fifty-three

12 3 0
                                        

MALAM pekat bergaung dengan bunyi hujan yang menghentam atap HQ, seakan mengiringi detik genting yang bakal diputuskan. Lampu putih kebiruan dari projektor memantul di wajah setiap anggota, menajamkan garis tegang di dahi mereka.





Tiada yang berbual. Hanya renungan kaku, degupan jantung yang cuba disembunyikan, dan nama yang berlegar di fikiran mereka semua. Carlene.




Aniq Uzayr berdiri di hadapan, tubuh tegak, tangan bertaut di belakang badan. Walaupun wajahnya tenang, ada riak tegang pada rahang yang mengetap. “Okay, fokus. Kita ada confirmation dari Afiq tentang lokasi ini. Maklumat ni fresh, dan risiko bocor sangat tinggi. Kalau kita lambat, Carlene boleh lesap.”





Afiq yang duduk di hujung meja mengangkat tablet, memaparkan video yang berjaya dia trace. “Jejak dia tak bersih. Dari metadata video ni, aku dapat IP bounce tiga kali, tapi tetap berakhir dekat kawasan villa ni. Based on ping radius, probability Carlene gunakan tempat ni as base camp — 80%.”




Kapten Arman mengangguk kecil, memberi isyarat supaya Aniq teruskan.


Aniq menukar paparan, blueprint lama bangunan muncul. “Plan aku begini:




"Unit surveillance, consisting May Zenia & Zayyan akan mula monitor kawasan. May in position as spy, Zayyan uruskan sensor jammer dan confirm kalau ada signal komunikasi luar."




"In several time after that, Strike team masuk. Hud sebagai sniper, secure vantage point dari bukit kecil sebelah barat. Tugas kau, Hud, neutralize siapa saja yang cuba lepaskan tembakan dari perimeter."



"Hans dan Firman kau dua orang cover belakang pasukan utama. Hans monitor logistik dan komunikasi dalaman, Firman collect immediate forensic evidence kalau ada bahan bom atau chemical."





"Laura, kau dalam pasukan breach. Laluan belakang villa ada pintu besi kecil. Jadi, kau yang lead masuk sebab kita perlukan precision assassin move"




"Umar dan Syed Ilhan, standby sebagai support. Umar backup hand-to-hand bila perlu, Ilhan jaga med support. Kita tak tahu apa ada dalam rumah tu, just in case."






"Afiq, kau jangan masuk front line. Kau stay dekat van operasi, hack masuk CCTV villa, dan bagi update real-time dekat aku dan Kapten". Aniq jeda, sebelum memandang muka muka yang hanya mengangguk di depan matanya





"Motif utama operasi ni jelas, iaitu untuk cari kumpulan Carlene, rampas semua dokumen, device, atau storage dia. No excessive kill. Kalau ada anak buah dia cuba lari, disable, bukan terminate.”



Hud mengetap bibir, tangannya bersilang. “Kalau mereka armed?”



Aniq pandang Kapten Arman, seolah menyerahkan keputusan terakhir.




Kapten Arman menyandarkan tubuh, wajahnya serius. “Kalau armed, kita react. Tapi aku ulang sekali lagi, tangkap, bukan bunuh. Kita masih perlukan maklumat daripada mereka".






⊹₊ ˚‧︵‿₊୨୧₊‿︵‧ ˚ ₊⊹





PINTU tertulis nama hm dipandangnya lama sebelum dia mengambil tapak ke belakang. Rambutnya dikuak ke belakang sebelum tangannya digenggam. Hatinya sedang bergolak sama ada ingin mengetuk pintu itu atau tidak.




𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang