilmu, mendalami segalanya tentang selo, untuk mengetahui peritnya kehidupan sebagai manusia sebenar, atau mungkin juga untuk membetulkan dirinya yang semakin tak benar di mata orang tuanya.
"Daripada kau terus menconteng arang di wajah aku, baik aku hantar kau untuk pulihkan semua sikap kau"
Bicara Maria itu dianggapnya sebagai satu anjakan atau paksaan untuk dia tinggalkan tanah airnya yang tercinta. Bukan mudah untuk dia tinggalkan semua orang yang dia sayang sangat - sangat. Mak Nah, Tiara, termasuklah akademi elit yang banyak menyimpan kisah suka sukanya. Dia hanya mampu mengeluh. Malang yang menimpa masih kekal memberi luka.
Semua disebabkan satu syaitan durjana bertopengkan manusia.
Perasaan remajanya pada beberapa tahun lepas cukup memenatkan dirinya, mental dan fizikal. Lehernya bagai dicekak besi belenggu panas terisi perasaan yang bercampur aduk. Dirinya ragu - ragu, jatuh tenggelam dalam lautan perasaan sendiri dengan tanda soal yang bertanyakan sama ada tindakannya benar atau tidak.
Apakan daya dirinya, perempuan lemah di usia 18 tahun untuk menghadap satu persatu masalah dan bala yang menghempap dirinya sampai hancur ?
Apakan daya dia untuk menghadap bait kata manusia yang memamah hatinya sampai hancur tak bersisa ?
Dia bukan manusia yang kuat, yang mampu menerima hakikat untuk pikul tugas yang berat atas bahunya yang sedia rapuh.
Di bumi asing ini, dia sendiri. Bersama ubat putih Monophasic dan Paroxetine yang menjadi peneman dan penguat hidupnya tiap hari di bumi Sicily ini. Setakat kekejangan perut dan di seluruh badan serta pendarahan kecil di beberapa bahagian tubuhnya seperti hidung, dia masih mampu bertahan.
Dia lakukan semua ini dan akan pastikan rahimnya bersihnya tanpa sebarang janin lagi.
"Iemelda, my dear. I just received your official letter. You want to leave Sicily ? Is this for real ?"
Sapaan Madame Ruby terus dia jawab dengan anggukan lembut dan senyuman nipis di wajahnya. Tangannya tangkas memasukkan selo biru lautnya ke dalam begnya semula dan dizipnya kemas. Kelasnya sudah habis untuk petang ini. Selepas beberapa ketika, dia membuka mulutnya semula dan laju membalas soalan Madame Ruby.
"Yes, I do, Madame. I've finish my study at the local university and want to go back to Malaysia for good. I miss my loves one, my national food", balasnya dan ia mengundang tawa di wajahnya apabila perasaan reaksi Madame Ruby yang berubah agak kecewa. Mungkin tak rela kehilangan pelajar hebat dalam kelas selo yang dia kendalikan.
"We will miss you, Iemelda !" Agatha, rakan sekelasnya yang memainkan alat muzik biola menyapa. Bibir merah Agatha tercebik sedikit. "I'll miss you guys too, Agatha. Sicily always here, in the best place of my heart", senyum nipis dia hadiahkan pada Agatha.
____________
PERJALANAN pada malam itu ditemani angin yang bertiup menampar pipinya. Kesunyian malam itu dipecahkan dengan bunyi telapak kakinya yang berjalan menuju ke rumah sewanya di Sicily. Bibirnya menyanyi kecil, menenangkan jiwanya yang merasakan keserabutan yang melanda seluruh tubuhnya. Anak rambutnya dikemaskan agar tak menghalang pandangan.
Habis sahaja kelas selo tadi, mereka mengadakan sedikit Farewell Party untuk dirinya yang akan pulang. Penerbangannya pulang ke Malaysia dijangka esok pagi, jadi malam ini dia perlu mengucapkan selamat tinggal kepada semua memori manis di bandar ini. Parti kecil tersebut hanya menghidangkan minuman ringkas Champagne. Namun untuknya, dia cuma menikmati jus buah tanpa alkohol.
Sebaik sahaja bangunan rumah sewanya kelihatan di depan mata, keluhan lega dilepaskan dari bibirnya. Langkahnya dilajukan. Akhirnya selepas beberapa lama, dia dapat juga berehat di dalam rumah sewanya, bersama minuman hangat dan suasana yang selesa. Dia menaiki tangga, mencapai kunci dan membuka pintu sebelum dia menapak masuk.
Selepas membersihkan diri dan menyediakan minuman hangat untuk menemani malamnya, dia duduk di dalam kamarnya. Berlutut di depan almari sambil menyumbat semua pakaiannya ke dalam bagasi biru untuk dibawa pulang. Suasana sunyi itu terpecahkan dengan bunyi notifikasi dari telefon bimbitnya yang diletakkan berdekatan. Pantas ianya dicapai.
partner in crime !<3
Happy birthday Nayla ! May Allah bless you, sister !
8:08 PM
Nayla senyum nipis membaca pesanan ringkas dari rakan baiknya yang sentiasa ada walaupun bukan disisinya. Tingkahnya mengemas pakaian terhenti disebabkan mesej tersebut, sebelum dia bersandar ke katil dengan senyum yang masih bersisa. Tangannya laju bergerak membalas pesanan ringkas sahabatnya, Tiara.
partner in crime !<3
Happy birthday Nayla ! May Allah bless you, sister !
8:08 PM
Thanks, babe !
Kau tahu tak aku nak balik Malaysia ?8:10 PM
Terus, satu pesanan masuk dengan segera.
partner in crime !<3
Happy birthday Nayla ! May Allah bless you, sister !
8:08 PM
Thanks, babe !
Kau tahu tak aku nak balik Malaysia ?8:10 PM
Of course la aku tahu.
Aku tunggu kau !
See you tomorrow !
8:12 PMNayla senyum nipis. Telefon bimbitnya diletak ke tepi selepas mengetahui Tiara tidak berada dalam talian lagi. Tiara adalah orang kedua yang mengucapkan ucapan hari lahirnya selepas Agatha. Ahli keluarganya ? Jangan ditanya. Keluhan dia lepaskan, pandangan terus memandang ke luar tingkap di mana bulan bersinar terang.
She's gonna come home. For sure.
-nadya, 09092024
Any birthday wishes for our girl ?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]
عاطفية®2024- NADDYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...