thirty-eight

23 2 0
                                        

"NAMPAK apa - apa tak, May ?"



Perempuan itu terus menggelengkan kepalanya saat mendengar soalan daripada pemandu di sebelahnya. Dia terus sandarkan tubuh daripada duduknya yang tadi terjengul - jengul ke luar tingkap. "Tak nampak. Tapi, kalau ikutkan last signal yang Afiq dapat, diorang dekat sini",




May terus sandarkan tubuhnua ke kerusi lalu memandang semula ke skrin telefonnya. Beberapa maklumat yang dihantar rakan sekerjanya dipandang semula.



"Aku drive depan sikitlah macam tu", Hud, selaku pemandu peribadi kepada perempuan itu hari ini terus melajukan keretanya dan mula membelokkan keretanya untuk masuk ke sebuah lorong yang akhirnya kembali membawa mereka ke jalan besar. May terus jengulkan kepalanya sekali lagi, memerhati sekitar untuk pastikan yang dia tak terlepas pandang.







"Eh ? Kesan brek", May menggumam apabila melihat kesan tayar di atas jalan raya. Hud terus pandang May sekilas. "Apa kau cakap ?", soalnya sebelum May tundingkan jarinya. "Tu, atas jalan. Macam ada kesan brek paksa. Cuba tengok dekat - dekat sini. Manalah tahu ada kereta dia dekat sini", May berkata sebelum Hud mengangguk. Lelaki itu terus memutarkan stereng dan meneruskan perjalanannya.






Cahaya jingga dari kejauhan terus mengalihkan pandangan kedua - dua manusia itu. Dalam beberapa jarak, mereka dapat melihat sebuah kereta yang seolah - olah tersangkut di atas divider dengan api yang marak seluruh bahagian kenderaan itu. Sebaik sahaja kereta tersebut berhenti, May terus keluar daripada kereta tersebut. Dengan tangan yang memegang lampu suluh dari telefon, dia terus menyuluh kawasan sekeliling.









"Perempuan ?"








Langkah May terus melaju apabila melihat susuk tubuh terbaring di tepi pembahagi jalan dengan wajah yang ditutup dengan rambut. Sebaik sahaja tiba di situ, tangannya terus mengusap pergi rambut yang menutup wajah perempuan itu sebelum matanya membulat. "Ya Allah, Nayla..", telefon bimbit laju diletakkan ke tepi selepas berjaya memastikan cahaya lampu suluh daripadanya cukup untuk dia memeriksa keadaan perempuan itu.








Pergelangan tangan Nayla terus dipegangnya lembut lalu dia berlutu di situ. Pergelangan tangan itu digenggam, lalu ibu jadi diletakkan sambil ianya ditekan lembut. May gigit bibir apabila dapat dia rasakan nadi perempuan itu masih ada, tapi cukup lemah seperti cuma sedetik dalam waktu satu saat. Dia terus pandang ke arah Hud, yang juga masih berlegar - legar cuba untuk mencari kelibat Qaid.












Tak mungkinlah dia betul - betul dah mati dalam api ?








"Hud ! Jumpa apa - apa ?" May menyoal, separa menjerit sebelum dia melihat lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Tak ada ! Aku tak nampak dia dekat mana - mana ! Tapi, macam mana kalau dia betul - betul dekat dalam api tu ?", Hud menyoal sebelum May berdecit. Dia kembali berdiri. Telefon bimbit terus dicapainya sebelum dia mendekati lelaki itu.



"Kita kena call bomba juga untuk padamkan api ni by hook or by crook. Itu je yang akan bagi kita jawapan pada kehilangan Qaid sekarang". "Tapi mereka akan ambil waktu yang lama", ujar lelaki itu sebelum May gelengkan kepala. "I don't think so. Sekarang ni dah hampir pukul 12 malam. Jalan raya tak terlalu sesak. Balai bomba yang dekat dengan sini pun tak mungkin nak bertembung dengan hiruk pikuk pekan."




"Kau call dulu bomba, aku akan cuba untuk bagi Nayla rawatan awal. Boleh ?", May berkata sebeljm Hud angguk. Telefon bimbit dalam poket seluar terus diambil sebelum nombor talian kecemasan mula didail.






𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang