twenty eight

7 2 2
                                    

"CARI apa, Mel ?"


Nayla angkat kepala mendengar sapaan dari Iris. Nayla terus garu kepalanya yang terasa tidak gatal. Tangannya masih tangkas mengangkat beberapa alat solek di atas meja tersebut sebelum akhirnya dipandang semula wajah Iris yang sedang ditata. "Kau ada nampak aku punya hair pin tak ? Bunga putih ada accent gold sikit," soalnya. Dia masih lagi menunduk -  nunduk, manalah tahu jatuh ke atas lantai pula


Iris sekadar angkat bahu. "Sorry, Mel. Tak nampak pula. Kau tercicir dekat mana - mana la tu. Dalam beg dah cari ?" Iris berkata. Rambutnya terus dikuak sedikit. Nayla terus mengeluh sebelum anggukkan kepalanya. Mestilah dah cari. Habis seluruh isi Lady Bag itu dipunggahnya ke atas meja solek tersebut, tapi masih tak dijumpainya. Dia mengeluh lagi. "Tercicir kot. Tak apalah", Nayla berkata, menyedapkan hatinya.

Isi tasnya dikemaskan semula sebelum dia duduk ke kerusi empuk berwarna merah. Dia terus pandang ke arah Iris. "Kau ada hair pin lebih yang boleh aku pinjam ?", soalnya sebelum rakannya itu kerutkan dahinya. "Buat apa ? Rambut kau dah cantik dah kan Kak Bat buatkan jadi butterfly braid. Nak hair pin apa lagi ?" soalnya sebelum Nayla sengih. Lengannya diusap sedikit.



"Aku dah terbiasa pakai hair pin la, Iris. Tak pakai rasa pelik pula rambut terjuntai - juntai", jawabnya lagi sebelum Iris geleng kepalanya. Dia terus seluk tote bagnya sebelum dikeluarkan satu beg merah jambu. Dibuka zipnya sebelum satu pin rambut berbentuk rama - rama berwarna biru dikeluarkan dan dihulurkan ke arah Nayla. "Nah, pakai la dulu. Nanti dah habis performance ke, atau bila - bila kau nak pulangkan, kau pulangkanlah", katanya.



Huluran Iris disambut Nayla sebelum dia senyum nipis. "Thanks, Iris", katanya sebelum cermin dipandangnya. Beberapa juntaian anak rambut dia terus kumpulkan sebelum disisipkan pin rama - rama tersebut ke sisi kanan kepalanya. Senyum puas terukir. Barulah dia rasa lengkap seluruh gayanya hari ini. Tak ada apa - apa yang buatkan kepala dia rasa berat buatkan dia rasa tak lengkap.


Dia akhirnya duduk semula, menenangkan diri yang dah terserabut ketika mencari pin sebentar tadi. Nayla terus angkat tangannya sedikit, sebelum diregangkan semua sepuluh batang jarinya. Beberapa gaya regangan dia lakukan, menyeluruh di batang lengannya. Baginya, ini penting supaya tangannya tak rasa lenguh atau mungkin cramp ketika sedang berlangsungnya persembahan. Persembahan sememangnya lama. Mungkin memakan waktu sejam lebih.






"Girls, are you ready ? The boys already finish"





Nayla pandang ke arah pintu, perasan yang ada seorang perempuan yang boleh dikatakan sebagai kru dengan cara pemakaian dan headphone di kepalanya. Salah seorang dari ahli Celestial terus mengangguk dan berbual sedikit dengan perempuan itu sebelum mereka semua diminta bergerak dengan kadar segera kerana persembahan akan dimulakan dalam waktu 20 minit dari sekarang.



Mengikut langkah mereka, Nayla terus keluar dari bilik persalinan bersama ahli - ahlinya. Dia berjalan di sisi Iris, yang masih berbual dengan Karina tentang perihal cara ingin menggunakan biola mereka. Nayla lebih banyak diam. Lagipun, pengetahuannya tentang biola bukanlah sehebat mereka.




Dari kejauhan, dia dapat melihat ahli lelaki - Hae-Kyum, Hayder dan Dylan yang sedang berbual kosong di belakang panggung. Menyedari kehadiran mereka mendekati, Hae-Kyum, ahli termuda di antara mereka dengan senyuman manisnya terus melambaikan tangan ke arah mereka semua. Nayla senyum, sebelum turut membalas lambaian tersebut dan berhenti berjalan apabila tiba di tempatnya.


"Iemelda nuna neomu yeppo ! ( Iemelda is so pretty ) I like your outfit for today !"




𝐂𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐌𝐄 : 𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [𝐎𝐆]Where stories live. Discover now