writer's note : Yeayy dah 50 !
MAY tutup mulutnya yang sedang menguap sebelum menggerakkan hujung jarinya yang terasa lenguh. Tangannya terus dibawa mencekak pinggang sebelum dia angkat kepalanya. Rumah mewah di depan matanya dipandang. Keluhan berat dia lepaskan.
"Lamanya nak tunggu dia buka pintu. Macam deal nak masuk White House", May mengeluh sebelum lelaki di sebelahnya berdecit. Siku May segera ditolaknya kasar. "Kau ni. Cuba sabar sikit", Hud berkata.
"Bukan pasal sabar. Aku lapar. Kalau aku tahu menunggu macam ni, aku bungkus roti telur kat kedai mamak tadi,” May menyandar pada badan kereta, menyilangkan tangan.
Hud menyentap topi hitamnya sedikit ke belakang, mendengus kecil. “Boleh tak kau serius sikit ? Kita datang nak korek cerita pasal Carlene, bukan nak buat picnic depan rumah orang.”
“Kalau aku pengsan sebab low blood sugar, kau juga yang susah,” balas May, mata meliar ke sekeliling rumah mewah tiga tingkat itu, halaman luas, pagar automatik, kamera keselamatan di setiap penjuru. Typical rumah orang kaya.
"May, calm down. Kejap lagi mereka keluar lah tu. Lepas ni, saya belanja kamu makan", Kapten Arman berkata sebelum May sengih kecil. Wajahnya dilarikan daripada Kapten tersebut. Beberapa saat kemudian, pagar akhirnya bergeser perlahan. Sebuah kereta BMW hitam keluar dahulu, diikuti oleh seorang pekerja rumah yang berjalan cepat ke arah mereka.
“Maaf, tuan, puan. Dato’ dan Datin ada mesyuarat penting, tapi mereka sudi jumpa sebentar. Jemput masuk.”
Kapten Arman angguk. Senyuman dia tayangkan sebelum dia pandang ke arah May dan Hud, terus memberi tanda untuk mengikut dia masuk. May mengeluh, mengikut langkah Kapten Arman. "Aku dah agak. Orang kaya macam ni memang suka buat orang tunggu. Power play,” bisiknya sebelum melangkah masuk.
"May Zenia."
"Fine, abangku ! Fine !"
Mereka dibawa ke sebuah ruang tamu yang luas. Mereka terus duduk sebalik sahaja dipelawa. Tanpa perlu diminta, seorang pembantu rumah terus menghidangkan mereka tiga cawan air di atas meja sebelum berlalu semula ke dapur. May laju capai salah satu daripadanya.
Beberapa lama menunggu, mereka mendengar derapan kaki menuruni tangga yang membuatkan enam pasang kaki itu refleks berdiri tegak. Dato’ Wildan muncul dahulu, mengenakan sut kelabu asap, rambutnya disisir ke belakang kemas. Di belakangnya, Datin Maria menyusul, mengenakan blaus putih gading dengan rambut yang dibiarkan lepas.
"Maaf, lambat. Uruskan barang and document. Kami nak pergi airport. Ada business meeting dekat London. Kenapa nak jumpa kami ?", Dato' Wildan dan Datin Maria labuhkan duduk sebelum Kapten Arman senyum nipis. "Kami minta maaf kalau kedatangan kami akan menganggu urusan Dato'. Sekejap je kami nak ambil masa tuan."
Dato' Wildan lepaskan keluhan. "Cepatlah. Kenapa ? We give you maximum 20 minutes," ujar lelaki itu sebelum Kapten Arman pandang May sekilas. May segera angguk sebelum dekatkan dirinya sedikit dengan dua figura itu. "Kami, nak tanya pasal Carlene. Dato' pernah cakap about Carlene, but never the whole of it".
"Apa yang kamu semua nak tahu ?"
May senyum nipis, lalu berdehem sedikit. "Boleh saya tahu, Carlene, siapa ? Individu ? Group ?", soalnya sebelum Datin Maria mengangguk.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Cinta®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)