fifty-four

18 3 3
                                        

"JANGAN halang kamera, tau ? Ni je satu jalan untuk kami pastikan kau selamat."




Nayla anggukkan kepala, hanya berdiri diam apabila Laura membetulkan kedudukan kamera yang diletakkan berdekatan butang baju yang dipakai.




Dari belakang, dia rasakan bahu dia disentuh. Nayla pantas menoleh, sebelum senyum apabila melihat May. Dari riak wajahnya, jelas dia risau dan memang tak setuju dengan sebarang kerja gila Nayla.



"Kau tak perlu pun nak buat semua ni. Kau boleh serahkan kepada kami. Kami boleh buat semua antara kami," May berkata sambil memandang Nayla. Nayla senyum, lalu gelengkan kepalanya. "Aku buat semua ni untuk bantu korang juga. Korang usaha untuk selamatkan aku setiap masa. Bagi aku tolong pula, ya ?"



May mengeluh lalu berdecit. "Tapi, Nayla. Yang kau nak masuk ni, markas Carlene tahu tak ? Markas orang yang dah lama sasarkan kau. Orang yang dah lama nak hapuskan kau. Kau..tak rasa ke kau tengah tempah maut kau sendiri ? Tak terlambat lagi tau kalau kita nak patah balik HQ."



Markas Carlene. Beberapa hari selepas mendengar satu persatu penjelasan yang diberikan kepadanya tentang ancaman untuknya itu, hatinya bagai tergerak untuk buat sesuatu di luar jangkaan. Dia sendiri yang meminta daripada Kapten Arman untuk masuk ke markas itu, seorang diri.




Kalau betul Carlene mahukan dia, Carlene tak perlu cederakan orang lain.



Awalnya, reaksi Kapten Arman sama juga seperti May sekarang, menolak mentah - mentah rancangan Naya tersebut. Namun, selepas dipujuk Nayla dengan mengatakan mereka cuma perlu beri apa yang Carlene nak, akhirnya seluruh unit itu bersetuju. Dengan syarat, semua pergerakan Nayla akan diawasi oleh unit itu dengan kamera  dan unit samaran.




"Tak payahlah. Aku boleh buat. Jangan risau", Nayla senyum lalu May pantas peluk tubuhnya. Erat sebelum Nayla ketawa kecil. "Dahlah ! Aku nak ceroboh masuk je, bukan nak pergi berperang. Lepaslah..," Nayla memujuk lalu May lepaskan pelukan. May usap matanya.




"Kau kalau tak ada Qaid, makin berbisa kau kan jalan sana sini ? Habis tempoh gantung dia nanti, kita dua - dua kena bebel", May peluk tubuh, mengingati rakan sekerjanya yang dah hampir beberapa hari tak nampak muka gara - gara digantung kerja atas permintaan Dato' Wildan.




Nayla angguk perlahan. "Tak pe, nanti kita cover line sama - sama," Nayla membalas. May senyum nipis.




"Nayla. Sistem keselamatan mereka dah dimatikan. Kau boleh masuk," dia dengar suara melalui earpiece di telinganya. Afiq sudah memberikan arahan mudah. Dia angguk sebelum pandang May sekilas. May terus berlari masuk semula ke dalam trak sebelum Nayla memandang ke arah bangunan di depan matanya.




Mereka alami kesukaran untuk mengesan lokasi ini pada mulanya, namun akhirnya mereka berjaya juga. Ia terletak di sebuah hutan di bahagian utara. Kalau tak terlindung oleh hutan yang tebal, markas ini akan dapat dilihat memandang kan ia terletak di atas bukit. Melalui mata kasar, ia tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukan geografi yang jauh.




Nayla kemaskan perlengkapan di badannya. Kelihatannya dia masuk dengan tangan kosong. Hakikatnya, ada sepucuk pistol yang diletakkan di bahagian belakang pinggangnya dan juga jaket kalis peluru yang tersembunyi di sebalik t-shirt hitam lengan pendek yang dipakainya. Nayla lepaskan keluhan, lalu melangkah masuk.




Pintu kayu usang itu ditolaknya perlahan - lahan sebelum dia melangkah masuk. Di ruangan sunyi itu, bunyi tapak kasutnya sangat memicing telinga. Dia pandang sekeliling. Ruangan di depan matanya kelihatan seperti sebuah ruang tamu. Nayla dekati ruang tamu tersebut untuk diamati.


𝐂𝐀𝐑𝐋𝐄𝐍𝐄 | [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang