"NAYLA, duduk sekejap"
Pergerakannya menuju ke pintu dapur terus terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Jalannya jadi sedikit perlahan sebelum dia jengulkan kepalanya di pintu gerbang dapur. Matanya menangkap dua figura manusia yang sedang duduk di atas sofa rangkai dua, manakala seorang lelaki setia berdiri di sisi sofa. Dahi Nayla terus berkerut tapi akhirnya dia melangkah kembali ke ruang tamu.
Nayla silangkan tangannya di dada sebelum kemaskan rambutnya yang agak terjuntai "Nak cakap pasal apa ni ?" Soalnya sebelum melirik ke arah lelaki tadi lalu kembali larikan pandangannya. Dia cuba untuk menahan agar tidak menjeling tajam ke arah lelaki itu yang sentiasa naikkan darahnya. Datin Maria terus pandang ke arah suaminya. "Sebenarnya, apa yang kita nak bincang ni ada kaitan dengan apa yang jadi dua hari lepas ? The bomb ?"
Perempuan muda itu anggukkan kepalanya sebelum melepaskan keluhan. "Lepas tu ?", soalnya lagi sebelum Datin Maria turut melepaskan keluhan sebelum memandang wajah Dato' Wildan seketika. Selepas suaminya itu menganggukkan kepala, Datin Maria menghela nafas panjang sebelum memandang Nayla dengan pandangan yang lebih serius. "We don't want you to be shock with what we gonna tell you, but this thing will turn worst if we keep it to ourselves", dia jeda.
"Macam yang mummy dengan papa pernah beritahu, Qaid diperlukan dalam urusan untuk jaga family kita daripada ancaman. I've told you that ?", soalnya sebelum Nayla mengeluh. Wajah Qaid diliriknya sedikit sebelum dia anggukkan kepalanya.Datin Maria turut angguk.
"Actually, lepas apa yang jadi dua hari lepas, pihak ACES boleh katakan yang, you sebenarnya dah satu langkah semakin dekat dengan mereka, lebih tepatnya ancaman tu. They're targeting you".
Nayla tergamam. "Targeting...me ?" Dia berkelip beberapa kali, cuba mencerna kata-kata Datin Maria. "Kenapa ? Kenapa dia cari Nayla pula ?", soalnya lagi. Duduknya juga kelihatan tak tenang. Hampir sahaja dia berdiri kerana terlalu terkejut.
Datin Maria menunduk seketika, jelas kelihatan raut wajahnya yang penuh kerisauan. "Itu yang kita tak tahu. Tapi yang pasti, mereka bukan orang biasa. Mereka cukup berbahaya. Itulah sebabnya, kita tak ada pilihan lain. You need to follow Qaid. Dia akan pastikan Nayla selamat."
PING !
Suasana terus berubah sunyi dan hening tiba - tiba namun Nayla dapat mendengar bunyi berdesing yang kuat di kedua - dua belah telinganya, seolah - olah tak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Matanya terbuntang, dahinya terus berubah berkerut. Akibat tak dapat menahan diri daripada berita yang diberitahu secara tiba - tiba, Nayla terus berdiri dari duduk. Wajah orang tuanya dipandang silih berganti. Dia ketawa sinis.
"Ikut ? Ikut dia ? Mummy biar betul ?!"
Suara Nayla jadi tegas dan tinggi. Datin Maria mengeluh dan berdiri sebelum berjalan mendekati perempuan itu. Tangannya terus lembut mendarat di atas bahu Nayla. "We have no other choice. This might sounds silly tapi selagi Nayla ada dengan kami, sampai bila pun hidup kami tak akan tenang", katanya tenang sebelum Nayla ketawa sinis. Tangan Datin Maria di atas bahunya ditepis kasar sebelum matanya merenung mata ibunya.
"Apa ? 'Sampai bila pun hidup kami tak akan tenang '? Oh, mummy cuma fikirkan hidup mummy dengan papa je ke ? Hidup Nayla ? The freedom I obviously deserve ?", soalnya lagi. Giginya sudah lama diketap sembari matanya terus tajam menikam ke arah iris hitam kepunyaan Datin Maria. Datin Maria diam, bagai kehilangan kata sebelum akhirnya dia buka mulut selepas menjeda dalam waktu yang cukup lama.
"No, you get me wrong, darling. Apa yang mummy maksudkan adalah.. keselamatan kita. Kita. Family kita ! Mummy, papa and you", katanya sebelum Nayla terus angkat tangan, bagai menyuruh menutup mulutnya. "Tapi jadikan Nayla sebagai tumbal ? Jadikan Nayla mangsa keadaan ?", soalnya selagi sebelum bunyi keriukan sofa terus mengalihkan perhatiannya. Dato' Wildan juga telah berdiri, mendekati dua beranak dan perbualan panas itu.
"First of all, Nayla kena tahu yang Nayla sangat bermakna dalam hidup mummy dengan papa. You're just like a diamond, shining the brightest that bring joys in our lif-", kata - kata papanya terus dipotong oleh Nayla saat Nayla berdecit. "Don't beat around the push, just tell me the truth, okay ?", katanya kasar sebelum Dato' Wildan ketawa kekok. "Okay, I guess you don't like idioms. But, Nayla, Nayla kena tahu yang semua yang kami ada, is under your name now."
"I beg your pardon ?"
"Yes, you heard me right. Syarikat, saham, this house, everything that used to be us is now yours. That's why, people start to find you, especially orang - orang yang memang dah lama tak puas hati dengan keluarga kita. Mereka nak hapuskan Nayla and ambil semua benda dari kita", Dato' Wildan menerangkan sebelum mata Nayla terbuntang sekali lagi. Dia ketawa sinis.
Nayla terus raup rambutnya ke belakang sebelum dia memandang kedua - dua orang tuanya. "Kenapa tak pernah beritahu Nayla benda ni ? Kenapa buat keputusan tak bincang dengan Nayla ?", soalnya sebelum orang - orang tuanya memandang sesama sendiri. "We tried but you always tell us that you never want to be related to this. Kami tak ada pilihan melainkan masukkan nama Nayla juga", ibunya berkata sebelum dipotong lagi oleh Nayla. "Lepastu risikokan nyawa anak sendiri ? Mummy dah gila ke ?"
"Nayla ! Your words ! She's your mom !"
Nayla pandang ke arah suara itu, yang sekaligus menyedarkan dia bahawa bukan hanya mereka bertiga yang ada di ruang tamu tersebut, tapi ternyata lelaki bernama Qaid Farran juga tak terlepas untuk tercegat sama. Nayla terhs senyum sinis sebelum silangkan tangannya di dada.
"Kau, tak payah nak tegur aku macam aku ni buat salah besar sangat, okay ? Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa perempuan ni memang gila. Dari dulu, dia suka buat keputusan tanpa aku tahu and tanpa hiraukan perasaan aku. Tak ke gila macam tu ?"
Qaid mengeluh. Langkahnya sudah mendekati Nayla. "Aku tak tahu tapi apa yang aku tahu adalah kau kurang ajar. You're being rude. Dia mak kau, tahu tak ? Tak boleh ke hormat je keputusan dia ?" Qaid berkata lagi sebelum Nayla melopong. "Okay, first, kau tak tahu apa masalah keluarga kami daripada dulu sampai sekarang. Kau baru je masuk dalam keluarga ni, tanpa dijemput dan tanpa alu - aluan, tak payah nak buat macam kenal kami sangat."
"And lagi satu, kenapa aku nak kena hormat keputusan dia untuk ikut kau ? Ikut lelaki yang, strangers ? Tercalar pula maruah kau nanti !"Qaid berdecit, sebelum membuat gaya nak menutup mulut Nayla yang tak henti - henti berbunyi seperti burung kakak tua.
"Diam. Diam sekejap, boleh ? Cuba dengar dulu penjelasan parents kau baru kau nak berceloteh macam ni", Qaid berkata sebelum Nayla gelengkan kepala. "I've heard much ! Sekarang ni ak-", kata - katanya terus dihentikan saat Qaid terus berdecit. Qaid pandang Datin Maria sebelum berkata, "Datin, finish your words sebelum budak pendek ni sambung cakap lagi".
"What the fu-"
"Okay, Nayla. First of all, I'm very sorry with our unexpected decision. Mummy cuma nak yang terbaik untuk Nayla and mummy rasa, keputusan untuk pindahkan Nayla jauh daripada mummy dan keluarga kita adalah yang paling baik. You can save your life, at the same time saving ours too. Nayla anak yang baik, kan ? You'll always heard me", Datin Maria berkata lembut, masih meraih tangan anaknya. Nayla hanya diamkan diri.
"Sampai bila Nayla kena ikut telunjuk mummy ? Dari Nayla kecil, sampai Nayla dah besar macam ni pun, mummy juga yang aturkan hidup Nayla. Sekarang, sampai nak suruh Nayla duduk satu rumah dengan jantan ? What the hell are you trying to tell me ? Where's your mind ? Tak ingat hukum ke apa ?"
"Nayla !"
nadya
230124
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romance®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)