seventy-five

14 1 1
                                        



"NAYLA !,"



Tangannya yang baru sahaja ingin menyuap nasi ayam hospital terus terhenti apabila mendengar suara di muka pintu. Dia dan Qaid angkat kepala, sebelum dahinya berkerut apabila melihat seorang perempuan di muka pintu. Wajahnya sedikit merah, dan ada kesan air di hujung matanya. 



Tanpa diajak, perempuan itu meluru masuk dan terus menuju ke arah katil hospital. Kemudian, tanpa sempat Nayla melarang. tubuhnya terus dipeluk kuat oleh perempuan itu. Nayla sampai menjerit kecil sebelum dia gagahkan tangannya untuk menepuk bahu perempuan itu supaya melepaskannya. 



"Tiara, Tiara ! Aduh ! Badan aku banyak lukalah !," katanya sambil masih mencuba tolak Tiara ke tepi. Mendengar itu, Tiara leraikan pelukan. Air matanya yang mengalir laju segera dia seka sebelum dia labuhkan duduk di sisi hospital. Selepas beberapa ketika, dia akhirnya membuka mulut. "Kau okey ? Macam orang gila aku datang bila Hans call aku cakap kau kena culik. Haa, aku takut !," Tiara tekup mukanya dan menangis lagi. 



Nayla tepuk dahinya melihat air mata Tiara yang berjurai semula. Qaid di sebelah hanya ketap bibir menahan ketawa sebelum akhirnya dia minta diri dan keluar daripada wad tersebut bersama Hans yang sudah menunggu lama di muka pintu. Katanya, dia mahu biarkan Nayla dan Tiara untuk masa bersama seketika. 



"Aku okey, Tiara ! Tak payahlah nangis ! Sikit je ni !," Nayla cuba yakinkan Tiara. Perempuan itu terus berdecit. "Sikit kepala kau ! Dah berbalut sana - sini, lebam pipi, Qaid kata kau keguguran lagi, sikit apa ?", suara Tiara naik seoktaf lalu dia ubah posisi duduknya. 


"Janganlah marah !," Nayla ketawa kecil. "Aku cakap macam tu supaya kau tak risau, tapi rupanya aku kena marah balik. Kesian aku. Dahlah sakit, kena marah pula tu," Nayla pura - pura lap air mata sebelum Tiara mencebik, tangannya memeluk Nayla lagi cuma lebih lembut kali ini. 


"Kau datang sini dengan siapa ?", Nayla menyoal. Tiara betulkan duduknya lalu bersandar ke bantal yang sama dengan Nayla. "Dengan Hans. Dia yang call aku beritahu kau kena culik and ada orang cuba nak bunuh kau. Mak nak ikut tapi aku tak bagi. Aku takut dia pengsan tengok kau macam ni," Tiara membalas sambil mengusap lembut lengan Nayla. 


Bibir Nayla sedikit mencebik. "Ala, aku baru nak jumpa mak," katanya. Kali terakhir dia berjumpa Mak Nah ialah kira - kira beberapa bulan lepas iaitu semasa majlis pernikahan dia. Itu pun, dia pengsan sebab tak cukup rehat di tengah acara. Tak pasal - pasal dia dan Tiara kena bebel malam itu !


"Tak apalah ! Nanti, kalau aku sempat discharge sebelum aku balik Perth, aku bawa mak jumpa kau. Kalau tak sempat, tak apalah. Tak ada rezeki jelah," Tiara senyum nipis namun cemberut Nayla bertambah. "Kalau tak bawa Mak balik tak boleh ke ?", Nayla menyoal lalu Tiara kerutkan dahinya.



 "Mana boleh ! Itu kan mak aku ! Aku kenalah jaga dia. Kalau tinggalkan dia dekat sini seorang diri, dekat kampung pula tu, aku pula yang risau. Tak jalan kerja aku kat Perth tu sebab asyik fikirkan mak je. Kau pun baru nak berumah tangga, jadi pula macam ni. Tak apa, aku janji aku balik setiap bulan, Insyallah," Tiara kuntum senyum. 

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang