"WHAT HAPPENED OVER HERE ? Mana Qaid ? Mana Qaid Farran !"
Perbuatannya yang baru mahu menghirup kopi panas dalam mug hitam dalam tangannya terus terhenti. Matanya dialihkan, lalu dipandangnya lama pintu pantri yang masih tertutup. Apa yang kecoh sangat di luar ? Sampai panggil - panggil nama dia sambil menjerit ?
Qaid merengus perlahan. Dengan berat hati, mug tersebut diletakkan semula di atas meja. Wap kopi dan bau enaknya masih berlegar di udara. Qaid berdiri, lantas dia mendekati pintu pantri lalu ragu - ragu dibukanya. Kepalanya terus memandang ke hujung laluan, cuba mencari punca suara.
Oh, damn. Sesuatu yang dia tak nak sudah datang.
Qaid kembali tarik dirinya masuk ke dalam pantri, lalu tubuhnya disandarkan ke pintunya. Tangan diletakkan di dada. Dapat dia rasakan turun naik dadanya serta jantungnya yang berdegup laju. Dia hela nafas berat. Kena kejar anjing pun tak setakut ni !
"Qaid ! Qaid ! Ya Allah, beratnya pintu ni !", dari sebelah sana, dia dapat dengari suara perempuan merungut sambil rasakan pintu ditolak. Qaid dengan berat hati alihkan tubuhnya daripada pintu, lalu dengan luasnya ia terbuka. May terus melangkah masuk, tangan terus dicekak di pinggang.
"Hei, Qaid Farran Kamaruddin ! Kau nak lari dari masalah ke apa ?", May bersuara tegas, masih memandang Qaid yang bersandar di sudut bilik. Tangannya diletakkan di dada, bagaikan takut diapa - apakan. "Lari ? Lari apa kau ni ? Aku tengah nak minum kopi, kot !"
May gelengkan kepalanya lalu silangkan tangan di dada. "Kau tahu siapa yang datang, kan ? Sebab tu kau duduk belakang pintu ? Sebagai apa ? Langkah berjaga - jaga ?", perempaun itu bersuara, lebih kuat daripada biasa. Qaid berdecit. Rasa nak kepit aje mulut murai May tu dengan pengepit baju !
"Diamlah ! Nanti dia tahu la aku dekat dalam ni !", katanya kasar. May pandang wajah rakannya. "Tak ada guna kau sorokkan diri. Dato' Wildan dengan Datin Maria tu datang untuk kau. Selagi tak nampak batang hidung kau, memang taklah mereka nak balik", May berkata sambil gelengkan kepalanya.
"Janganlah bagi mereka bising ! Buat malu department jelah ! Cepat !," May masih memaksa. Qaid mengeluh. "May, kau tak faham," Qaid bersuara lemah, macam pesakit yang baru lepas kena kejutan elektrik. "Aku belum bersedia nak jumpa dua-dua makhluk tu. Lagi-lagi makhluk yang bernama Datin Maria. Aku belum kuat mental"
Mata May membulat. Dengan dompet dalam tangannya lengan Qaid dipukul kuat. "Makhluk ? Hei, dia klien kitalah ! Lagipun, kau yang tempah maut kan ? Tak jaga anak emas dia elok - elok kenapa ? Kau yang confident kan ? Now look at you - tersepit dekat pantri macam tikus jatuh perangkap !"
Qaid mengaduh kecil sambil gosok lengannya yang dah merah dipukul dengan dompet berjenama May tu. "Sakitlah! Kau pakai dompet ke bata?". May melirik tajam. "Kalau aku ada bata pun aku campak dah dekat kau ni. Kau ingat ni masa sesuai nak main sembunyi-sembunyi ke, Qaid ?".
Qaid lepaskan keluhan. "Kau tak faham betapa bergetarnya aku sekarang ni. Anak dia yang degil, lepastu bila dah injured, mak bapak dia tuding jari dekat siapa ? Aku kan ?", Qaid berkata dengan nada sedikit kuat tapi cuba juga ditenangkan.
May letak tangan di dahi sendiri. Baru dia nak membuka mulut untuk ceramah Qaid untuk kesekian kalinya, pintu pantri di depan mereka diketuk kasar. Bahu Qaid terhincut. Dia pandang ke arah May yang tak lekang memandang pintu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]
Romantik®2024- NADYYANR WORKS ────────────── Academic rival to lovers ? NAYLA IEMELDA, pelajar terbaik akademi berprestij. Tugasnya cuma sekadar melakarkan kejayaan dan menempa nama untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Bersama senyuman sempurna...
![𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]](https://img.wattpad.com/cover/372130288-64-k638218.jpg)