thirty-one

27 3 0
                                        

BERSAMA kepala yang masih digelengkan, Dato' Wildan mendekati meja itu. Tindakan anak perempuannya yang kelihatan hilang sabar sehingga bertindak menepuk meja dan mengalihkan pandangan orang ke meja mereka dianggao sebagai sebuah tindakan yang tidak sepatutnya. Baginya, anaknya itu harus lebih bersabar.



Nayla tarik dan hembuskan nafas berkali - kali sebelum membetulkan anak rambutnya yang terjuntai. Secara tiba - tiba, wajah Qaid dan ibunya terus menjadi jelingan tajam mata hazelnya sebelum dia duduk kembali ke kerusi. Matanya masih terpancar aura kemarahan sambil menyilangkan tangan di dada tanda ketidakpuashatian.




Dato' Wildan turut lakukan hal yang sama, labuhkan duduk di sebelah isterinya yang masih berwajah beku. "So, you've met Qaid, huh ?", soalnya kepada Maria sebelum perempuan itu angguk. "Of course I dah jumpa dia. I need to make sure yang dia ni bagus, bukannya sambil lewa macam yang Nayla beritahu", balasnya sebelum memandang Nayla sekilas.




Ketawa kecil terbebas daripada ulas bibir Dato' Wildan sebelum dia meneguk cocktail yang berada di dalam gelas dalam tangannya. Wajah Maria, Qaid dan Nayla dipandangnya silih berganti sebelum dia berkata. "You know ? I sebenarnya ragu - ragu nak ambil Qaid ni jadi bodyguard untuk family kita. I should go for a better deals like SWAT", serta merta wajah Qaid dipandangnya.





Qaid memandang ke arah Dato' Wildan dengan tenang, walaupun hatinya masih tersentuh dengan perasaan kecewa terhadap tindakan Nayla sebentar tadi. Dia menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri sebelum membuka mulut.




"Dato', saya faham kenapa Dato' ragu-ragu untuk memilih saya. Tetapi, saya ingin beritahu bahawa saya bukan sahaja seorang pengawal peribadi biasa. Saya berasal daripada ACES Team-satu pasukan yang terdiri daripada individu-individu yang terlatih dalam pelbagai bidang keselamatan," ujar Qaid dengan nada tegas namun penuh hormat.




"Kami dilatih untuk berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencabar, dari ancaman fizikal hingga krisis mental. Saya dan pasukan dilatih dalam Pioneer Training Academy, sebuah akademi yang hebat dan terkenal dengan tenaga pengajarnya yang bertaraf tinggi. Maka, tak hairanlah kami boleh buat terbaik".




Maria, yang mendengar penjelasan Qaid, mengangguk perlahan, memandang ke arah suaminya yang masih memandang Qaid dengan sinis. Qaid tahu bahawa percakapannya kini bukan sahaja untuk mempertahankan dirinya, tetapi juga untuk meyakinkan seluruh keluarga Wildan bahawa dia adalah pilihan yang tepat.




"Saya dipilih untuk menyertai ACES Team selepas satu insiden besar di mana saya berjaya mengendalikan situasi tanpa sebarang kehilangan nyawa walaupun saya terpaksa cederakan diri sendiri. Kejayaan itu membuatkan saya dipilih oleh pasukan pengurusan ACES. Kami adalah pasukan yang mengutamakan keselamatan tanpa kompromi," tambah Qaid, sambil mengekalkan kontak mata dengan Dato' Wildan.




Nayla, yang masih belum dapat menahan kemarahannya, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangannya pada meja. Walaupun dia tidak menunjukkan reaksi, jelas ada perasaan cemburu dan kemarahan yang bersarang di dalam dirinya, terutamanya apabila melihat betapa seriusnya Qaid berbicara. Tak jadi dia nak runtuhkan lelaki itu.





Dato' Wildan akhirnya menundukkan kepala, merenung sejenak sebelum mengangkat gelas cocktail-nya lagi. "Hmmm... ACES Team, ya? I tak boleh nafikan kredibiliti mereka. Some of my friends said good thing about you guys. Tapi, kita akan lihat. I masih perlu pastikan yang Qaid ni tak sekadar bercakap besar"




Qaid hanya mengangguk, dengan senyuman tipis yang menunjukkan keyakinannya. "Saya akan buktikan, Datuk. Bukan hanya kata-kata, tetapi tindakan saya. I'll do my best".





𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang