seventy

9 1 0
                                        

"MEL, tepi sikit. Mummy nak duduk ni."









Nayla kuis kakinya di hujung badan Mel yang tidur Lena di atas karpet. Merasakan tubuhnya ditolak, makhluk berkaki empat tersebut lantas membuka matanya sebelum memandang Nayla. Akhirnya, dia membawa tubuh gemuknya meninggalkan Nayla dengan lenggok tubuh gediknya.





Nayla gulingkan anak matanya. Sejak dia berkahwin dengan Qaid, makhluk berkaki empat ni dah bagaikan musuhnya dalam rumah sendiri. Kalau nampak dia duduk dengan Qaid, mulalah dia datang sibuk nak duduk di tengah - tengah. Nayla lepaskan keluhan berat sebelum meletakkan sebakul penuh kain yang siap dibasuh di atas lantai. Kemudian, duduknya pula dilabuh di sebelah bakul tersebut.





Sedar tak sedar, sudah hampir 7 bulan sejak mereka berdua mengikat tali pernikahan. Kalau soal majlis resepsi, Qaid sendiri menolak untuk melakukannya sekarang memandangkan situasi masih tidak menentu. Nayla ikutkan sahaja. Baginya, tak perlu nak buat majlis pun tak apa. Asalkan sudah nikah, tapi Qaid tetap nak juga. Nak wedding of the year katanya.






Diva betul ! Keliru Nayla kalau ada genetik perempuan dalam darah suaminya tu !







Sejak Qaid kembali mula bertugas, tugas Nayla sebagai seorang suri rumah sepenuh masa sudah bermula dengan jayanya. Kalau ikutkan Qaid, dia sentiasa memberikan lampu hijau sekiranya benar Nayla ingin bekerja. Namun, Nayla sendiri yang memilih untuk tidak melakukannya. Baginya, inilah masa untuk dia bersuka ria di dalam rumah sendiri, walaupun Mel sibuk di mana sahaja dia berada.








Dan hari ini, menjadi hari yang sedikit penat untuk dirinya berbanding dengan hari sebelum - sebelumnya. Manakan tidak, Mel anak kesayangan Qaid itu hari ini akhirnya naik nakalnya. Seawal pagi, Nayla keluarkan baju yang sudah siap dijemur dengan harapan untuk dilipat dengan penuh aman dan damai. Namun jelas takdir berkata lain.





Mel mengambil keputusan untuk meninggalkan 'hartanya' ke atas longgokan kain yang sudah siap dibasuh. Melihat itu, Nayla hanya mampu mengeluh kuat. Nak membebel pun hanya akan membawa ke arah sia - sia. Mel bukannya faham sepatah apa ! Yang dia tahu, bawa diri dan teruskan menjilat bulu oren berkilatnya itu.









Siaplah kau, Mel ! Malam ni, kau tak payah makan !








"Ya Allah, tepilah, sayang. Kain ni mummy dah lipat !", suara Nayla naik seoktaf apabila Mel melabuhkan tubuhnya di atas lain yang sudah dilipat kemas. Tubuhnya siap diregangkan sebelum mata birunya tertutup rapat, membuatkan darah Nayla terus rasa menyirap. Dengan niat ingin mengusik, sehelai baju terus diletakkan ke atas Mel, membuatkan kucing tersebut menggeliat panik dan lari ke atas ribanya.





Nayla terkejut kecil sebelum tergelak sendiri. Tubuh Mel yang tiba-tiba mendarat di atas ribanya membuatkan dia hampir terjatuh ke belakang. Kucing itu memusingkan badan, mencari posisi paling selesa seolah-olah riba Nayla memang dicipta khas untuknya.






"Oi, suka hati je !", Nayla mengomel, namun tetap menggosok lembut kepala Mel. Mel membalas dengan dengkuran halus, kepalanya diselitkan di celah lengan Nayla. Ekor oren itu melibas perlahan, cukup untuk buat hati Nayla yang tadi menyirap kembali reda.






Nayla letakkan baju yang terakhir dilipat ke dalam bakul sebelum mula duduk dengan selesa. Nayla pandang jam di dinding. Petang ini, dia perlu mengikut Qaid ke sebuah butik pengantin untuk mengambil pakaian mereka yang ditempah istimewa oleh Qaid. Nayla cebikkan bibirnya. Lelaki with memang suka buat benda tanpa memberitahu Nayla terlebih dahulu. Tahu - tahu sahaja, hari dia sudah perlu ke sana untuk fitting yang pertama.







"Bangun cepat. Nanti daddy kau marah mummy lambat," Nayal muncungkan bibirnya sambil mengomel. Tangannya mengangkat tubuh Mel lalu dipindahkan ke tepi. Dia segera bangkit, mengangkat bakul pakaian yang sudah siap dilipat masuk ke dalam bilik. Dia belakangnya, Mel masih membuntuti bagaikan ingin menuntut sedikit Whiskas.







⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹

"ENCIK, saya letak baju ni dekat sini ya ?" 

Qaid angkat kepala apabila mendengar suara seorang perempuan menegurnya. Matanya teralih ke arah dua pasang pakaian yang masih berbungkus rapi, diletakkan di atas sofa berdekatan dengannya. Bibirnya menguntum senyum, lalu menganggukkan kepalanya. "Terima kasih, kak. Saya tunggu wife saya dulu,"

Wanita itu mengangguk lalu berlalu pergi. Qaid berdecit lalu mengeluh. Skrin telefon dipandangnya lagi. Jam hampir menunjukkan ke angka lima, namun Nayla masih belum sampai biarpun kira - kira sejam yang lalu, Nayla memberitahu yang dia sudah memandu keluar dari kawasan apartment mereka. 

"Qaid, lamanya wife kau ni. Kau sure ke dia dah gerak keluar dari rumah ?", Hans yang mengambil keputusan untuk membuntuti Qaid pada hari itu akhirnya membuka mulut untuk bertanya. Mungkin dia juga perasan kelewatan perempuan itu untuk hadir hari ini. 

Qaid anggukkan kepalanya sekali lagi. "Aku sure enough dia dah gerak. Aku dah check location dia an hour ago. She should be here," Qaid mengeluh lagi. Nombor telefon Nayla segera didailnya sebelum telefon bimbit tersebut dilekapkan ke telinga. Jarinya mengetuk meja dengan tak sabar sambil menunggu panggilannya diangkat. 

"The person you are calling is unavailable. Please leave a message after the tone."

Keluhan berat terlepas lagi. Selepas mendengar tone yang ditunggu, Qaid rapatkan mulutnya ke telefon. "Sayang, where are you ? You're supposed to be here now. If you receive this, please call me back. Jangan buat saya risau, please. Love you," selesai meninggalkan voicemail, Qaid letakkan telefonnya ke tepi. 

"Tak angkat ?", Hans menyoal, lalu Qaid gelengkan kepalanya. Tangannya sudah mula memicit pelipis. Hans dekati lelaki itu. "Why not kau check secret tracker yang kau letak dekat kereta dia ? Maybe akan tolong kita," Hans beri cadangan sebelum Qaid pandang Hans semula. Bagaikan semangat yang baharu, Qaid capai telefon bimbitnya semula. 

Tanpa Nayla ketahui, Qaid telah menggunakan pengetahuannya dalam bidang hacking untuk menjaga keselamatan Nayla dari jauh. Lelaki itu telah mengambil keputusan untuk meletakkan beberapa tracker di barang kepunyaan Nayla termasuklah kereta. Dia juga sempat hack telefon Nayla yang membolehkan dia mengakses apa sahaja apps yang ada di telefon isterinya. 

Qaid tekan beberapa perkara penting di telefonnya sebelum lokasi Nayla segera terdedah. Titik biru yang menunjukkan keberadaan Nayla berkelip buat seketika, sebelum akhirnya berubah merah dan berhenti berkelip lalu akhirnya tak dapat lagi mengesan lokasi Nayla. Location not found yang terpampang di skrin hanya mencambahkan butir kerisauan di hati Qaid dan Hans. 









"Aku tak sedap hati, Hans. Jom. Ikut aku," Qaid berdiri lalu berura - ura meninggalkan butik pengantin tersebut. Dia sempat tinggalkan pesanan kepada pemilik butik sebelum akhirnya keluar dengan tergopoh - gapah. Tangannya tergenggam kemas. Tak mungkin dia ingin membiarkan masalah yang sama bercambah sekali lagi. 









- nadya, 141225

𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang