Special Chapter #2

14 1 1
                                        



Tiga tahun kemudian..



"MEOW !,"


"Ih, nyau sinilah ! Qaila nak sikat ambut je !,"


Nayla dari dapur terus tersentak apabila merasakan benda berbulu laju berlari ke arahnya lau bersembunyi di celah kakinya. Nayla menunduk, lalu melihat Mel berada di celah kakinya. Ekor pendeknya tegak berdiri, menunjukkan dia sedang ketakutan dan sedia nak menyerang. 


Baru Nayla nak menyoal apa yang terjadi, dia dengar bunyi jeritan lelaki pula dari kejauhan. Matanya terbuntang, lantas dia angkat Mel dalam tangan sebelum dia berjalan keluar dari dapur dan mendekati ruang tamu. Seketika kemudian, dia dengar tangisan kecil pula.


"Mummy.." tangan kecil itu digamit ke arahnya. "Tolong Qaila. Daddy jahat.."


Nayla gelengkan kepala melihat gelagat dua beranak tersebut. Qaila dengan cuma memakai lampin telah kemas 'dikunci' oleh Qaid dengan kaki Qaid sengaja menghalang Qaila daripada melangkah pergi. Qaid pula nampak fokus, cuba untuk memakaikan Qaila baju. 


Dia labuhkan duduk di depan mereka berdua sebelum melepaskan Mel supaya kucing itu lebih bebas bergerak ke seluruh rumah. Wajah Qaila yang masih cemberut dicuitnya lembut lalu diusap rambut anaknya. 


"Qaila buat apa sampai daddy kena kunci Qaila macam ni ? Mesti Qaila nakal," Nayla menyoal lalu Qaila dengan laju menggelengkan kepalanya. "No,no, Qaila tak nakal ! Daddy yang nakal ! Tenok, daddy tak bagi Qaila main dengan nyau" Qaila mengadu dengan pelatnya sebelum tangan kecilnya menampar paha Qaid. 


Mata Qaid terus membulat sebelum dia pandang Nayla semula. "Eh, tak ! Qaila yang lari. Lepas pakaikan dia pampers, saya terus letak dia atas katil, suruh dia tunggu kejap sementara saya ambil baju. Bila saya datang balik, dia dah lari dengan sikat rambut, lepastu kejar Mel satu rumah. Memang menjeritlah kucing tu," Qaid pula ceritakan hal sebenar. 


Nayla angguk sebelum pandang ke arah Qaila yang masih cemberut, kini bertambah cemberut selepas Qaid bocorkan rahsia kecilnya kepada mummynya. 


Qaila Nerissa, nama yang dipilih oleh mereka berdua untuk anak perempuan mereka ini. Qaila, yang asalnya direka oleh Qaid sendiri atas gabungan Qaid dan Nayla, membawa maksud seseorang yang pintar berbicara. Nerissa pula diambil daripada bahasa Greek yang membawa maksud keyakinan. 


Pendek cerita, mereka cuma mahu si kecil ini membesar sebagai seorang perempuan yang pintar berbicara dan berkeyakinan tinggi. Tapi, tak pula mereka bersedia dengan Qaila yang lasaknya tak boleh dikawal. Kalau boleh, hari - hari dia nak cari gaduh dengan Mel !

"Haih, budak bertuah. Habis riuh rumah ni, tahu tak ?," Nayla cubit pipi Qaila lembut sebelum anak kecil itu ketawa dan memeluk lengannya. "Mummy ! Qaila nak pakai baju syantik, tau ! Lepas tu nak main dengan nyau !," Qaila masih lagi berusaha nak meluangkan masa dengan kucing mereka, yang dalam bahasa pelatnya dipanggil nyau


Qaid terus berdiri dan dukung Qaila dalam lengannya. 


𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang