SAAT kaki mereka melangkah masuk ke dalam ruang jamuan di tingkat dua, deria bau mereka terus disajikan dengan berbagai bau enak daripada makanan yang disajikan. Nayla kemaskan rambutnya sebelum menolak pintu kaca agar dia boleh melangkah masuk. Langkahnya diatur sedikit pantas bersama Qaid yang setia mengikut langkahnya.
Suasana ruang jamuan yang dihiasi dengan indah, disertai dengan lampu-lampu kristal yang berkilauan, memberi kesan mewah pada majlis tersebut. Beberapa tetamu sudah berada di sekitar meja. Nayla menarik nafas dalam-dalam sebelum memastikan penampilannya sempurna.
"Banyak betul tetamu dekat sini," katanya perlahan, memandang orang ramai yang sedang berbual mesra sambil menikmati hidangan. Qaid hanya mengangguk, tidak terlalu ambil peduli dengan keramaian. Baginya, yang penting adalah makan.
Bau makanan yang enak memenuhi ruang udara, membuatkan perut Nayla berbunyi. Nayla tunduk, perutnya ditepuk lembut sebelum dia silangkan tangan di perutnya. "Dah lapar sangat ke?" Qaid bertanya, senyum kecil terukir di bibirnya seakan - akan mengejek dia. Nayla terus menggulingkan anak matanya. "Manusia normal mana yang tak lapar lepas 1 jam tak makan apa - apa ? Jom, cepat. Aku nak makan."
Mereka berjalan ke meja bufet yang panjang, dipenuhi pelbagai jenis makanan yang menggugah selera. Qaid, tanpa membuang masa, mengambil pinggan dan mula mengambil pelbagai hidangan yang ada, tanpa mempedulikan orang lain di sekelilingnya. Nayla memerhati sebentar, sebelum akhirnya dia turut mengambil pinggan dan memilih beberapa jenis hidangan yang menarik perhatiannya.
"Makanan ni nampak sedap, tapi aku rasa dah banyak kali makan benda ni," kata Nayla. Qaid terus pandang Nayla sekilas. "Well, you're lucky. Aku rasa macam nak ambil semua, sebab semua aku tak pernah rasa", balasnya Lau memandang ke arah Nayla yang sudah melangkah jauh menuju meja yang dikelilingi oleh orang-orang yang dikenalnya meninggalkan Qaid dengan segunung makanannya.
Selepas mengambil beberapa hidangan yang memikat matanya, Nayla terus berjalan mendekati sebuah meja yang dikelilingi orang - orang yang dia kenali, iaitu ibu dan bapanya yang dikelilingi pemilik gergasi korporat dalam negara. Nayla berdehem, mengalihkan pandangan mereka sebelum senyum terukir di bibirnya. "May I join you guys ?", sapanya sopan sebelum Maria membalas senyumannya. Kerusi kosong disebelahnya ditarik.
"Of course you can. Duduklah sini", balas Maria lalu memandang kembali ke arah sisinya dimana berdirinya seorang perempuan yang menjadi teman perbualannya tadi. Dalam sekejap, pandangan perempuan itu teralih ke arah Nayla. Perempuan itu terus memasang senyum. "You're daughter, Maria ? She's pretty. Like you", perempuan itu memuji sebelum membentuk sebuah senyuman bangga di bibir Maria.
Selepas beberapa ketika mereka berbual, perempuan itu terus meminta diri lantas meninggalkan Nayla dan Maria berdua di meja tersebut. Situasi agak hening seketika di antara dua beranak tersebut, sebelum akhirnya Nayla membuka mulut. "Macam mana mummy boleh ada dekat sini ? Rasa macam tak nampak mummy pun dekat crowd tadi", Nayla menyoal. Dari ekor matanya, dia memandang ke arah ibunya.
Tindakan Maria yang sedang memperkemaskan solekan di wajahnya terus terhenti. Barangannya mula dikemas, sebelum dia memandang ke arah Nayla. "Well, I ada majlis dengan beberapa syarikat yang nak bekerjasama dengan Nephoria. Alang - alang dah datang sini, we decide to stop by and make a suprise", balasnya sebelum disambut anggukan Nayla.
Maria hanya memerhatikan wajah Nayla, sebelum akhirnya kembali membuka mulut. "You know, I think you should stop with your cello life", ujarnya. Mendengar ayat itu, Nayla terus berhenti menyuap makanan ke mulutnya. Wajah ibunya dipandang sekilas, sebelum dia terus menurunkan sudu dalam tangannya ke tepi pinggan putihnya. Ketawa kecil terlepas dari bibirnya.
"Seriously ? Bukan ke mummy yang galakkan sangat Nayla join instrument ni dulu sejak umur 10 tahun dulu ? Sekarang nak suruh berhenti pula ?", Nayla menyoal sebelum Maria mengeluh. Kepalanya digelengkan sebelum dia menyilangkan kakinya. Skirt yang dipakai mendedahkan kakinya saat dia melakukan begitu. "You don't understand us, Nayla. Papa Nayla semakin berumur. Sampai bila nak letakkan Nephoria atas bahu dia ?", soalnya kembali.
Nayla lepaskan keluhan. Dia terus tolak pinggan di depannya menjauhi daripadanya sementelah selera makannya juga seperti sudah hilang terbang menjauh daripadanya. "Okay, so sekarang ni mummy suruh Nayla undur diri dari Celestial sebab papa dah tak boleh handle Nephoria ? Nak suruh Nayla jaga kebajikan Nephoria pula ? I thought we not gonna talk about this after I has come with my decision", balasnya tegas.
"You just need to know that I never agree with your decision to not have anything related to Nephoria ! Nayla nak libatkan orang luar dalam syarikat yang papa dah bina dengan tulang empat kerat dia sendiri ? You're his daughter. His only daughter. Mummy ingat Nayla berminat nak jadi macam dia, jadikan dia sebagai seorang role model dalam diri Nayla", Maria berkata lagi.
Nayla terus mengeluh. Tangannya terus memicit dahinya lalu meraup lambut perangnya ke belakang. "Mummy tak penat ke ? I've said no", ujarnya sebelum Maria senyum sinis. Dia silangkan tangan di dada sebelum memandang Nayla lama. "Tapi mummy, I made my decision. I don't want to be involved with Nephoria anymore. It's not my path," Nayla bersuara dengan nada sedikit melawan.
Kebetulan, Qaid yang sedang berjalan melintasi meja itu, tidak dapat mengelak daripada mendengar perbualan mereka. Terpandangnya wajah Nayla yang nampak kesal, dia mendekat sedikit, walaupun tidak mahu mencampuri urusan mereka. Namun, mata hazel Nayla jelas lebih tajam menikam, lalu dia menepuk meja di depannya sebelum menunding jari ke arah Qaid yang berdiri berdekatan dengan ereka.
"Kenapa Qaid terlibat dalam semua ini, mummy?" Nayla bertanya dengan nada tinggi, merasa sedikit terganggu. "Kenapa dia perlu jadi bodyguard Nayla ? I don't need someone following me around all the time. Nayla rasa tak bebas ! Tak cukup ke dia ikut kita ke mana-mana?" butir bicara Nayla kedengaran memberontak.
"Qaid, duduk dekat sini," ujar Maria dengan nada yang lebih lembut, tetapi masih penuh penekanan. Qaid mengangguk dan mengambil tempat di sebelah meja, tidak jauh dari mereka. Nayla masih sama, matanya malah bertindak menjeling lelaki itu.
Maria tidak membalas serta merta. Dia hanya tersenyum sinis, memandang Nayla seketika. "Nayla, ingat tak, papa yang bayar gaji dia? Qaid bukan sahaja jaga keselamatan kamu, tapi juga untuk jaga Nephoria. You're his daughter, the heir to Nephoria, Nayla kena faham benda ni penting ! ," jawab Maria dalam nada yang lebih serius.
Nayla mengeluh perlahan,
merasakan dirinya terperangkap antara tanggungjawab dan kehidupan yang dia ingin sendiri. "I don't need a bodyguard, mummy. I've told you this before. I'm not a child anymore. balas Nayla, suaranya tegas. "Lagi satu, kenapa nak kena fikir pasal kepentingan sendiri ? Nayla pun ada kepentingan Nayla juga !"
Maria meraup helaian rambutnya yang terjuntai sebelum menyambung. "Apa yang lebih penting daripada masa depan Nayla ? Masa depan Nayla dekat sini. Dalam tangan mummy, dalam bangunan megah Nephoria ! Apa yang boleh diharap selain daripada duduk megah dalam syarikat sendiri ? Jadi kuli ? Think about it rationally !", suara perempuan itu semakin tegas.
Bagai petir yang menyambar ruang hati, membuatkan angin terus bergelora, Nayla rasakan hatinya panas menggelegak. Dia automatik berdiri, lalu tanpa sedar menepuk meja di depan mata. Tanpa dia ketahui, betapa banyaknya kepala yang sudah tertoleh ke arah meja mereka dan menumpu kepada dia, yang sudah berdiri tegak dengan dada yang berombak.
"What are you trying to do ? Remember you're position !"
Kepala Nayla terpaling mendengar suara itu, yang mengingatkan dia tentang dimana dia sedang berada sekarang.
- nadya, 281224
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romansa®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)