fifty-seven

12 3 1
                                        

"BANGUN, BANGUN !



Kedua - dua kelopak matanya dibuka apabila mendengar dentingan jeriji besi yang diketuk dari luar. Kepalanya dipegang lama, sebelum dia bangkit dari baringnya. Matanya masih kabur, kerana dia masih cuba menyesuaikan diri dengan cahaya yang terang di luar. 



Wajah garang lelaki yang menjaga sel tempat dia tidur tadi ditenungnya lama. "Kenapa ?", soalnya. Soalannya tidak berjawab, sebaliknya lelaki itu cuma membuka pintu sel dan berdiri di belakangnya. Tangannya digari sebelum bahunya ditolak kasar. "Jalan, ada orang nak jumpa kau," lelaki itu berkata. Dia hanya mengeluh dan teruskan berjalan. 



"Duduk. Nanti ada pegawai nak jumpa dengan kau," lelaki itu bersuara tegas sebelum gari di tangan Qaid ditanggalkannya. Qaid labuhkan duduk, sebelum memerhati lelaki itu berjalan pergi. Dia mengeluh lagi. Pergelangan tangannya diusap lama. 




Pegawai mana lagi yang nak jumpa dia ? Harap - harap bukan Hud lagilah. Kesan tumbukan semalam - walaupun sudah diletak antiseptik sebelum dia disumbat ke dalam sel, tapi denyutnya masih terasa. Kesan lebam merah keunguan ada juga. 



"Qaid."



Qaid angkat wajah apabila mendengar suara di muka pintu. Qaid sekadar senyum tipis melihat Afiq berdiri di depan pintu tersebut, memegang tablet dalam tangannya. Afiq pandang pengawal di belakangnya. "Tak apa, boleh tinggalkan saya dekat sini. Dia tak akan buat apa - apa. He's my friend," ujarnya sebelum pengawal itu mengangguk dan berlalu pergi. Pintu besi ditutupnya. 





"Kenapa kau datang ? Kau nak..tumbuk aku juga ke ?", Qaid bertanya sebelum dahi Afiq berkerut lalu dia gelengkan kepalanya. "No. Kenapa pula aku nak tumbuk kau ? We're brothers since the day one, kan ?," ujar Afiq sebelum Qaid ketawa kecil.



"A brother won't bite his own brother hand. Kau tak nak marah aku macam Hud marah ke, sampai tumbuk aku ?", Qaid menyoal sebelum Afiq berdecit. "Dahlah tu. Aku datang sini, untuk tanya pasal ni," Afiq seluk poket seluarnya, lalu keluarkan sesuatu. 





Qaid pandang benda itu lama. Gelangnya. 




"I want to talk, about the thing I found in this", Afiq letakkan gelang tersebut di depan antara mereka berdua. Afiq tarik nafas dalam, jari mengetuk perlahan permukaan tablet yang digenggamnya. Mata Qaid tertumpu pada gelang hitam it gelang yang pernah jadi rahsia paling besar yang dia bawa ke mana-mana.




"Aku dah buka semua fail dalam pendrive ni," suara Afiq rendah, tapi jelas. "Ada folder yang kau kunci dengan password. Aku berjaya crack sebab aku kenal pattern kau. Dan dalam tu..." dia berhenti sekejap, menelan air liur. "...ada nama, Ravyn."





Qaid diam. Pandangannya jatuh ke lantai. Jari tangannya yang masih terasa perit dari gari digenggam kuat.


"Explain, Qaid," sambung Afiq, nada suaranya separuh tegas, separuh bimbang. "Aku jumpa dua fail lagi. Satu fail bertajuk Vyre. Satu lagi Nyra. Ada peta, ada senarai lokasi safehouse, ada kod penghantaran senjata. Aku tak tahu apa semua tu, tapi clearly... ni bukan benda kecil. Hud fikir kau pengkhianat, tapi apa yang aku tengok ini lebih besar daripada sekadar Carlene. Who's Ravyn ?"





Qaid hela nafas panjang, akhirnya mengangkat wajah. Ada keletihan yang jelas di matanya.


"Ravyn bukan orang, Fiq. Itu nama kumpulan, organisasi. Vyre dan Nyra, mereka kepala yang gerakkan semua serangan yang kau nampak. Termasuk bom, assassin,semuanya." Dia berhenti, menelan rasa sakit di bibir yang pecah. "Carlene cuma umpan. Aku masuk markas dia sebab nak jejak Ravyn. Gelang tu satu-satunya cara aku kumpul bukti."



𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang